Sunday, 29 June 2014

Ramadhan Kareem..



Alhamdulillah..diizinkanNya untuk kita berada di sini pada bulan yang mulia ini.
Selamat berpuasa Cik Wan ucapkan kepada semua kawan-kawan beragama Islam.
Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik daripada Ramadhan sebelum ini, dan bukan yang terakhir untuk kita semua.

Cik Wan mohon maaf sekiranya ada salah dan silap kepada anda semua. Terima kasih kerana sudi singgah di blog yang serba kekurangan ini.

Tahun ini Cik Wan puasa berdua sahaja kerana Alis dan Aifaa berpuasa di kolej dan asrama. Sudah semestinya menu berbuka dan bersahur kami akan jadi sangat ringkas dan sederhana. Mungkin ini yang terbaik bagi kami berdua semoga kesihatan kami berdua bertambah baik dan dapat mengurangkan berat badan yang sangat berlebihan sekarang ini. In sha Allah.

Di samping itu, Cik Wan doakan agar kita semua dapat meningkatkan ibadah kita di bulan penuh berkat ini, mendapat rahmat dan keampunan serta rezeki yang berlimpah ruah...aminnn

Selamat berpuasa :-)

Tuesday, 24 June 2014

Makaroni Goreng Mudah


Zahirah minta saya masakkan bekal untuk dibawa ke tadika. Sudah dua hari dia bawa bekal nugget, jadi hari ini mamanya bersemangat memasakkan makaroni goreng kegemarannya. Semangat mamanya sanggup bangun pukul 1 pagi untuk kopek udang supaya lebih cepat menggoreng makaroninya pagi tu. Resepi ni paling mudah, ringkas dan cepat tapi rasanya alhamdulillah, sedap.

Bahan-bahannya;

1 peket makaroni (500gm)- rebus empuk

1 labu bwang besar Holland- didadu
2 ulas bawang putih- didadu halus
1/2 sudu serbuk cili
1 tin sos sphageti Prego (tin hijau)
1/2 tin cendawan butang- saya guna Ayam Brand
1 mangkuk udang- boleh tambah lauk lain jika suka.
Sedikit rempah bolognaise
Sedikit serbuk oregano
Garam
Gula

Cara-caranya;
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar dan bawang putih serta serbuk cili.
  2. Tumis hingga layu. Masukkan udang dan kacau hingga udang mengerekot.
  3. Masukkan  sos prego, garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan cendawan, rempah bolognaise dan oregano. Rasakan agar cukup masam, masin dan manisnya.
  5. Masukkan makaroni yang telah ditoskan. Kacau hingga sebati. Angkat.
 Bila dah siap masukkan makaroni ke dalam tupperware untuk Zahirah, dia siap cakap ..mama, Zahirah tak nak makaroni, Zahirah nak bawak kokocrunch saja.....masyaAllah...sabar sajalah mamanya....huhuhuhu..

Wednesday, 18 June 2014

Sambal Sotong

Buka sekolah Isnin lepas Kak Hasni kawan sekolah membawakan saya ikan bilis dan sayap sotong kering dari Pulau Pangkor. Memang saya biasa menempah ikan bilis dan sotong kering daripada beliau setiap kali dia balik kampung. Kali ini katanya sotong kering tidak berapa elok jadi dia belikan saya sayap sotong kering. Rupa-rupanya rasanya sangat sedap  dan bagi saya setanding dengan sotong kering yang biasa saya beli.
Kali ini saya buat sambal yang paling ringkas tapi sangat menyelerakan..selamat mencuba!
Rupa sayap sotong yang belum direndam air.
Bahan-bahan sambal;
20 biji cili kering- saya rendam tanpa potong dab buang bijinya hingga lembut.
3 labu bawang besar- saya gunakan yang sederhana besar
1 labu bawang besar dimayang kasar- saya gunakan yang sederhana besar juga
1/2 sudu asam jawa - bancuh dengan air secukupnya
2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula

Cara-caranya;
  1. Rendam sotong sebentar- hingga sedikit lembut.
  2. Mesin cili dan bawang besar hingga lumat.
  3. Panaskan minyak- agak banyak.
  4. Masukkan bahan mesin bersama garam dan gula.
  5. Kacau hingga naik minyak dan bahan gorengan hampir garing.
  6. Masukkan hirisan bawang besar.
  7. Lihat gambar di bawah.
 7. Masukkan air asam jawa dan sotong yang telah direndam, dibasuh dan ditoskan tadi.
 8. Kacau dalam seminit dua hingga sotong masak.
 9. Siap!!.

Saturday, 14 June 2014

Agar-Agar Sirap





Malam ni ada kenduri tahlil di rumah pengasuh anak-anak saya iaitu Kak Syidah yang kematian suaminya  arwah Abang Aziz akibat sakit jantung minggu lepas. Terpandang agar2 bertali yang dah lama dalam kabinet, saya keluarkan dan buat agar-agar sirap untuk dibawa malam ni.

Bahan-bahannya;

100 gram agar-agar bertali dibasuh dan direndam sekejap.
1 kg gula
2 helai daun pandan
Sirap secukup warna
16 gelas air
2 ketul gula batu - hari ni saya tak letak, maklumlah tak plan nak buat.

* agar2 yang terhasil adalah pejal dan sesuai untuk majlis kenduri. Jika mahu lebih lembut macam jelly biasa boleh tambah air.

Cara-caranya;
  1. Masukkan 16 gelas air ke dalam periuk besar.
  2. Masak air hingga menggelegak.
  3. Masukkan agar2 yang telah dibasuh, direndam dan ditoskan.
  4. Masak hingga agar2 larut.
  5. Masukkan gula dan gula batu serta sirap dan daun pandan.
  6. Masak hingga menggelegak kuat.
  7. Tutup api.
  8. Dituang ke dalam bekas sambil ditapis untuk mengeluarkan sebarang ketulan atau bahan yang tidak larut.
  9. Sejukkan.

Bubur Kacang


Bubur kacang saya ni agak berbeza dengan bubur kacang biasa. Bezanya ialah kacangnya di sangrai dahulu sebelum direbus. Hasilnya bubur ini menghasilkan bau yang sedikit wangi berbanding dengan bubur biasa. Kalau sudi, sila lah kawan-kawan cuba. Boleh guna resepi biasa cuma kacangnya sahaja disangrai.
Goreng sedikit hingga ada tanda2 kehitaman...baru direbus. Proses rebus juga makin cepat berbanding yang tidak digoreng/sangrai.
 Bahan-bahannya;

1 peket kacang hijau (dalam 1 mangkuk besar)-dibasuh bersih, sangrai dan kemudian direbus empuk.
1 1/2 biji kelapa di ambil santan
2 sudu sagu
1 1/2 keping gula melaka (yang besar)
1 senduk gula
1 susu kecil garam
2 helai daun pandan

Cara-caranya;
  1. Apabila air rebusan kacang hampir kering, masukkan sagu yang telah dibasuh terlebih dahulu.  Rebus lagi hingga kacang betul2 empuk dan sagu 3/4 masak. (Masih ada warna putih)
  2. Apabila air rebusan kering masukkan santan, garam dan daun pandan.
  3. Sambil itu, masukkan gula melaka dan gula putih.
  4. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana tanpa henti hingga menggelegak.
  5. Tutup api dan kacau perlahan jangan sampai santannya bergentel. Siap.

Kerabu Gajus (2) @ Ketereh @ Jambu Golok


Sehari selepas menghantar kakak ke Pulau Pinang, kami terus bertolak ke Kelantan. Sebenarnya Mek dah hampir 10 hari sakit dan terlantar di hospital. Disebabkan menunggu cuti sekolah dan menguruskan kakak, kami lewat balik ke kampung..Ya Allah, begitulah kita bila masing-masing ada keluarga dan kerjaya..walau rasa nak balik serta merta tapi tak berdaya. Hanya telefon bertanya khabar sahaja. Nasib baiklah ada adik beradik lain yang sanggup berkorban meninggalkan keluarga masing2 untuk menjaga mek. Hari saya balik tu mek dah dua hari di discharge..alhamdulillah..

Agaknya disebabkan lama di hospital, mek agak berselera hendak makan. Adik saya Roha @ Ciksu bertanggung jawab menjadi chef di rumah untuk minggu tu...hehehe memang best dia masak. Saya hanya berkesempatan membuat kerabu gajus ni sahaja..tu pun dibantu oleh Roha. Kami sama-sama ke Pasar Jelawat untuk bersarapan berdua..ala-ala girls day out la..meninggalkan suami  menjaga anak2...heheh tak sampai sejam dah sampai mesej ..."balik cepat oiii...kami lapar.." hahaha
Sempat lagi kami bersarapan dengan nasi dagang terengganu yang dijual di situ..best!!


Tak pernah miss makan nasi dagang ni kalau berkesempatan balik...
Sebenarnya resepi untuk Kerabu Gajus ni dah ada. Boleh dapatkan di SINI cuma kali ni saya buat dalam kuantiti yang banyak iaitu dalam 20 biji buah gajus dan 1 biji besar buah nanas. Suka tengok mek meratah kerabu ni..alhamdulillah.

Lain kali kalau terjumpa dengan buah ni, jangan takut untuk mencuba resepi kerabu ni..yang saya pelajari daripada arwah nenek..memang marvellous!! Selamat mencuba..



Cuti berblog....

Allahuakbar!! lama sungguh tidak update apa2 di blog tersayang ini. Walaupun cuti sekolah, jadual sungguh padat sekali. Hampir 10 hari tidak masak kerana tiada di rumah dan selepas balik , terpaksa masak ringkas2 sahaja kerana sibuk menanda kertas peperiksaan...8 kelas untuk dihabiskan dalam masa seminggu ini.

Seminggu sebelum cuti sekolah kami sekeluarga agak sibuk menguruskan kakak yang akan melanjutkan pelajaran di UITM Seberang Perai, Pulau Pinang. Dia mendaftarkan diri pada 1 Jun tetapi kami ke sana pada 30 Mei..sengaja ambil masa untuk bercuti di Pualu Pinang bersama-sama.
Kakak bergambar dengan abah di atas Jambatan Pualau Pinang..
Bergambar dalam kereta saja...tak berani nak bawak budak dua orang ni keluar atas jambatan heheh
Sebenarnya ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke pulau ini..apa lagi, target saya ialah mencari nasi kandar ori Pulau Pinang..hasil google saya mencari restoran ini, dan suami yang pernah datang ke restoran ini juga mengatakan nasi kandar di sini memang the best!!

Memang puas hati...lain kali nak datang lagi ke sini. Nasi Kandarnya sama dengan nasi kandar yang pernah saya makan bersama mek berpuluh tahun dulu..memang real!! Selalunya nasi kandar yang saya makan hanya menggunakan nasi putih tetapi di restoran ini, nasinya ala-ala nasi minyak..dan inilah yang saya cari..karinya memang tak payah cakap..memang sedap sungguh!!.

Mu tunggu...aku datang lagi hehehe
Pada 1 Jun, kami bergerak dari Sunway Hotel ke UiTM untuk menguruskan pendaftaran kakak. Maka bermulalah kehidupan kakak sebagai seorang siswi dan patahlah sayap kanan mama...selama ini kakak yang banyak menolong mama di rumah. Sejak kecil lagi dia merupakan pembantu mamanya sama ada bantuan tenaga mahupun segalanya...tempat mama berkongsi rasa dan cerita sama ada suka dan duka. Memang begitu agaknya anak sulung ni kan? Tak ada lagi orang yang akan mengurut kepala jika mamanya sakit kepala...mengurut betis mama yang sejak akhir2 ni selalu lenguh dan sakit...aduhh...kena train Zahiran dan Zikry pulak nampaknya lepas ini hahahha..

Bye kakak...gud luck!!! We luv u and miss u so much

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...