Bizi sungguh Cik Wan sejak bukak sekolah ni hingga tak sempat nak menggodek blog kesayangan ni. Jangan marah ye...Cik Wan ada keutamaan lain yang wajib didahului. Maklumlah kerjaya kita sumber pendapatan kita, kenalah buat betul2kan?. Masak tetap masak tapi gambar tak sempat nak ambik dan kadang2 masakpun cincai2 sahaja malu nak upload dalam blog.
Jangan terkezut pulak...sekali update blog..keluar2 sambal belacan hahahahaha..jangan tak tau, zaman2 inflasi ni menu ni boleh jadi menu pilihan nanti..jadi pembuka selera dan ubat release tension hahaha..
Kalau kenduri di Kelantan, sambal belacan ni wajib ada, biasanya dibuat sehari sebelum kenduri atau malamnya. Lepas buat pakat2 rasa hinggalah semua dah bersetuju ianya sedap dan secukup rasa. Yang Cik Wan buat ni versi arwah Mok yang sangat basic, sesuai dengan masa dulu yang tak banyak bahannya. Kalau suka bolehlah diubah suai, tambah mana yang kurang dan sebagainya. Untuk masin, manis dan masamnya..susah nak cakap, kena buat dulu dan sesuaikan dengan rasa lidah sendiri..selamat mencuba ye..sangat sedap dipadankan dengan lauk kari dan ulam-ulaman.
Bahan-bahannya:
10 biji cili kering- potong, buang biji dan rendam dengan air panas.
3 biji cili merah besar
5 biji cili padi merah
1/2 inci belacan- bakar
2 ulas bawang merah kecil- bakar dengan kulitnya
1 ulas bawang putih- bakar dengan kulitnya
*Cik Wan ada garfu yang khas untuk bakar bawang dan belacan ni. Cucuk dengan garfu dan letak atas dapur. Bakar sampai bawang hangus kulitnya.
3 sudu makan gula
2 sudu kecil garam- letak sikit2 dulu (Cik Wan guna sudu KFC tu)
1 sudu asam jawa- bancuh dengan 3 sudu air.
1/2 biji limau nipis.
Cara-caranya:
- Masukkan semua cili ke dalam blender.
- Masukkan belacan bakar.
- Basuh bawang bakar dan buang kulitnya yang hangus- masukkan dalam blender.
- Masukkan gula, garam dan air asam jawa.
- Mesin hingga lumat.
- Keluarkan dari mesin, perah asam limau nipis. Kacau sebati dan rasakan. Jika perlu, tambahlah apa yang patut untuk garam, gula dan asamnya.
No comments:
Post a Comment