Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua sahabat berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam perlindungan Allah sentiasa.
Lama Cik Wan tak bersiaran. Sibuk dengan tugasan harian dan baru balik dari kampung juga. Balik menjengah MIL yang dah lama tidak berjumpa. Kali terakhir balik semasa menjenguk beliau yang tidak sihat dalam bulan Disember lepas. Mr A dah rindu sangat dengan maknya hehehe.
Hari ni Cik Wan share resepi Burnt Cheese yang Cik Wan ambil daripada youtube Azlita Aziz yang sangat cantik kemenjadiannya serta sedap sungguh rasanya. Untuk dapatkan resepi, boleh ke chanel beliau ya. Terima kasih Puan Azlita untuk video yang sangat cantik dan resepinya.
BURNT CHEESE CAKE
Copypaste daripada : youtube chanel Azlita Aziz
500 gm cheese Philadelphia atau Tatura ( suhu bilik)
200 ml Dairy whipping cream
160 gm gula caster
3 biji telur A saiz
1/2 sudu besar vanilla
1 sudu besar tepung gandum
Suhu oven 200 C
bakar 50 ~ 1 jam
Loyang 8 " lapik kertas minyak sampai lebih dari loyang
* cara buat rujuk video
Putar cheese dulu hingga berkrim
Masukkan telur satu persatu dan putar
(masuk 1 putar hingga hilang telur baru masuk 1 lagi)
Guna speed sederhana sahaja
Tapis adunan dalam loyang
Hentak loyang untuk buang bubble
* kek akan naik tinggi masa dalam oven dan turun bila dah keluar dari oven proses ini normal ya!
* jangan terus keluarkan kek bila dah masak
Tunggu betul2 sejuk
untuk mudah keluarkan, simpan dalam peti ais sekejap, bila kek sejuk ia lebih mudah di keluarkan
Selamat mencuba ya.