Sunday, 22 February 2015

Siakap Kukus Mudah Sesangat.

Satu lagi menu diet Cik Wan. Mudah sesangat, takde bahan sangat pun takpe. Jom tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahannya;
1 ekor ikan siakap- dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk lada sulah.
7 ulas bawang putih- mayang nipis
2 batang serai- potong nipis
3 inci halia- potong nipis
Lobak merah- potong
Buah tomato-potong
Cendawan- potong
Lemon- dalam 2 hiris
Cili padi- jika suka pedas- potong
Daun Ketumbar- potong
Daun bawang-potong

Garam
Lada sulah
Minyak bijan secukupnya- dalam 1/2 sudu kecil.

Cara-caranya;
  1. Sediakan pengukus yang sesuai.
  2. Letak ikan di dalam mangkuk.
  3. Tabur dan sisipkan bawang putih, halia dan serai pada ikan.
  4. Taburkan sedikit lada sulah dan garam serta minyak bijan.
  5. Masukkan sedikit air.
  6. Kukus ikan.
  7. Bila nampak ikan hampir masak, taburkan semua sayuran yang telah dipotong ke atas ikan kecuali lemon.Kukus lagi.
  8. Dah masak, boleh angkat dan hiaskan dengan hirisan lemon. Siap. Mudah dan cepat.



Bak Choy Goreng Cina


Cik Wan tengah diet sekarang ni..heheehhe
Semoga istiqamah dalam menjaga kesihatan..Cik Wan sendiripun terkejut tengok jarum penimbang berpusing2 macam tak rela ditimbang hahahaha..berat sangat..adoi!!!

Ini resepi mudah yang Cik Wan masak..terpaksalah seisi rumah redha dan bagi sokongan..Cik Wan masak lauk macam biasa tapi kurangkan minyak dan santan..dan untuk Cik Wan sendiri kurangkan karbohidrat..semoga berjayalah usaha ini , in sha Allah. Cik Wan tambah juga dengan aktiviti bersenam. Cik Wan sebenarnya dah habiskan 10 sesi bersenam secara Aqualogix dan sekarang ni tambah lagi pakej 10 sesi..semoga kesihatan bertambah baik.

Untuk resepinya sila lihat di bawah ye..

Bahan-bahannya;
4 jambak/pokok Bak Choy- belah dua atau empat jangan dipotong. Bersihkan di celah2 pelepahnya dan bilas bersih.
4 biji cendawan shitake- potong nipis
Lobak merah secukupnya- potong ikut suka (Cik Wan guna 1/3 batang je)
1 mangkuk kecil udang

4 ulas bawang putih- dadu halus
4 sudu sos tiram
Kicap masin secukupnya.
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu tepung jagung, bancuh dengan 1 cawan air.
1/3 cawan air.


Cara-caranya:
  1. Masakkan air di dalam periuk untuk mencelur sayur.
  2. Masukkan sedikit minyak.
  3. Bila air mendidih, masukkan sayur bak choy..celur hingga layu..angkat dan toskan.
  4. Kemudian celur pula lobak merah...dah empuk angkat dan toskan.
  5. Panaskan kuali.
  6. Tumiskan bawan putih hingga layu. Masukkan udang. Kacau hingga udang melengkung rapat.
  7. Masukkan cendawan. Kacau.
  8. Masukkan 1/3 cawan air tadi.
  9. Masukkan sos tiram dan kicap.
  10. Masukkan minyak bijan.  Kacau.
  11. Masukan air tepung jagung. Kacau hingga menggelegak. Jika kurang masin, boleh tambah garam. Jika terlalu pekat boleh tambahkan air.
  12. Susun sayur yang dicelur tadi di atas pinggan.
  13. Tuangkan kuah panas2 ke atas sayur.
  14. Siap.

Monday, 16 February 2015

Sambal Belacan Kenduri Kahwin Kelate

Assalamualaikum....selamat bersiaran kembali!!

Bizi sungguh Cik Wan sejak bukak sekolah ni hingga tak sempat nak menggodek blog kesayangan ni. Jangan marah ye...Cik Wan ada keutamaan lain yang wajib didahului. Maklumlah kerjaya kita sumber pendapatan kita, kenalah buat betul2kan?. Masak tetap masak tapi gambar tak sempat nak ambik dan kadang2 masakpun cincai2 sahaja malu nak upload dalam blog.

Jangan terkezut pulak...sekali update blog..keluar2 sambal belacan hahahahaha..jangan tak tau, zaman2 inflasi ni menu ni boleh jadi menu pilihan nanti..jadi pembuka selera dan ubat release tension hahaha..

Kalau kenduri di Kelantan, sambal belacan ni wajib ada, biasanya dibuat sehari sebelum kenduri atau malamnya. Lepas buat pakat2 rasa hinggalah semua dah bersetuju ianya sedap dan secukup rasa. Yang Cik Wan buat ni versi arwah Mok yang sangat basic, sesuai dengan masa dulu yang tak banyak bahannya. Kalau suka bolehlah diubah suai, tambah mana yang kurang dan sebagainya. Untuk masin, manis dan masamnya..susah nak cakap, kena buat dulu dan sesuaikan dengan rasa lidah sendiri..selamat mencuba ye..sangat sedap dipadankan dengan lauk kari dan ulam-ulaman.

Bahan-bahannya:

10 biji cili kering- potong, buang biji dan rendam dengan air panas.
3 biji cili merah besar
5 biji cili padi merah
1/2 inci belacan- bakar
2 ulas bawang merah kecil- bakar dengan kulitnya
1 ulas bawang putih- bakar dengan kulitnya
*Cik Wan ada garfu yang khas untuk bakar bawang dan belacan ni. Cucuk dengan garfu dan letak atas dapur. Bakar sampai bawang hangus kulitnya.
3 sudu makan gula
2 sudu kecil garam- letak sikit2 dulu (Cik Wan guna sudu KFC tu)
1 sudu asam jawa- bancuh dengan 3 sudu air.
1/2 biji limau nipis.

Cara-caranya:
  1. Masukkan semua cili ke dalam blender.
  2. Masukkan belacan bakar.
  3. Basuh bawang bakar dan buang kulitnya yang hangus- masukkan dalam blender.
  4. Masukkan gula, garam dan air asam jawa.
  5. Mesin hingga lumat.
  6. Keluarkan dari mesin, perah asam limau nipis. Kacau sebati dan rasakan. Jika perlu, tambahlah apa yang patut untuk garam, gula dan asamnya.
Nota: Boleh tambah hirisan bawang besar dan juga tomato. Boleh juga guna limau kasturi menggantikan limau nipis dan kulit limau kasturi dihiris halus dan masukkan sekali...haruuum dan menyelerakan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...