Pages

Friday, 12 December 2014

Roti Telur Bersama Sambal Ikan Bilis




Semalam sibuk sekali dengan acara masak memasak, pagi ni rasa kurang rajin pulak nak masuk dapur tapi perut dah menyanyi-nyanyi  hehehehe..

Ada roti Gardenia, ada sambal ikan bilis lebih makan nasi lemak dua hari lepas...apa lagi, jadilah roti telur sambal ikan bilis ni...Alhamdulillah..kenyang jugak :-)

Bahan-bahannya;

Sambal ikan bilis secukupnya (boleh ganti dengan sardin, lebihan kari daging atau ayam dll)
6 keping roti Gardenia (untuk 3 set )
2 biji telur
1/2 batang/biji timun- hiris nipis
Garam
Lada sulah

Cara-caranya;
  1. Kacau telur dengan garfu- masukkan garam dan lada sulah.
  2. Ratakan sambal bilis di atas roti dan susunkan hirisan timun di atasnya.
  3. Ambil sekeping roti lain- tutup roti tadi
  4. Tekan2 kan tepi roti utk kemaskan (boleh juga disapu bancuhan telur sebagai gam)
  5. Celup roti tadi dalam bancuhan telur.
  6. Goreng. (pastikan minyak panas)- goreng dalam 20 saat sahaja untuk setiap belah/side.
  7. Angkat dan toskan. Siap.




2 comments:

  1. kalau dah biasa bersilat di dapur.... apa yang ada semua menjadi, orang dapur memang kreatig & inovatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha...saya anak murid silat je...Amie tok guru silat..bayangkanlahhh...

      Delete