Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Sunday, 28 June 2015
Pisang Nangka Sira
Susah nak jumpa Pisang Nangka ni. Kalau nak buat Sira Pisang, Cik Wan sukakan Pisang Nangka dan Pisang Kebatu (entah sini panggil pisang apa)...begitu juga untuk dibuat pengat. Masalahnya susah nak jumpa kedua-dua jenis pisang ni.
Untuk membuat sira, sepatutnya pisang baru masak baru isinya pejal.Kalau dah masak sangat macam Cik Wan buat ni..ia akan jadi sedikit lembik. Namun begitu rasanya masih sedap..mabelesss.
Ada orang kata Pisang Nangka ni ada bisanya..terutamanya untuk orang yang berangin, orang yang sedang mengandung dan dalam pantang. Entahlah..mungkin bergantung pada badan masing-masing..untuk Cik Wan setakat ni tiada masalah. Untuk resepi step by step membuat sira pisang boleh rujuk di SINI.
Selamat mencubaaa....:)
Pajeri Nanas Tanpa Santan Yang Mengancam
Bahan-bahan;
1 biji nanas- dipotong bulat dan belah empat tanpa putus (senang nak patahkan masa makan nanti)
- nanas direbus/celur sebentar dan toskan airnya,
4 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Sehiris halia
*separuh di mayang halus dan separuh dimesin atau tumbuk,.
1/2 sudu serbuk cili
Sedikit serbuk kunyit
1/4 cawang susu cair
Air secukupnya.
Untuk menumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1/2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam
Gula
Cara-caranya:
- Panaskan minyak. Masukkan rempah kasar dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan hirisan bawang dan halia- tumis sampai perang.
- Masukkan bahan mesin (baki bawang merah, putih dan halia) serta serbuk cili dan serbuk kunyit.
- Tumis hingga naik minyak.
- Masukkan sedikit air dan susu untuk kuahnya.
- Masukkan gula dan garam.
- Biar menggelegak dan masukkan nanas.
- Rasakan biar ada masin manis dan sedikit masam daripada nanas.
- Siap.
Sup Daging Ringkas Ala Thai
Resepi mudah ringkas hehehe..untuk siapa yang suka..jom tengok resepinya.
Bahan-bahannya;
1 mangkuk hirisan daging lembu. (Cukup untu berbuka dan bersahur untuk dua orang)
1 peket rempah sup tulang- yang ada sup bunjut dan rempah kasarnya sekali.
4 ulas bawang merah- mayang nipis
2 ulas bawang putih- mayang nipis
1/2 inci halia- mayang nipis
1/2 inci lengkuas potong kasar
1 batang serai diketuk
Garam
Perisa yang disukai.
Bahan hiasan;
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cili padi
Asam limau nipis.
Cara memasaknya;
- Bersihkan daging- toskan.
- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga perang.
- Masukkan halia dan lengkuas. Kacau sebentar.
- Masukkan rempah sup termasuk sup bunjut, kacau sebentar.
- Masukkan daging.
- Masakkan daging sambil dikacau hingga air daging keluar. Masak hingga airnya hampir kering.
- Baru masukkan air secukupnya. Masukkan serai.
- Tutup periuk dan rebus.
- Bila dagingnya hampir empuk baru masukkan garam. Tambah air jika perlu dan rebus lagi hingga daging empuk.
- Bila empuk, hidangkan sup bersama bahan hiasannya. Siap.
Wednesday, 24 June 2015
Kerabu Ikan Bilis Gaya Thai
Simple sahaja lauk berbuka puasa Cik Wan hari ni. Kerabu Ikan Bilis, Sup Daging dan Telur Dadar. Jom tengok resepi kerabu yang mudah ni.
Bahan-bahan sos:
1 batang serai- dimayang halus
1 ulas bawang putih dimayang halus
2 sudu sos ikan- boleh gantikan dengan garam
1 sudu gula
4 biji cili padi dipotong kecil.
1 biji limau nipis ambil airnya.
*Satukan semua dan kacau sebati..sedia untuk digunakan.
Bahan-bahan kerabu:
1/4 labu bawang besar
1 biji timun/timun jepun- jika suka
1/2 biji tomato
Daun ketumbar
Ikan bilis yang digoreng rangup.
Bila hampir waktu berbuka, baru satukan dan gaul semua bahan. Siap.
Sambal Hitam Pahang Bekal Sahur
Allahuakbar..memang menyelerakan sungguh bersahur dengan Sambal Hitam Pahang ni..kena dengan nasi panas-panas...Cik Wan tak perlukan lauk lain dah..cukup dengan sambal ni sahaja.
Cik Wan guna resepi yang asal cuma yang bezanya Cik Wan mesin halus semua bahan..rupa-rupanya lebih mudah dan lebih sedap kalau kita mesin/blender je semua bahan. Jom tengok resepinya ye..
Resepi Sambal Hitam Pahang
Sumber : Jerantut Daily: Sambal Hitam
Bahan-bahannya;
1 mangkuk ikan bilis yang dibuang perutnya
4 ulas bawang merah
10 biji cili padi (pedas ikut rasa masing-masing)
2 mangkuk asam belimbing rebus
Sedikit kicap
Sedikit gula
Sedikit garam
3/4 cawan minyak masak (lebih kurang)
Cara membuatnya :
- Blenderkan semua bahan.
- Panaskan minyak.
- Tumiskan semua bahan mesin.
- Goreng menggunakan api sederhana.
- Masukkan sedikit kicap, garam dan gula.
- Kacau lagi sehingga garing.
- Bila sudah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.
Monday, 22 June 2015
Pulut Sekaya yang lemak manis..
Sebenarnya resepi ni berasaskan resepi Ghodok Telur yang Cik Wan poskan sebelum ini, cuma ia dituang ke atas lapisan pulut dan dikukus. Maka tukar nama pulak menjadi Pulut Sekaya atau Tok Aji Sarban.
Sebenarnya Cik Wan ada banyak stok telur di rumah..hari tu saudara datang dari kampung jadi Cik Wan beli sepapan telur kot2 mana tahu nak buat kuih ataupun nasi lemak..malangnya kami sibuk sangat dengan macam2 program hingga masakpun yang wajib sahaja..takde sempat nak menggodek2 kuih bagai. Itu yang setiap hari di bulan puasa ni ada menu berasaskan telur..layan je lah ye hehehhe.
Sebenarnya untuk pulut sekaya semalam ni, Cik Wan langsung tak sukat..main agak2 je sebab buatnya pun dah pukul 6.30 petang. Asalnya plan nak buat sira pisang dan pulut sekaya. Lepas tu tukar buat sira pisang saja..adoiiii..entah macam mana, terhangitla pulak sira pisang Cik Wan..berasap dapur dan hitam legam sira Cik Wan..hahahhaha..khayal agaknya petang tu..apa lagi kelamkabut Cik Wan siapkan Pulut Sekaya ni..memang betul, campak2 je...orang dah azan masih tengah mengukus lagi...habis je azan dah masak tapi tak boleh potong lagi sebab masih panas. Jadilah juadah moreh pulak hahaha..adoila!
Tapi Cik Wan CP jugak la dari resepi asal dalam blog ni dan ubah suai sedikit..selamat mencuba ye.
Bahan untuk lapisan atas/telur;
2 keping gula melaka
1 senduk kecil gula
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
*semua bahan diatas disatukan dan dimasak hingga likat. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam telur.
4 biji telur ayam
2 kuntum bunga cengkih
Cara-caranya;
- Satukan telur dan bunga cengkih di dalam bekas. Pukul sekejap.
- Tuang air gula melaka ke dalam telur. Kacau sebati.
- Tapiskan bancuhan ke dalam bekas lain sebelum dituang ke atas lapisan pulut.
- Masukkan semula bunga cengkih tadi ke dalam bancuhan telur dan akan dikukus bersama.
Bahan untuk lapisan pulut;
1 1/2 gelas beras pulut direndam sejam dua, bersihkan dan tos kering.
1 biji kelapa parut, ambil santan pekat cukup untuk menutup lapisan pulut (dlm 1/2 inci lebih tinggi daripada paras pulut) (boleh guna santan kotak Kara yang 200ml)
1 sudu kecil garam
Sedikit air.
Cara-caranya;
- Sediakan kukusan.
- Masukkan beras pulut ke dalam loyang.
- Masukkan santan + garam supaya lapisan santan separas dengan lapisan pulut. Kacau sebati.
- Kukus pulut hingga masak.- sambil2 di kacau dengan garfu sedikit supaya santan + pulut sekata.
- Keluarkan loyang bila santan kering dan pulut nampak berkilat.
- Kacaukan pulut di dalam loyang dengan garfu untuk sebatikan santan.
- Bungkus tangan dengan tuala, masukkan dalam plastik bersih dan tekan2 lapisan pulut hingga padat.
- Dah padat dan rata, cucukkan dengan garfu, sedia untuk dituangkan bancuhan telur.
- Kukus hingga lapisan telur beku.
- Keluarkan dari kukusan...lebihan air di atas lapisan telur boleh dilapkan dengan tisu dapur. Siap.
Nasi Kerabu Hitam Bunga Telang
Semalam teringin makan nasi kerabu..apatah lagi melihat bunga Telang yang lebat berbunga di dalam pasu. Warna biru yang dikeluarkan oleh bunga Telang lebih lembut dan lebih cantik. Apalagi...Nasi Kerabu Hitamlah juadah berbuka puasa semalam..jom tengok resepinya,
Sambal Kelapa
Bahan-bahannya:
1/2 biji kelapa parut disangai garing (warna dark brown) dan ditumbuk lumat (jangan sampai pecah minyak)
4-5 ekor isi ikan selayang/sardin atau kembung (paling baik dibakar kerana akan kurang hanyir berbanding dikukus atau direbus)
6 ulas bawang merah
10 biji lada hitam
3-4 batang serai (lihat saiz)
gula/gula melaka, garam secukup rasa
Cara:
Tumbuk halus/lumat semua bahan. Gaulkan hingga sebati/mesra. Sudah siap, tekan-tekankan hingga rapat dan disendukkan ke dalam pinggan waktu menghidang nanti.
Sambal Tumis
1/2 biji kelapa-ambil santan pekat
5-7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
2 batang serai
5-6 biji cili kering
Gula/gula melaka
Asam keping/asam jawa
Budu
Garam- hati-hati dengan garam sebab budu dah masin.
Cara memasak:
Masukkan santan dalam periuk. Biarkan hingga menggelegak tanpa perlu dikacau.Mesinkan semua bahan kecuali asam keping. Masukkan dalam santan yang sedang menggelegak tadi, masukkan asam keping. Kacau sekali-sekala.Masukkan gula,budu dan garam. Masak sampai kuah pekat dan pecah minyak. Rasanya mesti masam, manis dan masin.
*kalau nak tumispun boleh. Caranya; Tumiskan semua bahan mesin hingga garing. Masukkan santan, asam keping, garam/budu dan gula. Masak hingga pekat.
Sayur Ulam
Bahan-bahannya yang boleh digunakan;
Timun
Kacang panjang
Kubis
Bunga Kantan
Daun kesum
Daun kunyit muda
Taugeh
Daun selasih
Hiris halus-halus dan gaul bersama.
Air Lada (jika suka)
10 biji cili padi merah
Cuka
gula
garam
Cili ditumbuk/dimesin bersama-sama dengan gula dan garam (1 bhgn garam, 2 bhgn gula) dan dibancuh dengan cuka.
Budu
Perahkan limau nipis serta patah2kan cili api ke dalam budu.
Nasi
Boleh memasak nasi biasa.
Boleh masak nasi warna biru( gunakan pewarna atau bunga nasi kerabu/telang)
Boleh masak nasi berwarna kuning guna kunyit.
Semalam Cik Wan guna bunga telang yang banyak berkembang dalam pasu di halaman rumah. Bunga Telang dibubuh begitu sahaja ke dalam besar untuk ditanak dan Cik Wan masukkan juga sehelai daun limau purut.
Saturday, 20 June 2015
Daging Tumis Berkari Kicap
Ada lebihan daging selepas membuat singgang. Cik Wan tak nak beli lauk lain lagi kerana nak habiskan apa yang ada dalam peti ais. Kalau tak buat macam ni, tak sampai seminggu Ramadhan peti ais kita akan penuh padat dengan macam-macam lauk basah dan lauk yang tak habis dimakan..jom tengok resepi mudah ni.
Bahan-bahannya;
1 mangkuk daging dihiris nipis.
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu serbuk cili - boleh guna cili kering
*Semua bahan di atas diblender
1 sudu serbuk kari ayam/daging-bancuh dengan air
Sedikit air asam jawa
3 helai daun limau purut
1 biji tomato, potong empat
1/2 labu bawang besar dipotong.
2 biji cili merah dan hijau dibelah dua
Kicap manis secukupnya
Garam dan gula jika perlu.
Cara memasaknya:
- Tumiskan bahan mesin hingga naik minyak dan berbau wangi. Masukkan daun limau purut.
- Masukkan bancuhan rempah kari, tumis lagi hingga naik minyak.
- Masukkan daging. Masukkan juga air asam jawa dan semangkuk air. Kacau
- Boleh masukkan air beberapa kali hingga daging empuk.
- Bila daging empuk, masukkan kicap manis hingga warna kuah menjadi hitam kemerahan. Perisakan. (tambah garam dan gula jika perlu)
- Kacau hingga kuah pekat.
- Masukkan bahan hiasan seperti bawang dan buah tomato serta cili yang telah dibelah. Siap.
Kerabu Taugeh Mudah Terlajak
Memang mudah sangat resepi ni..tapi sedapnya ya ampuuunnnnn...memang habis diratah macam tu jer..tak makan nasi la nampaknya. Semalam Cik Wan masak air asam ikan bakar, ada lebih lagi 2 ekor ikan yang Cik Wan simpan dalam peti ais. Kelapa parut pun ada sikit apa , otw Mr A balik dari pejabat, Cik Wan suruh dia belikan taugeh..apalagi, terhasillah kerabu mudah ringkas sedap ni hehehe..
Bahan-bahannya;
2 mangkuk taugeh (agak2 je ni sbb Mr A belikan 1/2 plastik)- bersihkan dan celur sebentar
2 ekor ikan bakar- buang tulang
Sedikit udang- dibuang kulit dan dicelur slps mencelur taugeh- potong kecik2
3 biji cili padi
2 biji cili merah besar
Sedikit belacan
1/2 mangkuk kelapa parut- sangrai dan tumbuk
1/2 labu bawang besar- mayang kasar
Garam
Gula
1 biji limau nipis
Cara-caranya:
- Tumbuk cili, belacan, garam dan gula. (jadi sambal belacan)
- Tumbuk isi ikan bakar.
- Satukan semua bahan: taugeh, kelapa tumbuk, ikan tumbuk, sambal belacan, bawang besar yang dihiris dan isi udang yang dipotong kecil.
- Perahkan asam limau nipis.
- Gaul sebati dengan tangan.
- Jika suka pedas boleh tambahkan dengan hirisan cili padi.
- Siap.
Kerabu ni tanpa santan, memang tahan sampai sahur tanpa perlu masukkan dalam peti ais...selamat mencuba :)
Ghodok Telur Resepi Asli Kelantan
Haaa...keluar lagi resepi yang jarang dijumpai zaman millenium ni hahaha...bila Ramadhan, memang tak sah kalau tak buat resepi ni. Kegemaran Mr A..Cik Wan kurang sikit, mungkin tak biasa makan dari kecik. Belajar makan ni bila dah kahwin..tapi kalau dibuat sebagai topping seri muka..Cik Wan suka sangat. Jom tengok bahan-bahan yang mudah ni..sesuai untuk orang yang sukakan kuih manis dan telur.
Bahan-bahannya:
6 biji telur
1 keping nise aka gula melaka yang besar- kalau guna yang kecil mungkin 2-3 keping
2 sudu gula
2 helai daun pandan
4 kuntum bunga cengkih.
Cara-caranya;
Sediakan air nise/ gula melaka dahulu;
- Masakkan gula melaka, gula dengan 1/2 cawan air dan daun pandan hingga gula hancur.
- Sejukkan.
Baru sediakan bancuhan untuk dibakar;
- Satukan telur dalam satu bekas bersama-sama bunga cengkih dan potongan daun pandan.
- Pukul dengan garfu hingga sedikit kembang..jangan kembang sangat.
- Masukkan air gula yang dah disejukkan tadi. kacau sebati.
- Tapiskan ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak.
- Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven menggunakan api atas dan bawah. (Boleh juga dibakar di atas dapur terus)
- Mula-mula adunan akan naik kembang/mengelembung. Bila lapisan atas nampak keperangan, boleh dikeluarkan untuk disejukkan. Adunan akan turun dan mampat.
Nampak pelik kan? hehehehe...kalau tak ada idea nak masak kuih petang ni..bolehlah mencuba resepi yang dah hampir tak dibuat orang lagi ni..hehehe..selamat mencuba!!!
Thursday, 18 June 2015
Akok Kedut Asli
Puas hati buat akok sendiri untuk berbuka puasa..cukup rasa manis dan lemaknya. 1 adunan boleh menghasilkan 18 biji akok..kalau beli dah berapa ringgit ni..rasanya pulak belum tentu sedap. Cik Wan copypaste semula resepinya...selamat mencuba :)
Resepi Asal : Azie Kitchen
Bahan-bahannya;
5 biji telur - saya tambah jadi 6 biji
200 ml pati santan- saya guna 1 biji kelapa yang diperah menggunakan air kelapa untuk mendapatkan 200ml pati santan
100 ml air - saya gantikan dengan 100ml air kelapa
150 gram gula melaka - saya tambah 2 sudu besar gula pasir
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus - saya guna 1/2 sudu kecil
200 ml pati santan- saya guna 1 biji kelapa yang diperah menggunakan air kelapa untuk mendapatkan 200ml pati santan
100 ml air - saya gantikan dengan 100ml air kelapa
150 gram gula melaka - saya tambah 2 sudu besar gula pasir
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus - saya guna 1/2 sudu kecil
Cara cara:
- Masak air kelapa bersama gula melaka, gula dan daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.Sejukkan.
- Masukkan santan dalam blender, masukkan telur dan tepung dan masukkan gula melaka tadi. Blender sehingga rata. Tapiskan.
- Adunan akan berbuih, mesti keluarkan buih tadi jika tidak akok kita tak akan berkedut cantik.
- Panaskan oven pada suhu 180C.
- Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
- Tuang adunan akok separuh penuh dan boleh dibakar selama 11 minit.
- Akok akan menggelembung macam belon dan bila dikeluarkan akan mengecut menjadi kedut2.
Ikan Bakar Air Asam
Air Asam |
Ikan Sardin/Selayang Bakar |
Bahan-bahannya:
4 biji cili padi
2 biji cili merah besar
1 biji tomato
2 sudu besar asam jawa- bancuh dengan air masak dalam 1/2 mangkuk kecil
2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Sedikit belacan
*semua bahan di atas diblend.
- Masukkan air asam yang telah diblend ke dalam mangkuk.
- Tambahkan dengan hirisan 1 labu bwang besar saiz sederhana
- Tambahkan dengan hirisan 1/2 biji tomato
- Tambahkan dengan sedikit perahan air limau nipis....sluurrpppppp....siap.
Makanlah dengan seafood bakar atau daging bakar..memang membuka selera sungguh...selamat mencuba!!!
Daging Singgang Asli
Bila berpuasa, tekak ni lebih suka lauk-lauk tradisional. Hidangan hari pertama berbuka puasa sungguh simple iaitu daging singgang, ikan panggang tawar dan air asam dan sambal goreng..alhamdulillahh..sederhana sahaja, bukannya boleh makan banyakpun.,betul tak?
Bahan-bahan;
1 mangkuk hirisan daging- Cik Wan guna daging tempatan bahagian peha dan keting.
1 labu bawang putih- ketuk
2 ulas bawang kecil-hiris
2 inci lengkuas- hiris nipis
1 sudu rempah ketumbar-tumbuk halus
4-5 keping asam (kalau besar 3-4 keping dah cukup)
1 biji cili kering- potong kasar
Garam
Gula
Cara-caranya:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
- Masukkan air (banyak)
- Rebus hingga daging empuk- tambah air jika daging belum empuk.
- Siap. (Sebab puasa tak boleh nak test rasanya tapi mesti ada masin, manis dan masam)
Sambal Goreng Kering Untuk Sahur..nyum!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan dan seluruh umat Islam walau di mana sahaja berada. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Sama-samalah kita tingkatkan ibadah di dalam bulan yang penuh rahmat, keampunan dan keberkatan ini.
Malam ni Cik Wan nak kongsikan lauk untuk sahur malam tadi. Sambal Goreng kering yang sangat simple tetapi sangat sedap dan menyelerakan bila dimakan dengan nasi panas. Sambal ni tahan lama dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara hingga sebulan lamanya...eemmm..kalau tak habis lah heheheeh.
Bahan-bahannya sangat simple iaitu.
1 mangkuk kecil ikan bilis- yang berkualiti tinggi lebih baik dan lebih tahan lama rangupnya.
1 mangkuk besar cili kering yang dipotong dan direndam dengan air panas
2 labu bawang besar
Garam
Sedikit kicap manis
Goreng ikan bilis hingga rangup. Keluarkan dan toskan.
Blend bahan cili dan bawang. (saya masukkan sikit sahaja air semasa blend- nanti cepat garing dan tidak memercik kuat)
Tumis dalam minyak bekas goreng ikan bilis. (Minyak mesti banyak)
Masukkan sejemput ikan bilis yang telah direndam dan diramas hancur dalam tumisan. Masukkan juga sedikit garam.
Tumiskan hingga seperti dalam gambar. Cilinya nampak berwarna gelap dan kerinting.
Masukkan sedikit kicap manis.
Cepat2 masukkan ikan bilis dan tutup api. Kacau sebati.
Disebabkan minyak banyak sangat, selalunya Cik Wan akan toskan sekejap sambal ni untuk keluarkan minyaknya...ambil sedikit sahaja minyak untuk dimasukkan bersama sambal gorengnya...yang lebihnya Cik Wan buang atau boleh disimpan untuk digunakan bagi menggoreng nasi atau sayur.
Makan sambal ni waktu sahur dengan nasi panas2...fulamakkkk!!!!
Thursday, 4 June 2015
Nasi Arab Mandy
Tengok gambar je malam ni hehehe...
Malam ni agak istimewa makan malamnya..bukan apa , Aifaa baru balik dari asrama kerana terlibat dengan kelas tambahan dan juga program2 lain, Alis pulak sudah hendak kembali ke Penang lusa ni..mamanya pulak hendak berbuka puasa..jadi Cik Wan masaklah nasi arab kegemaran budak2 tu. Kerja yang banyak jadi lebih ringkas dan cepat bila ada dua pembantu hehehe...lps mereka balik kami berdua makan nasi dengan budu jer hahaha.
Resepi masih lagi sama dan boleh dapatkan di SINI. Untuk resepi asal, Cik Wan gunakan limau nipis dalam salata hara dan salsa, tapi kali ni Cik Wan gunakan lemon sepenuhnya. Jujurnya, menggunakan limau nipis lebih menyelerakan dan lebih naik wanginya. Kalau tiada masalah dengan asid urik seperti yang dihadapi oleh Mr A..Cik Wan cadangkan gunakan limau nipis berbanding lemon, walaupun resepi asal Arab menggunakan lemon..tekak kita, pandai2lah kita hehehheh.
Selamat mencubaaaa !!!
Sambal Sotong Ringkas
Semalam Cik Wan ke kedai Acheh, jumpa cumi yang comel2..walau kecik harganya RM21 sekg..mahal betul sekarang ni. Tekak dah terbayang-bayang sambal sotong dengan nasi panas-panas. Jom tengok resepi mudah terlajak ni..
Bahan-bahan:
1 kg sotong- cuci bersih dan toskan.
1 mangkuk besar cili kering potong- rendam dalam air panas
2 labu bawang besar
2 ulas bawnag putih
Garam
Gula
Air asam jawa secukupnya (dalam 1 sudu besar dan bancuh dengan sedikit air)
Cara-caranya:
- Mesin lumat cili kering dan 1 labu bawang besar dan 2 ulas bawang putih. Letak air sedikit sahaja supaya cepat garing bila ditumis nanti.
- Panaskan minyak agak banyak, masukkan bahan mesin.
- Masukkan garam dan gula.
- Masukkan 1 labu bawang besar yang dimayang.
- Kacau hingga sambal jadi seperti kerinting- agak lama sedikit gorengnya
- Masukkan air asam jawa.
- Rasakan agar ada masin, masam dan manis.
- Agak dah ok, masukkan sotong yang telah ditoskan.
- JANGAN masukkan air.
- Biarkan sotong keluarkan airnya sendiri.
- Goreng sekejap sahaja agak2 sotong dah masak, tutup api.
- Jika digoreng terlalu lama sotong akan jadi keras seperti plastik.
Pulut Pagi Tanak
Sarapan kegemaran Cik Wan..memang tak boleh tengok pulut tanak..memang terliur sungguh. Zaman dulu kita tanak beras pulut yang ditanam sendiri, kukur kelapa yang dipetik dari pokok....Allahuakbar..sedapnya tidak terkata.
Cik Wan masak 1/2 cawan untuk seorang makan, tapi tak habispun..anak2 masak western breakfast..mana nak layan pulut2 macam ni...rugikan depa ? heheheh
Pulut dimasak/tanak macam biasa, paling senang guna rice cooker..airnya mesti kurang..dalam 1cm daripada paras beras.
Kelapa parut putih diletak sedikit garam.
Goreng ikan masin kesukaan masing-masing..done!!!
Tuesday, 2 June 2015
Laksa Penang Lagi...
Nur Alis, kalau dia puasa..macam2 permintaannya untuk berbuka..kali ni dia mintak laksa. Kami berdua memang suka makan laksa ni, tapi tidak dengan Mr A...suka maksudnya kami akan makan berulang-ulang..daripada petang hingga ke esoknyalah...makin lama dan makin banyak kali dipanaskan kuahnya makin sedap rasanya..hahaha. Adoi !!
Resepi dan bahan masih lagi sama seperti yang Cik Wan tulis di SINI.
Bahan-bahan:
1 kg ikan selayang/sardin-direbus dengan 5 keping asam dan garam.
-isi ikan di asingkan dengan tulang dan diblend
-tulang ikan juga diblend dan tapis ambil airnya
-air rebusan ditapis dan dimasukkan dalam kuah.
10 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 batang sulur kantan
5-7 biji cili kering
20 biji cili padi-boleh tambah boleh kurang..ikut selera
3 inci belacan (boleh tambah lagi jika suka)
--- semua bahan di atas diblend hingga lumat---
1 tin ikan sardin Ayam Brand- masukkan terus bersama kuahnya tidak perlu diblend
5-7 asam keping
Garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto-optional
Bunga Kantan
Daum Kesum
Air secukupnya
Cara-cara;
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk yang besar- tambahkan air secukupnya dan rebus.
2. Perisakan mengikut selera.
3. Hidangkan dengan ulam timun, daun salad, daun selom, hirisan nenas, cili potong, bawang merah besar potong, asam limau kasturi dan daun mint kalau suka.
4. Ada orang suka masukkan petis dalam kuah ataupun semasa menghidang- saya tidak suka.
5. Siap!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)