Thursday, 29 May 2014

Karipap Keledek Kelate

Saya lebih suka makan karipap kentang dan kurang manis, juga karipap sardin. Tapi suami suka karipap kelate yang berinti keledek dan lebih manis rasanya. Hari ni saya layan selera suami dan buat karipap kegemarannya.



Bahan untuk intinya;
2 ketul keledek- dipotong dadu
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu rempah kari
1 1/2 sudu kecil garam
4-5 sudu gula.
Air

Cara menyediakannya;
  1. Tumbuk lumat bawang.
  2. Tumiskan menggunakan minyak yang sedikit.
  3. Kacau dan masukkan rempah kari.
  4. Tumis hingga garing.
  5. Masukkan keledek dan 1/2 gelas air. 
  6. Bila ubi separuh masak masukkan garam dan gula. 
  7. Kacau hingga ubinya empuk kuahnya kering/lembab.

Bahan kulitnya;
1 kg tepung gandum
6 senduk kecil minyak- dipanaskan
7 sudu penuh planta
1 gelas air batu
garam secukupnya.

*saya buat 1/2 sukatan di atas- tak ramai yang nak makan hehehe

Cara-caranya;
  1. Satukan semua bahan dan uli hingga lembut dan tidak melekat ditangan.
  2. Sedia untuk dimasukkan inti.
  3. Goreng karipap dalam minyak yang tidak terlalu panas untuk mengelakkan karipap daripada berbintil2.

Thursday, 22 May 2014

Mangga Jeruk..yummeh


Shrrppppp....kecur air liur makan mangga ni..aduhai..tak sedar2 dah semangkuk habis hehehe. Jangan makan banyak sangat yer..nanti tak sempat2 ke bilik air hahaha..

Jom tengok macam mana nak jeruk mangga tanpa gunakan ubat jeruk.

Bahan-bahannya;

4 biji mangga muda atau mengkal- dipotong ikut suka.
1 1/2 keping gula nise - saya gunakan kepingan besar
2 sudu kecil serbuk cili- nak blend cili keringpun boleh
2 sudu gula
2 sudu kecil garam
1/2 cawan air


Cara-caranya;
  1. Potong mangga dan rendam dalam air garam semalaman. (Saya rendam dalam 3 jam je..tak sabar punya orang..makin lama direndam makin kurang masamnya)
  2. Esoknya baru sediakan bahan jeruknya iaitu;
  3. Masakkan gula nise, gula putih, cili dan garam dalam periuk/kuali bersama2 air. Masak hingga semua bahan larut dan menggelegak sebentar. Sejukkan.
  4. Bilas mangga dan toskan kering.
  5. Masukkan dalam bekas dan gaulkan bersama2 dengan kuah jeruk tadi.
  6. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk. Nak makan terus pun boleh. Makin lama makin mengancam hehehe.
Rendam dulu yer
 
Masak sampai larut




Monday, 5 May 2014

Pulut Mangga (2)

Pulut Mangga yang paling mudah dan ringkas. Kalau dulu nak buat pulut mangga ni lenguh tangan dok perah santan pekat dan mengukus bagai. Kali ni saya bagi cara yang paling singkat tetapi hasilnya masih seperti resepi tradisional. Jom tengok caranya.

Bahan-bahannya;
2 gelas beras pulut- cuci bersih dan rendam 2-3 jam.
2 kotak santan segera Kara (200ml setiap satu)
1 cawan gula-boleh kurangkan jika tak mahu manis sangat - saya tak rekomen, resepi ni memang manis hehehe, sabor je lah
1 sudu kecil garam halus
1/4 cawan air + 1/2 sudu kecil garam untuk kuah.

Cara membuatnya;
  1. Kukus pulut hingga masak. (Selepas naik wap, kacaukan pulut dan renjis sedikit air, kukus lagi)
  2. Kukus hingga pulut nampak jernih/berkilat dan lembut.
  3. Jika dah masak, masukkan ke dalam bekas untuk diarung/kacau.
  4. Cepat-cepat tuangkan sekotak santan segera Kara (200ml), 1 sudu kecil garam dan 1 cawan gula keatas pulut.
  5. Kacau/arung hingga pulut pekat bergetah. Siap.
  6. Untuk kuahnya, masukkan santan segera Kara (200ml) ke dalam periuk. Masukkan 1/2 sudu kecil garam dan 1/4 cawan air. Kacau hingga menggelegak kecil, amksudnya sekejap sahaja. Siap.
  7. Hidangkan bersama-sama dengan mangga pilihan hati.
* 200ml santan untuk pulut menjadikan pulut agak lembik tapi sangat sedap sebab lembut dan lemak. Jika tak suka boleh masukkan sedikit2 mengikut konsistensi yang disukai.
* Kalau rajin boleh goreng 1/2 cawan beras pulut tanpa minyak hingga kuning, tumbuk halus dan tabur atas hidangan. Kalau rajin la...saya tak berapa rajin hehehe.

Ini Pulut Mangga di restoran Amarin Mid Valley..ada pulut goreng...yummy!!

Friday, 2 May 2014

Kek Mentega ala raya zaman dulu

Kek mudah resepi dari pengasuh anak2 saya yang kami panggil Nek Shidah. Sedap dan memang puas hati makan..teringat nostalgia masa raya dulu-dulu..bakar kek ni dalam oven bulat dan dipukul menggunakan pemukul telur bahulu.
Memang mudah membuatnya.

Bahan-bahannya;

2 cawan tepung gandum di ayak bersama dengan 1 sudu kecil baking powder
2 cawan margarine- saya guna mentega
2 cawan gula kaster/halus- manis ni, kalau tak suka boleh kurangkan jadi 1 1/2 cawan sahaja
4 biji telur saiz M
2 penutup botol esen vanilla- lebih kurang 1 sudu
Pewarna yang disukai


Cara-caranya;
  1. Panaskan oven 180 darjah C dan sediakan dulang pembakar.
  2. Pukul gula dengan margarine hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu dan dipukul hingga kembang.
  4. MAsukkan esen vanilla.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan.
  6. Bahagikan kepada 3 bahagian dan kaupbalikkan dengan warna yang disukai.
  7. Tuang satu senduk adunan kek berwarna merah ditengah-tengah loyang. Ketuk sedikit loyang untuk menurunkan adunan. Sendukkan adunan warna hijau dan letakkan ditengah-tengah adunan merah. 
  8. Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan.
  9. Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar dalam 35-40 minit.
  10. Cucukkan lidi/chopstik ke dalam kek dan jika keluar bersih maksudnya kek dah masak.
  11. Sejukkan sebelum dipotong...yummy!!

Rendang Daging Mudah


Ini rendang orang malas hehehehe..mudah sesangat main campak2 jer..

Bahan-bahannya;

1/2 kg daging
6 ulas bawang merah
3 inci lengkuas
3 batang serai
5-10 biji cili padi- ikut kepedasan yang disukai
3 sudu kerisek
1 kotak santan (200ml)
1 keping asam
Daun kunyit
Daun limau purut jika suka

Cara-caranya;
  1. Blend bawang, lengkuas, serai dan cili padi dengan air.
  2. Masukkan ke dalam daging yang telah diletakkan di dalam kuali untuk memudahkan dikacau.
  3. Masak/rebus daging dengan bahan blend hingga daging hampir masak-boleh tambahkan air jika kering.
  4. Masukkan santan dan kerisek serta 2 keping asam.
  5. Masukkan gula dan garam, kacau hingga pekat.
  6. Masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
  7. Kacau hingga daging betul2 empuk dan kuahnya pekat. Siap.

Happy birthday

Punyalah sibuk hingga hampir dua minggu lebih tak sempat update blog. Bukan tak masak tapi tak sempat2 nak ambil gambar apatah lagi nak upload dalam blog.
April berlalu menandakan bertambah setahun lagi usia saya dan semakin pendek pula baki usia yang ada. SubhanaAllah, moga baki usia dirahmati dan diberkati..dan semoga yang berlalu diampunkan segala dosa..aminnn,
diterima seawal 9.00am..tqvm..hhehe

Hadiah dari Kak Faridah..luv u

Surprise dari gegirl 4 Prima..luv u ols..muuaahh!!!

best buddies..potluck di sekolah


kengkawan yang meraikan..

Birthday lunch di Amarin..Mid Valley...
and my birthday present.....blessed!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...