Friday 19 July 2013

Kerabu Mangga Ikan Bilis


Kerabu mudah dan boleh tahan hingga sahur sebab tak gunakan santan.

Bahan-bahannya
3 biji buah mangga muda
1/2 mangkuk ikan bilis di goreng garing
4-8 biji cili padi-saya guna 4 jer
1 labu bawang besar
1/2 mangkuk kelapa goreng
Sedikit belacan
Garam
Gula
Asam limau nipis

Cara-caranya;

  1. Sagat buah mangga.
  2. Tumbuk cili padi, belacan, garam dan gula.
  3. Masukkan dalam buah mangga tadi.
  4. Tumbuk halus kelapa goreng.
  5. Masukkan dalam mangkuk mangga.
  6. Masukkan sekali ikan bilis dan bawang besar yang dimayang nipis.
  7. Gaul/Ramas- masukkan sedikit air asam limau nipis. Gaul.
  8. Siap.

2 comments:

  1. Bila nak gi kl ni.eeemm.kalau pergi kurang2 lauk 4 jenis, cuci mulut special mesti ada. He he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilahhh hihihi..... beres nok brp lauk pun, best make ramai- ramai :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...