Thursday 25 April 2013

Teresek Jantung Pisang



Ini merupakan menu popular waktu kenduri kahwin di Kelantan. Disebabkan menu kenduri hanya terdiri daripada ayam percik atau ayam masak merah yang dipotong empat sahaja maka banyaklah berlebihan kaki, tongkeng, hati, jantung dan leher ayam. Maka terciptalah resepi teresek ni yang menggunakan semua parts ayam tadi dengan jantung pisang dan kadang-kala dicampur juga dengan kacang panjang.

Jarang boleh jumpa lauk ni. Nak buat sebenarnya mudah sahaja tetapi kebanyakan budak-budak tak berapa suka sayur jantung pisang dan organ dalaman ayam ni..bagi wing dan drumstick anytime la..maka jadilah ia lauk waktu kenduri sahaja hehehe.

Resepi ini saya belajar daripada emak saudara yang saya panggil Mok Yah. Dia ni kepala tukang masak waktu2 kenduri dan terkenal sebagai master chef dalam keluarga kami hehehe...kira glamer jugaklah..ada sentuhan midas gitu...masak apa sahaja mesti sedap. Dia sahaja yang mewarisi bakat sebagai kepala tukang masak daripada arwah nenek moyang kami dulu. Jom, kita tengok resepinya dulu;

Bahan-bahannya;
1 tongkol jantung pisang-dibelah dua dan kerat melintang halus-halus.
1 mangkuk besar campuran organ ayam (seperti hati, pedal,jantung,leher dan kaki ayam dipotong kecik)
2 sudu besar rempah gulai darat-kalau tak ada boleh guna rempah gulai kawah atau kari daging.
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia- tak letakpun tak apa
2 inci lengkuas
5 biji cili kering
1 sudu besar rempah ketumbar-ada orang goreng tanpa minyak dulu, saya tak buat
3-4 sudu kerisek
1 kotak 200ml santan
2 keping asam gelugor/asam keping
Sedikit budu-kalau tak suka tak payah letak
Garam
Gula

Cara-cara memasaknya;
(Caranya seperti memasak gulai darat Kelantan)

Untuk mengelakkan jantung pisang menjadi hitam, rendamkan dalam air garam sebaik dipotong.
Ramas dan perahkan sebelum dicelur dalam air yang banyak bersama sedikit garam.
Celur hingga lembut, tapiskan dan perah. Siap untuk digunakan.

  1. Sediakan jantung pisang seperti arahan di atas.
  2. Mesinkan semua bawang, cili, halia, lengkuas dan ketumbar.
  3. Masukkan bahan mesin dalam kuali bersama-sama bahan ayam.
  4. Masukkan juga rempah gulai darat/kari.
  5.  Masak hingga naik bau.
  6. Masukkan santan. Masukkan asam keping dan garam/budu serta gula.
  7. Masak hingga pecah minyak.
  8. Masukkan kerisek.
  9. Masukkan jantung pisang yang telah dicelur tadi. Kacau mesra.
  10. Masak hingga kuah pekat/bahan menjadi lembab2 sikit. (Lihat gambar)




Thursday 18 April 2013

Ayam Panggang dan Nasi Minyak Ringkas

Memang ringkas sungguh menu Ahad lepas tapi kaaaannn,  Khamis baru boleh update. Masih gunakan resepi yang sama seperti di sini tetapi kali ni menggunakan Pan Ajaib Vantage, wahhh!!! memang berbaloi-baloi. Betul2 menjimatkan masa dan elok masak sungguh empuk sekali ayamnya tak sampai 25 minit berbanding 1 jam 30 minit ke 2 jam sebelum ini untuk seekor ayam.. Sesuai sungguh pan ini untuk wanita2 yang sentiasa tak cukup masa untuk memasak.

Atas request seseorang, ayam panggang tu dimakan dengan nasi minyak. Inilah rupa nasi minyak yang tak digemburkan dulu oleh si Alis. Mamanya lupa nak suruh dia gembur2kan dulu nasi sebelum dihidang, dah tak sekata warna jadinya..ok je lah..lenkali pasti dia ingat, learnt from mistake.
Makan dengan salad ringkas ni, resepinya hampir sama dengan yang ini, cuma saya tidak masukkan suhun dan seafood, cuma timun, tomato, cili benggala dan daun ketumbar...sungguh ngam dengan ayam panggang tadi.
Bagi mengelakkan hidangan hari ini agak kering tanpa kuah, saya sediakan sup tulang ayam ringkas.

Bahan-bahannya;

tulang/kaki/organ dalam ayam-saya guna lebih ayam panggan tadi.
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
1/2 inci halia
1 sudu rempah sup
1/2 sudu kecil lada sulah
Garam

Hiasan:

daun sup
bawang goreng
cili api
1 biji limau nipis


Cara-caranya;
  1. Mayang halus bawang putih, merah dan halia.
  2. Tumiskan hingga wangi/brown.
  3. Masukkan rempah sup yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  4. Tumis hingga naik minyak.
  5. Masukkan ayam. Kacau sekejap.
  6. Masukkan air secukupnya. Masukkan garam dan lada sulah.
  7. Masak hingga mendidih. Siap.
  8. Masa menghidang masukkan  potongan cili api, bawang goreng dan daun sup. Perahkan asam limau. Beres!!
p/s: kombinasi ini pelik sikit tapi memang menyelerakan. Ada rasa macam makan nasi minyak dan ada rasa macam makan nasi ayam...bantai jelah labuuuu :-)


Tuesday 16 April 2013

Happy Birthday to me :-)


Alhamdulillah..terima kasih atas doa dari keluarga dan sahabat tersayang..I'm blessed!!
Terima hadiah surprise di sekolah tadi..
.
.
.
.
.
.
24 kuntum mawar merah
.
.
.
.
.
24 biji Ferrero Roche.
.
.
.
.
.
berserta lots of love
.
.
.
.
.
ucapan dan doa.
.
.
.
.
daripada
.
.
.
.
.
semua yang tersayang
.
.
.
.
terima kasih semua..
.
.
.
.
 luv u uol!!!!

Saturday 13 April 2013

Kek Coklat/Koko Kimi dan Mek Na


Gelap sungguh kek petang ni..hahahaha sampai tak nampak jelas teksturenya..

Jangan terkejut bila baca nama kek ni..sebenarnya dalam buku resepi saya memang ditulis siap dengan nama daripada siapa saya mendapat resepi atau belajar membuatnya seperti Kek Pisang Kak Jam, Udang Tepung Puan Thava dan seterusnya. Untuk resepi ni saya belajar daripada junior masa sambung master kat UKM dulu..pandai masak depa berdua tu. Resepi yang ringkas dan menjadi kegemaran anak-anak saya. Yang ni saya buat untuk Aifaa yang balik ke rumah sempena "outing day" hari ni, malangnya kek tak sempat masak dia dah kena pergi dulu..memang nak jadi rezeki jiran-jiranlah nampaknya. Saya tak berapa suka rasa kek yang pahit2 sikit ni tapi Si Alis dan adik2nya memang suka.

Bahan-bahannya;
Bahan Kering
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko-saya guna Van Houten (kalau nak kurangkan boleh)
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
(Semua bahan di atas disatukan dan diayak kecuali gula)

Bahan Basah
1 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak-saya guna minyak sayur
1 cawan air
Sedikit esen vanilla

Cara-cara membuatnya;
  1. Pukul semua bahan basah kecuali air hingga kembang.
  2. Masukkan bahan kering, pukul lagi.
  3. Masukkan air dan pukul hingga tidak nampak minyaknya.
  4. Bakar sehingga masak (dalam 35 -50 minit suhu 180c mengikut saiz loyang)


Friday 12 April 2013

Sayur Lemak Jantung Pisang

Wahh, ini memang sayur kegemaran saya sejak dahulu. Arwah nenek selalu masak lauk ni ditemankan dengan ikan goreng, budu dan ulam. Abang2 sayapun memang sukakan lauk ni. Memang sah bertambah-tambah nasi. Di sekeliling rumah arwah nenek memang banyak pokok pisang jadi menu ni sentiasa jadi pilihan sebab mudah dan tak perlu beli, malah kelapa pun fresh dari pokok..pergghhh memang best!!.

Kalau di negeri lain  jantung pisang mungkin dimasak seperti masak lemak kuning atau masak lemak cili api atau kerabu. Di Kelantan, jantung pisang juga biasa dibuat kerabu, teresek dan sayur lemak putih seperti ini.

Bahan-bahannya;

1 biji jantung pisang-belah dua, dan potong halus melintang-rendam dalam air garam.
4 ulas bawang merah-tumbuk
1 sudu kecil lada hitam-tumbuk
Ikan rebus-tumbuk, kalau suka/ikan bilis-saya tak letak sebab saya sudah gunakan santan yang pekat.
Garam
Gula
Santan daripada 1 biji kelapa parut.

Cara-caranya;
  1. Celur jantung pisang hingga lembut.
  2. Tapiskan keluar airnya dan perah sedikit supaya air pahitnya hilang.Masukkan semula ke dalam periuk.
  3. Masukkan santan.
  4. Masukkan bawang dan lada hitam tumbuk serta ikan rebus tumbuk kalau ada.
  5. Kacau atas api perlahan-kacau dan jangan tinggal takut kuahnya berketul.
  6. Masukkan garam dan gula- kacau hingga menggelegak.
  7. Siap.

Spagheti Aglio Olio Seafood

Resepi pasta yang sungguh mudah tapi mengenyangkan. Ini menu sarapan kami Ahad lepas, baru sempat nak upload. Busy manjangggggg!!!

Tapi biasalah resepi ni dah diadun dan diolah ikut selera tukang masaknya, tapi cayalahh, memang sedap hahaha :-)

Bahan-bahannya;
1 peket pasta- rebus ikut arahan pada peket.
2 ulas bawang putih-dadu
1 labu bawang besar-dadu
4-5 biji cili kering-potong dua/tiga
Beberapa ekor udang dan sotong -potong ikut suka
Sayur (cendawan, brokoli, carrot, parsley)-saya guna apa yang ada iaitu celery sahaja, no problem.
1 sudu rempah kering bolognaise (takde pun tak apa)
Sedikit serbuk oregano-resepi asal tak letak rasanya hehehe
Sedikit lada hitam-tumbuk (boleh guna serbuk)
Minyak zaiton untuk menumis-kena lebih sikit

Cara-caranya;
  1. Goreng cili potong sehingga garing-hati2 jangan hangus pulak.
  2. Masukkan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi-hingga layu sahaja
  3. Masukkan seafood, kacau.
  4. Masukkan rempah bolognaise dan sayur. Kacau
  5. Masukkan pasta, garam dan sedikit air rebusan pasta. Kacau sebati.
  6. Taburkan oregano dan lada hitam. Kacau lagi.
  7. Siap!!

Kek Pisang Pemanggang Ajaib

Ini resepi kek pisang yang saya ambil dari member group FB Sambal Hijau Puan Rubiah Ruby. Hehehe pertama kali guna pemanggang ajaib Vantage ni jakun la sikit. Tapi memang mudah cara pembuatannya dan sangat cepat dan yang penting sedap sangat. Kek ni dah jadi favourite Cik Abe yang sukakan kek yang garing di luar tetapi lembut dan gebu di dalam.(kalau tak nak garing bakar sekejap jelah ataupun tak payah terbalikkan pemanggang tu)
Ini resepi yang saya copy paste dari wall FB Sambal Hijau;

Kek Pisang by Rubiah Ruby

250gm majerin daisy
2 cawan tepung naik sendiri*
1cawan tepung gandum*
1 sdt baking powder*
1 sdt soda bikarbonat*
(ayak semua bahan bertanda*)
5 biji telur gred A
8 biji pisang berangan (di lenyek)
1 cawan gula pasir(jika suka manis lebihkan)
2  sdt esen pisang/esen vanila
buah-buahan campuran-jika suka

1. Pukul gula dengan majerin hingga gula hancur dan kembang.
2. Masukkan telur, pukul lagi hingga betul2 kembang.

3. Masukkan pisang dan esen, kacau hingga sebati menggunakan senduk kayu.
4. Masukkan dalam pemanggang ajaib. Bakar atas dapur dengan api yang kecil.
5. Selepas 10 minit, terbalikkan pemanggang. Bakar lagi dalam 10-15 minit lagi. 
6. Siap untuk dihidang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...