Wednesday, 16 October 2024

Onde-onde Buah Melaka

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jom kita buat onde-onde yang sedap ni. 
Kuih kegemaran kami sekeluarga dulu-dulu tapi anak-anak tak berapa suka. Jadi jaranglah buat. Kalau buatpun pada bulan Ramadhan dan diagih-agihkan kepada jiran-jiran.

Untuk pastikan gula nise cair di dalam buah onde-onde tu, gunakan gula nise asli ya. Kalau guna gula nise biasa, gulanya lambat cair. Buah onde-onde dah terapung menandakan dah masak tapi gula nisenya belum cair. Memang kurang sedap kalau intinya masih keras dan tak cair sepenuhnya.

Jom kita tengok resepinya:

Buah onde-onde;

3 cawan tepung pulut
2 sudu kecil air kapur
1 1/2 cawan air pandan- blend 7 helai daun pandan dan 1 tangkai pucuk manis dengan 1 1/2 cawan air. Tapiskan.


Masukkan air daun pandan dan air kapur tadi sedikit-sedikit ke dalam tepung sambil diuli hingga adunan menjadi seperti ini.



Nise dipotong kecil..tak boleh besar sangat, nanti susah nak dibungkus dengan tepung dan lambat cair bila direbus nanti...tak sedap jika nise dalam ondeh-ondeh tak cair.



Rebus hingga masak. Ondeh-ondeh akan terapung dan menari-nari dalam air supaya nise cair. Tapi jangan lama sangat. Biarkan sebentar baru diangkat dengan penapis kecil/senduk berlubang sambil ditoskan. Terus masukkan dalam kelapa yang telah disediakan.


Kelapa
1 biji kelapa parut putih segar
1/2 sudu kecil garam
1/2 gula
  1. Gaul bersama dan tekan padat atas dulang untuk memeudahkan menggoleh buah onde-onde.
  2. meletakkan gula ke dalam kelapa parut akan menyedapkan rasa kelapa parut dan yang paling penting kelapa parut lambat basi.



Kelapa digaul sedikit garam dan gula dan ditekan-tekan sedikit. Masukkan onde-onde yang siap direbus dan golek-golekkan supaya kelapa terlekat pada onde-onde. Masukkan dalam piring. 





Sedap nampak kan? Selamat mencubaa...


Friday, 11 October 2024

Kerabu Gajus/Terre

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang Cik Wan tengah kumpulkan gambar-gambar masakan lama yang terkumpul di FB dan IG atau dalam phone. 

Tengah godek2 gambar, terjumpa gambar Kerabu Gajus ni. Asbab pokok gajus depan rumah berbuah, Cik Wan kutip dan buat kerabu kegemaran Allahyarham nenek Cik Wan, Che Jah bin Che Yusof. Jom kita tengok bahan-bahannya.



Bahan-bahannya ialah;

5-6 biji buah gajus- dihiris nipis dan perahkan sedikit buang air pahitnya.
1/2 buah nenas- dicincang panjang-panjang
4 ulas bawang merah
6-8 ulas lada hitam
Gula
Garam
Limau nipis
Cili api, daun ketumbar dan bawang merah hiris untuk hiasan.



Cara membuatnya;
  1. Sediakan hirisan gajus dan nenas dahulu. Masukkan ke dalam mangkuk besar.
  2. Tumbuk bawang merah dengan lada hitam hingga lumat.
  3. Masukkan kedalam hirisan buah tadi.
  4. Masukkan juga gula, garam, bawamg merah hiris dan cili padi.
  5. Gaul mesra. Rasakan masam, masin dan manisnya biar sekata.
  6. Siap.



Thursday, 10 October 2024

Spagheti Tomyam Berkrim atau Creamy Tomyum Pasta

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Jom sekali sekala kita ubah selera. Kita masak spagheti perisa tomyum pulak. Sedap sebab pedas2, masam dan lemak berkrim rasanya.


Bahan-bahan:

1 peket spagheti- rebus ikut arahan di kotak
3 sudu paste tomyum
2 sudu Thai chilli Paste- optional
1 kotak susu segar

3 ulas bawang putih
1/2  labu bawang besar Holland
Cendawan.( Shitake/Butang/lain-lain)
Cili api ikut kepedasan yang dikehendaki
Daun limau purut
Garam
Gula
Air limau nipis jika suka masam.

Sumber protin yang disukai (Udang/Sotong/Ayam)

Cara membuatnya :

  1. Panaskan butter/minyak masak.
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang holland. Tumis hingga layu sahaja.
  3. Masukkan paste tomyum dan paste cili. Kacau sebati.
  4. Masukkan udang/ayam/sotong. Tumis hingga separuh masak. Masukkan juga cendawan.
  5. Masukkan susu. Kacau.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Masukkan daun limau purut dan air limau nipis.
  8. Masukkan pasta.
  9. Kacau sebati dan cepat2 tutup api.
  10. Siaaaap. 
Selamat mencubaaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...