Saturday 12 April 2014

Mee Goreng Talam aka Mee Boko


Mee goreng paling ringkas di dunia..hehehehe betul tak? Sesiapa yang pernah ke pasar2 di Kelantan atau di pasar2 malam akan jumpa mee ini yang diletakkan di dalam talam atau dulang besar. Mee ini biasa sahaja nampaknya tanpa ada lauk2 mewah atau sayur berwarna warni, tapi sekali makan memang nak lagi hahah..
Saya selalu masak mee ni kerana suami dan anak2 sangat sukakannya. tetapi sekali sekala anak2 akan request mee goreng basah dan abahnya terpaksa mengikut juga...

Zaman dulu, mee kuning dibuat segar tanpa asid borik atau apa2 bahan pengawet. Kalau ke Pasar Pasir Putih, kakak2 yang jual mee talam hanya gaulkan mee kuning mentah dengan sayur kangkung goreng kicap di dalam talam dan ..wallaaaa, siap untuk dijual. Sedap sungguh!!!

Namun begitu, mee talam ini tidak lengkap tanpa air ladanya atau sambal ciliapi  jeruk yang masam, masin dan manis. Jom kita tengok apa yang ringkasnya dengan resepi ini.

Bahan-bahannya;

3 peket mee kuning (Saya buat banyak untuk 2 kali makan sebab suami saya akan mengulang2 makan hehe)
1 mangkuk kecil udang kertas
2 keping fishcake- resepi asal tidak dimasukkan.- saya masukkan untuk anak2.
1 ikat kangkung disiang

7-8 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah.
1/2 sudu serbuk cili
Sedikit sos cili
Kicap manis
Garam

Cara-caranya;

  1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah hingga lumat.(kalau blend, pastikan tumis hingga airnya kering)
  2. Tumis bawang hingga wangi dan masukkan serbuk cili. Kacau sebentar.
  3. Sambil tu, basuh bersih-bersih  mee dan toskan kering.
  4. Masukkan udang dan fishcake ke dalam tumisan. Kacau hingga udang masak.
  5. Masukkan sos cili.
  6. Masukkan kangkung, sedikit garam dan kicap. Kacau hingga kangkungnya layu.
  7. Masukkan terus mee dan kacau rata. Rasakan meenya. Jika kurang masin boleh tambah garam dan jika kurang manis tambahkan kicap.
  8. Kacau sebentar sahaja iaitu sehingga bahan bergaul rata. Siap.
  9. Hidangkan mee dengan air lada..perghhh mengancam!!
Nak lagiii...



Kerabu Sambal Belacan Ulam Raja dengan Mangga Muda.




Hari Jumaat semalam, kawan sekerja saya  membawa satu plastik besar pucuk ulam raja tuaian kebun sayur di keliling rumahnya. Apa lagi, memang rezekilah. Dah terbayang2 kerabu ulam raja yang sangat sedap..hahahah. Apa lagi, malam tu jugak saya buatkan kerabu ringkas ni. Terima kasih Maziyani..lain kali bawak lagi yer :-)

Bahan-bahannya ialah;

Untuk sayurnya.

Ulam raja secukupnya- basuh bersih dan toskan kering- hiris halus
Sebiji mangga muda sederhana saiznya-di sagat
6-7 ulas bawang merah kecil - mayang nipis
- boleh tambah bunga  kantan dan daun kesum jika ada.

Untuk sambalnya
5-6 biji cili padi
1/2 sudu kecil belacan dibakar
Garam dan gula secukupnya (biasanya saya guna nisbah 1sk garam-2 sb gula)
1 mangkuk kelapa digoreng tanpa minyak
1/2 mangkuk udang kering digoreng sebentar tanpa minyak
1 biji limau nipis

Caranya;
  1. Siapkan sambalnya dulu.
  2. Tumbuk kelapa yang digoreng tadi hingga lumat tapi jangan sampai keluar minyak. Keluarkan.
  3. Tumbuk cilipadi, belacan, gula dan garam hingga lumat. Keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
  4. Tumbukkan udang kering.  Masukkan ke dalam mangkuk.
  5. Masukkan semua sayur yang telah dihiris halus ke dalam mangkuk yang berisi sambal tadi.
  6. Perahkan asam limau nipis.
  7. Gaulkan menggunakan tangan hingga mesra, sambil dirasa masin, masam dan manisnya, siap!!
Kecurrr air liur hehe





Makan-makan lagi..

Hujung minggu lepas, kami bawak anak-anak makan tengah hari di luar. Kesian bebudak tu terutama Nur Alis yang terperap di rumah sejak cuti panjang ni. Kami ke Islamic Kitchen (Wadihana) di Bangi. Sebenarnya, tempat ni merupakan salah satu port kegemaran saya dengan bff untuk jalankan aktiviti lepaking..hehehe  bukan apa, nak rehatkan diri dari beban kerja di sekolah lah kononnya. Suasana restoran ini memang selesa, layanannya bagus dan kualiti makanan pun bagus. Jom, tengok hidangan pilihan kami sekeluarga.
Ribeye steak untuk adik saya Mat Ija hehe
Marinara untuk Alis
Untuk Abah..
Kids meal pilihan Zahirah
Bolognaise For Kids untuk Zikry...liciiinn
Seafood chowder soup...my favourite
Pilihan saya..hidangan seabass with rice..yummy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...