Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Sunday 21 December 2014
Udang BBQ mudah yang sangat sedap tak ingat..
Mr A baru balik dari KK malam tadi bersama dengan 1 kg udang harimau saiz xl dan 1 kg saiz L. Tau je lah anak-anak ni, masa tu jugak di suruhnya mama masak. Nasib baik bahan-bahan ada. Lepas masak tak sempat2 nak ambil gambar cantik2 sebab ramai dok tunggu, hilang konsentrasi mama..tgklah gambar ni..langsung tak membangkitkan selera walaupun udangnya besar2 hampir 100gm seekor..nasib mamalah hahaha..
Saya ubahsuai resepi dari Jamie Oliver "Prawn BBQ with Asian Twist" yang mudah sangat tapi sangat sedap dan sangat membangkitka aroma udangnya. Jom tengok resepinya.
Bahan-bahannya;
1 kg udang- dibelah belakang dan dibuang uratnya. Bersih dan toskan.
3 biji kentang- rebus hingga masak dan potong 4
Untuk bahan perap;
4 sudu sos cili
4 sudu sos cili Thai
2 biji limau nipis
4 sudu sos ikan
2 tangkai daun ketumbar-potong kasar
3 biji cili padi-dipotong
2 cm halia-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
2 batang serai-diketuk
1 sudu gula
Garam jika perlu
Semua bahan disatukan dan kacau sebati.Rasakan agar ada masin, manis dan masam.
Gaulkan dengan udang dan kentang, perap seketika.
Tutup dengan foil dan bakar menggunakan oven api atas beberapa minit. Buka foil dan balik-balikkan udang. Tutup foil semula. Bila udang dah masak, buka foil dan bakar lagi seminit dua. Masa menghidang, tuangkan jus udang yang keluar ke atas udang dan kentang. Taburkan dengan hirisan lemon dan daun ketumbar.
Mana tahan nak ratah udang sahaja kan?. Jadi Cik Wan masakkan sekali Pasta Olio yang memang ngam dengan hidangan udang BBQ ni...aduhhh..menjilat jari you all tau hahahaha..
Nota: Masa kecik2 dulu jika tengok rancangan masak menggunakan udang besar2, kami akan kata "alahhhh..tak payah resepi canggih2..kalau dah udang macam tu, rebus pun sedap." dengan penuh rasa kepingin dan angan2 untuk merasanya satu hari nanti dan Cik Wan masih setuju dengan kata2 itu..kalau bahannya elok dan segar, masak simplepun sedap tambahan pula jika dimasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Tapi sekali sekala, dalam masakan perlu ada nilai tambah yang akan menyemarakkan lagi keseronokan terutama anak-anak tanpa perlu membayar lebih untuk makan di restoran2 besar yang mahal. Hubungan kekeluargaan yang terjalin lebih mesra, celoteh dan harapan mereka serta komen2 serta pujian..."maaaa.....sedapnyaaaa" tidak mungkin dapat dibeli dan akan terus menjadi catatan kenangan dalam sebuah sejarah kehidupan seorang ibu dan anak..Mr A tersenyum puas tengok anak2 bersemangat makan dan senyumannya makin lebar bila Alis dan Aifaa berkata.."terima kasih bah..tq abahhh.."..we are one happy family...aminnn.
Saturday 20 December 2014
Grilled Dory With Salad
Anak-anak makan Fish and Chips, mamanya makan ikan bakar dengan salad je. Agak-agak berapa lama boleh tahan kenyangpun tak tahu hehehehe, you all bukan tak tahu, Cik Wan ni perut nasi.
Untuk hidangan ni boleh sediakan ikan dahulu, sambil2 tu boleh buat salad. Nanti ikan dah masak, salad baru siap..fresh gitu. Tapi kalau tak cekap, sediakanlah salad dahulu terutama dressingnya, sayur2 dipotong dan simpan dalam peti ais. Ikan hampir masak, baru gaulkan sayur dengan dressingnya. Ok, jom tengok resepinya.
Salad (untuk 2 hidangan)
1 biji tomato-potong baji
1/2 labu bawang- mayang kasar
Daun salad hijau dan merah- dikoyak kasar
1 tangkai daun ketumbar- dipotong kasar
1 biji cili padi dipotong kasar
1/4 biji lemon- diperah airnya (lebih kurang 1 sudu besar air lemon)
2 cubit garam
2 sudu besar minyak zaiton
5 biji lada hitam- tumbuk kasar
Cara-caranya:
Grilled Fish
Bahan-bahannya:
4 keping ikan dory yang telah didefrost (lap dengan kertas tisu dapur hingga kering)
Lada hitam secukupnya
Sedikit garam
Cara-caranya:
Untuk hidangan ni boleh sediakan ikan dahulu, sambil2 tu boleh buat salad. Nanti ikan dah masak, salad baru siap..fresh gitu. Tapi kalau tak cekap, sediakanlah salad dahulu terutama dressingnya, sayur2 dipotong dan simpan dalam peti ais. Ikan hampir masak, baru gaulkan sayur dengan dressingnya. Ok, jom tengok resepinya.
Salad (untuk 2 hidangan)
1 biji tomato-potong baji
1/2 labu bawang- mayang kasar
Daun salad hijau dan merah- dikoyak kasar
1 tangkai daun ketumbar- dipotong kasar
1 biji cili padi dipotong kasar
1/4 biji lemon- diperah airnya (lebih kurang 1 sudu besar air lemon)
2 cubit garam
2 sudu besar minyak zaiton
5 biji lada hitam- tumbuk kasar
Cara-caranya:
- Satukan air lemon, minyak zaiton, garam dan lada hitam. Kacau hingga sebati. Sedia untuk digunakan ke atas salad.
Grilled Fish
Bahan-bahannya:
4 keping ikan dory yang telah didefrost (lap dengan kertas tisu dapur hingga kering)
Lada hitam secukupnya
Sedikit garam
Cara-caranya:
- Tumbuk halus lada hitam.
- Lumurkan lada hitam dan garam hingga rata.
- Bakar ikan hingga masak. Boleh gunakan nonstick pan. Cik Wan gunakan magic pan Vantage. Sapukan sedikit minyak ke dalam pan dan bakar ikan hingga masak.
Fish and Chips ala Cik Wan.
Hari ni Cik Wan layan selera anak-anak. Masakan yang ringkas sahaja tapi mengenyangkan. Si Zikry dengan Zahirah memang akan makan kentang goreng dahulu sehingga kenyang..akhirnya ikan tak dijamah. Zikry baik sikit sebab akan makan juga coleslaw manakala Zahirah tak akan sentuh langsung sayur ni. Alis dengan Aifaa akan menikmati makanan ni sambil mulut tak henti-henti sedapnya ma...sedapnya ma hehehehe...
Jom tengok resepinya...
Langkah pertama mesti sediakan salad/coleslaw dahulu.
Coleslaw
Bahan-bahannya;
1/2 biji kubis segar- disagat memanjang
1 batang karet- disagat
1/2 labu bawang besar- Cik Wan guna bawang Holland- didadu
2 biji cili padi- dipotong kasar
5 sudu mayonis
1/2 biji limau nipis
2-3 cubit garam.
Cara-caranya:
- Satukan mayonis, air limau nipis, garam dan cili padi potong dalam mangkuk.
- Masukkan semua sayuran dan gaul sebati.
- Simpan dalam peti sejuk dan keluarkan masa menghidang nanti.
Ikan
Bahan-bahannya:
1 peket ikan Dory- kena defrost (Cik Wan ambik masa dalam 2 jam untuk defrost hingga semua air
batu keluar)1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan aiskrim soda- kalau takde, gunakan air sejuk dari peti ais.
2 biji telur putih
Sedikit garam (lebihkan sikit jika guna aiskrim soda kerana rasanya sedikit manis)
Sedikit lada sulah.
Minyak yang banyak untuk menggoreng
Cara-caranya;
- Sediakan bater dengan memasukkan semua tepung ke dalam mangkuk.
- Masukkan telur putih, garam dan lada sulah.
- Masukkan aiskrim soda dan kacau agak-agak sebati tapi tak perlu sebati semua. Biarkan jika ada bintil2 yang mana ini akan merangupkan gorengan.
- Pastikan minyak benar-benar panas,
- Perlahankan api sambil celup ikan ke dalam bater, masukkan ke dalam minyak dan goreng hingga golden brown/ masak/garing.
- Toskan atas tisu dapur dan hidangkan terus.
Goreng kentang yang readymade sahaja. Kalau rajin boleh buat sendiri :-)
Nota:
Hidangkan bersama hirisan lemon dan sos cili. Selamat menjamu selera...
Friday 19 December 2014
Ulam Awet Muda
Timun, pucuk betik, mata kunyit (kunyit muda) dan bunga lengkuas |
Bunga lengkuas |
Kunyit yang baru digali semalam |
Hari ni Cik Wan layan brunch Nasi Berlauk Kari Ayam semalam dengan ulam-ulam yang Cik Wan tanam sendiri. Adoi..memang heavy hehehe..
Cik Wan tak pernah makan pucuk betik sebagai ulam..alamakkkk, pahit giler!!! Lebih pahit daripada pucuk beko yang Cik Wan suka tu..adeh! Katanya pucuk betik ni banyak khasiatnya seperti menghaluskan kulit, menghilangkan migrain, menurunkan kolestrol dan merendahkan tekanan darah. Paling mujarab katanya mengubati Malaria..tak pasti betul atau tidak.
Cik Wan lebih suka kunyit muda..hari-haripun takpe...tapi kunyit muda ni tidak boleh dimakan terlalu banyak atau terlalu kerap kerana setahu Cik Wan kunyit mentah boleh mempercepatkan menopause..jaga2 hehehehe...
Bunga lengkuas digemari oleh Mek..tapi saya lebih suka bunga kunyit. Bau bunga lengkuas lebih kuat dan ada rasa pahit2 sikit. Hujan-hujan ni lebat pula lengkuas Cik Wan berbunga..daripada membazir, lebih baik Cik Wan paksa makan hehehe..mana tahu ada khasiat yang besar..contohnya awet muda..hehehehe..jangan jeles kalau Cik Wan nampak muda 10 tahun hahahahaha..
Tapi peringatan juga untuk sesiapa yang makan ulam mentah ni. Kena cuci bersih2..rendam dengan air garam. Kalau yang tanam sendiri, kena petik selepas matahari naik sedikit kerana mengikut abang Cik Wan yang lulusan pertanian..cacing2 yang halus akan naik ke pucuk2 pokok pada waktu malam dan turun bila keluar cahaya matahari. Kalau kita petik terlalu awal pagi, dikhuatiri cacing2 tersebut masih ada pada batang dan pucuk2 tersebut..wallahualam..
Cucur Udang Versi Kak Faridah
Cucur Cik Wan |
Cucur Kak Faridah |
Cik Wan dah ke rumah beliau untuk belajar secara langsung daripadanya. Kak Faridah ni memang sporting..tapi macam yang Cik Wan cakap, dia main campak2 je bahan-bahan dan sukatannya...hehehe.
Rupa orang baru lepas berkebun..terus masuk dapur layan request adik2..hehehe |
Yang ni tangan Cikgu Hazlin yang turut sama dalam kelas tak rasmi ni..sorang lagi Cikgu Kalbi hehehe |
Resepi Kak Faridah hampir sama dengan saya punya, tetapi dia mencampurkan 1 biji kentang parut manakala bancuhannya lebih pekat/keras..itu sahaja. Maksudnya, dalam resepi Cik Wan tu, hanya kurangkan air panasnya menjadi 11/2 cawan dan air sejuknya dimasukkan sedikit2 sehingga baternya sebati tetapi jangan sampai watery/berair/cair.
Selamat mencuba ye..
Thursday 18 December 2014
Kari Ayam Stail Gulai Kawah
Tinggal kami berempat beranak sahaja di rumah. Tiga beradik tu asyik lapar sahaja sekarang..malas nak masak banyak kali, saya masak kari ayam dengan kentang ni. Cukup untuk makan tengah hari dan makan malam sekali. Zahirah komplen juga kari ni agak pedas..tapi yang mengejutkan dia siap cakap "mama memang hebat..mama memang juara ..sedap sangat" adoiii...pandai nya bodek..tqvm anyway hehehehe..
Ini kari cara Cik Wan..mungkin lain dan berbeza sedikit dengan kari Kelantan yang lain..in sha Allah sedap..cubalah..
Bahan-bahannya:
2/3 daripada seekor ayam (ikut kuantiti yang diperlukan - tadi Cik Wan takut tak habis kalau seekor, kalau separuh je takut tak cukup pulak hehehe..adoii!!)
1 biji kelapa- perah dan ambil santan kepekatan biasa. Jangan terlalu pekat.
2 biji ubi kentang- potong 4.
8 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 sudu serbuk cili (boleh ganti dengan 7-8 biji cili kering)
2 sudu rempah kari
1 sudu rempah kerutuk-(kalau tak ada, sangrai 1 sudu rempah ketumbar dan tumbuk halus).
2 sudu asam jawa- bancuh dengan air
1 sudu kerisek
Garam
Gula nise- gula putih pun boleh
Rempah 4 sekawan: 1 batang kulit kayu manis, 5 biji cengkij, 5 biji pelaga dan 1 kuntum bunga lawang.
Cara-caranya:
- Ambil 3 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah dan 1/2 inci halia- mayang nipis. Selebihnya di mesin bersama cili dan lengkuas.
- Panaskan minyak. Tumis bahan yang dimayang tadi.
- Tumis hingga hampir garing, masukkan rempah 4 sekawan. Tumis lagi.
- Masukkan bahan yang telah dimesin. Tumis hingga naik minyak.
- Bancuh rempah kari dan kerutuk dengan air panas, masukkan dalam tumisan. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa, garam dan nise. Kacau lagi.
- Masukkan kerisek. Kacau hingga minyak terbit.
- Masukkan ayam. Kacau sebentar dan tutup periuk. Buka dan kacau sekali sekala hingga air ayam kering.
- Masukkan santan dan kentang. Masak dan kacau agak lama di mana kuah akan jadi pekat dan ayam jadi lembut.Kacau sekali sekala jangan ditinggal lama.
Nota: i) Saya tiada daun kari tadi, boleh masukkan daun kari masa menumis tadi.
ii) Untuk lebih power dan rasa asli Kelantan, boleh masukkan 2 sudu budu semasa menumis.
Wednesday 17 December 2014
Jemput-Jemput Pisang Sedap Tak Ingat...
Jemput-jemput pisang sangat sedap dijadikan sarapan di musim-musim hujan ni. Arwah nenek dulu selalu buat jemput2 ni untuk hidangan saya yang kelaparan selepas balik dari mengaji Quran...maklumlah, dulu2 kita pergi mengaji pukul 7.00am, pukul 10.00am baru balik ke rumah. Maklumlah muridnya beratus2 orang apatah lagi musim cuti sekolah. Jemput2 nenek biasanya besar-besar, hitam dan berat..tiada bahan lain selain daripada tepung, pisang, gula dan garam tapi bagi saya itulah jemput2 yang paling sedap di dunia ini...tak pernah saya jumpa lagi.
Jemput2 cara nenek biasa juga saya buat tapi tak pernah menjadi..entahlah..rahsia air tangan kot.
Jemput2 versi Cik Wan ni digemari oleh anak-anak dan suami..alhamdulillah..lain orang, lain air tangan tetapi semoga kekal di ingatan anak2 dan suami seperti mana kekalnya ingatan saya terhadap jemput2 arwah nenek..
Jom, tengok resepinya;
Bahan-bahannya;
6 biji pisang montel
2 1/2 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil soda bikarbonart
1 sudu kecil serbuk yis (mauripan)
Cara-cara membuatnya:
- Lenyekkan pisang hingga lumat.
- Masukkan gula, garam, soda dan yis. Kacau hingga semua sebati.
- Baru masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
- Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum digoreng.
- Goreng hingga agak kehitam-hitaman. Siap!!.
Roti Sarang Lebah
Roti Sarang Lebah yang tak berapa nak jadi sarang hehehehe..memang la Cik Wan tak pandai membaking..nampak gayanya kena pi kursus dulu ni.
Roti Sarang Lebah yang biasa Cik Wan makan lebih bersifat roti bun cuma disalut dengan butterscotch..Cik Wan tak pernah makan Roti Sarang Lebah daripada resepi asal Lydia Honey, tapi bila rujuk kepada Facebook Lydia, elok jer bentuk dough rotinya , bulat2 kecil..Cik Wan punya terlalu lembik sampai tak boleh buat bulat2 macam tu..agaknya terlebih sukatan yogurt dan minyak kot kikikikiki...
Tapi serius rasanya sedap sekali. Untuk resepi rasanya semua orang dah tahu..tapi Cik Wan copy paste jugaklah..untuk senangkan siapa yang nak buat tak payah nak cari2 lagi betul tak..Cik Wan copy sebijik-sebijik dari blog Kak Nor Secubit Garam...
MINI BUN SARANG LEBAH
resipi : Lydia Honey
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam
+-**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka
Cara:
1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:- 1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter
1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
Di bawah ini adalah resipi yg K.Nor gunakan utk membuat roti/bun bg ROTI SARANG LEBAH.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:- 1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter
1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
Monday 15 December 2014
Sup Sayur Berdaging
Peti ais hampir kosong sebab dah dua minggu saya tidak ke pasar. Hanya beli lauk di kedai Acheh untuk makanan sehari dua sahaja. Saya tak beli banyak kerana harganya sangat mahal, berlipat kali ganda daripada harga di pasar. Kalau kita tidak biasa ke pasar, mungkin tidak ralat kalau beli lauk pauk di sana tapi bagi saya yang selalu ke pasar , ada rasa sikit ngeri hahahaha....bayangkan kalau RM100 di pasar saya boleh gunakan untuk satu minggu, tapi kalau di kedai Acheh ni..RM 60-RM70 sekali belanja untuk makan sehari dua sahaja. Tapi ada juga kelebihannya, lauk di sini sangat segar dan pelbagai jenis ada, pendek kata ibarat "one stop centre"..datanglah pukul berapapun, mesti lauknya banyak dan segar2..orang Acheh memang bijak berniaga.
Berbalik kepada menu di atas, mungkin ramai di antara kita sudah kehabisan idea untuk memasak..habis dah selongkar resepi untuk hidangan anak2 dimusim cuti ni..asyik lapar je depa..macam anak burung hehehe. Samalah dengan saya hari ni, Zikry dok merengek lapar suruh saya goreng telur untuk dimakan dengan kicap. tak sampai hati pulak, saya suruh dia tunggu sekejap. Selongkar apa yang ada dalam peti ais, saya buatkan sup daging dicampurkan dengan sayur mayur..makan dengan nasi panas. Ada ikan tenggiri, saya goreng kicap sahaja, nak letak resepipun segan sebab cincai sangat hahah. Anak2 berselera makan sampai Si Aifaa tiga kali tambah..Alhamdulillahh.
Jom tengok betapa mudahnya sup ini..
Bahan-bahannya;
1 mangkuk daging yang telah dipotong nipis- saya guna daging tempatan yang lebih cepat empuk.
1 peket fishball
1 batang kulit kayu manis*
3 kuntum cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
*boleh ganti terus dengan rempah sup tulang yang dah dipeket.
2 ulas bawang putih-dadu
1/2 labu bawang besar-dadu
1 inci halia-dadu
Sayur yang digemari secukupnya- saya hanya ada sawi, tomato dan daun sup.
Garam
Cuka
Cara-caranya:
- Panaskan minyak.
- Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau hingga layu.
- Masukkan rempah sup. Kacau hingga wangi.
- Masukkan hirisan daging.
- Kacau hingga air daging kering. Masukkan air secukupnya.
- Biar menggelegak hingga daging empuk. Tambah air jika perlu.
- Masukkan garam dan fish ball.
- Masukkan sedikit cuka.
- Masukkan sayur yang keras dahulu, baru sayur yang lembut.
- Kacau hingga menggelegak. Siap.
- Boleh dihidangkan dan dihias dengan hirisan cili padi serta perahan asam limau nipis.
Sunday 14 December 2014
Bubur Kacang Hijau Yang Unik
Unik sangatlah...haahahaha..
Bubur kacang kegemaran seisi keluarga, memang tradisional kelatelah..iaitu manis leting!!
Kalau makan kuih tradisional apatah lagi bubur, saya memang akan buat manis, bukannya manis buah seperti kebanyakan orang zaman sekarang buat, yang lebih menyihatkan Tapi, walaupun tak elok, saya memang akan buat manis..seperti mana kuih/bubur kelantan asli..sebab itu saya jarang buat kuih2 tradisional ni..bahaya!!.
Apa yang uniknya?
Saya akan sangrai dahulu kacang hijau hingga ada sedikit hitam-hitam..dan bau wanginya keluar, baru direbus macam biasa...nak tahu sedap atau tidak, bolehlah dicuba nanti ye...saya pernah tulis resepi bubur kacang di SINI, tapi kalau hendak tengok resepi hari inipun boleh..lebih kurang sahaja.
Bahan-bahannya;
2 cawan kacang hijau- sangrai kemudian direbus hingga empuk.
2 sudu biji sagu
2 biji kelapa parut- ambil santan kepekatan biasa(jangan terlalu pekat sebab kuah akan diserap oleh sagu)
4 keping nise- yang kecil (masak dengan 1/2 cawan air dan tapiskan)
1 senduk gula
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan -disimpul
Cara membuatnya;
- Rebus kacang hijau, bila 3/4 masak masukkan biji sagu.
- Rebus hingga kacang empuk dan air kering.
- Masukkan santan, air nise dan gula serta garam.
- Masukkan juga daun pandan.
- Kacau hingga menggelegak.
- Siap!!.
- Boleh letakkan sesudu santan pekat ke dalam mangkuk hidangan sebelum dimakan...mabeles!!
Friday 12 December 2014
Asam Pedas Ikan Pari
Banyak resepi dan rahsia memasak asam pedas, lain tempat lain resepi dan caranya. Kalau di Kelantan, asam pedas kami mesti dimasukkan lengkuas dan kunyit hidup...dan asam jawa ditukar kepada asam keping.
Hari ini saya masak asam pedas ala-ala Melaka, saya tak berani nak cakap Asam Pedas Melaka sebab tak pasti betul atau tidak bahannya hahaha. Setahu saya Asam Pedas Melaka ni akan berbeza sedikit bahannya bergantung kepada jenis lauk yang digunakan. Tak apalah..kira ni Asam Pedas Stail Cikguwan lahhh...senang citer!!. Yang pasti ia tetap lazat dan menyelerakan.
Bahan-bahannya;
1 keping besar ikan pari- saya potong menjadi 6 ketul dan saya tambah 2 keping tenggiri.
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
15 biji cili kering- gunting dan rendam air panas
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
1 sudu halba campur
1 kepal (sebesar penumbuk) asam jawa- bancuh dengan air menjadi 2 1/2 mangkuk air asam jawa.
2 sudu kecil garam- saya guna sudu aiskrim plastik
3 sudu kecil gula
Daun kesum
Bunga kantan- hiris
Bendir secukupnya
1 biji buah tomato- potong 4 - saya tak guna tadi
Cara-caranya;
- Blend bawang merah , bawang putih, halia dan cili kering serta belacan hingga lumat.
- Panaskan minyak, tumiskan halba campur hingga wangi.
- Masukkan bahan yang telah diblend dan tumis hingga naik minyak.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau hingga menggelegak.
- Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau lagi.
- Masukkan ikan pari. Bila menggelegak, masukkan bendir dan buah tomato. Kacau sekejap dan tutup api. Siap.
Roti Telur Bersama Sambal Ikan Bilis
Semalam sibuk sekali dengan acara masak memasak, pagi ni rasa kurang rajin pulak nak masuk dapur tapi perut dah menyanyi-nyanyi hehehehe..
Ada roti Gardenia, ada sambal ikan bilis lebih makan nasi lemak dua hari lepas...apa lagi, jadilah roti telur sambal ikan bilis ni...Alhamdulillah..kenyang jugak :-)
Bahan-bahannya;
Sambal ikan bilis secukupnya (boleh ganti dengan sardin, lebihan kari daging atau ayam dll)
6 keping roti Gardenia (untuk 3 set )
2 biji telur
1/2 batang/biji timun- hiris nipis
Garam
Lada sulah
Cara-caranya;
- Kacau telur dengan garfu- masukkan garam dan lada sulah.
- Ratakan sambal bilis di atas roti dan susunkan hirisan timun di atasnya.
- Ambil sekeping roti lain- tutup roti tadi
- Tekan2 kan tepi roti utk kemaskan (boleh juga disapu bancuhan telur sebagai gam)
- Celup roti tadi dalam bancuhan telur.
- Goreng. (pastikan minyak panas)- goreng dalam 20 saat sahaja untuk setiap belah/side.
- Angkat dan toskan. Siap.
Thursday 11 December 2014
Mihun Goreng Simple Sangat
Mr A demam hari ni...sebenarnya demamnya dah beberapa hari tapi semalam makin teruk dan hari ni dia mc. Agaknya tekak tak berapa selera nak makan jadi dia minta saya gorengkan bihun sahaja. Pagi tadi dah makan nasi goreng dengan cucur udang, tengah hari pulak mihunn..layan je lahhh hahaha. Jom tengok mihun goreng cara Cik Wan..
Bahan-bahannya:
1/2 peket bihun (dlm 200g)- rendam
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
3 biji cili merah
1 keping daging- Cik Wan guna dalam sebesar 1/2 tapak tangan- di potong kecil2.
Kubis
Cili merah besar
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Kicap manis secukupnya
2 sudu cuka- nak guna sos tomatopun boleh- Cik Wan suka guna cuka.
Garam
Serbuk perasa jika suka
Cara-caranya:
- Blend bawang dan cili dengan sedikit air.
- Panaskan minyak, masukkan semua bahan blen.
- Tumis hingga naik minyak.
- Masukkan daging- kacau dalam 3-4 minit.
- Masukkan sos tiram, sos cili, cuka, kicap dan garam. Kacau sebati.
- Masukkan sayur kubis. Kacau.
- Masukkan 1/2 mangkuk air. Rasakan masin, manis dan masamnya. Lebihkan masin sebab akan diserap oleh mihun nanti.
- Toskan mihun dan masukkan ke dalam kuali. Kacau hingga kering airnya. Masukkan cili merah yang dihiris nipis. Kacau lagi.Siap.
Air lada:
5 biji cili padi merah
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
Cuka secukupnya (seperti dalam gambar)
Tumbuk cili, garam dan gula hingga lumat. Masukkan cuka. Siap.
*lebih sedap jika dimasukkan serbuk perasa.
Peringatan:
Jika bihun direndam dengan air panas, jumlah air yang dimasukkan dalam tumisan mesti dikurangkan.
Jika bihun direndam dengan air sejuk, lebihkan air dalam tumisan.
Cucur Udang ala-ala Cucur Kembung
Setiap kali buat cucur udang biasanya saya akan gunakan bahan seperti tepung, telur, sedikit yeast dan soda bikarnonat. Hasilnya memang bulat2 dan lembut gebu. Tapi saya juga suka cara tradisional tanpa gunakan yeast dan soda hatta telur...ini cucur yang paling sedap dibuat oleh kakak senior saya iaitu Kak Faridah. Saya minta resepi daripadanya, dia cakap hanya gunakan air panas...tanpa sukatan, tahu sajalah bila pro yang masak, main campak2 saja..kita yg tak berapa pandai ni buat dua tiga kalipun tak jadi hahahah...
Kali pertama saya buat, langsung lembik sangat walaupun bentuknya bulat comey. Kali ni saya adjust sikit dan hasilnya lebih baik dan yummy hehehe..
Bahannya;
3 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
1 cawan air sejuk
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
1 peket udang kering- basuh bersih dan tumbuk lumat
5 tangkai/pokok kucai- potong pendek2
1 labu bawang besar- dadu
1 biji cili merah besar- dadu
Cara-caranya;
- Masukkan 2 cawan tepung dalam mangkuk besar.
- Masukkan 2 cawan air panas, kacau dengan cepat- tepung akan jadi masak dan jernih sedikit.
- Masukkan 1 cawan air sejuk, kacau sebati jangan bergentel.
- Masukkan garam dan gula. Kacau (garam dan gula boleh juga dimasukkan ke dalam air dahulu)
- Masukkan lebihan 1 cawan tepung gandum tadi, kacau sebati.
- Baru masukkan bahan udang kering, kucai, bawang dan cili.
- Kacau sebati. Siap untuk digoreng.
Tuesday 9 December 2014
Happy birthday kakak...
Happy birthday kakak....happy always..
Pertama kali tidak dapat menyambut hari jadinya bersama-sama keluarga, kerana semester baru telah bermula. Selalunya sambutan harijadi kakak agak istimewa kerana jatuh pada musim cuti sekolah. Waktu kecil2 dahulu, kami selalu adakan jamuan ringan di rumah neneknya dengan menjemput semua kanak-kanak di kampung..memang meriah sambutannya.
Walaupun jauh, request untuk hadiah hari jadi tetap sampai..hahahaha...katanya sama ada handbag atau jam tangan..tengoklah kakak, balik cuti nanti mama bawa untuk pilih sendiri..lagi mudah.
Happy birthday kakak....doa mama sentiasa untukmu...be a faithfull
servant to Allah..be a good daughter, a good sister, a good friend to
others...May Allahu ta‘ala give you the tranquility, the peace, the
serenity, and the straight path. In this life and in the hereafter, may
He give you victory in life with His grace. May He protect you, give you
a life of freedom and happiness in this dunya and in akhirah. Amiiinnn.
Saturday 22 November 2014
Butter Prawn (3)
Menu yang nampak susah tapi sebenarnya sangat senang sekali membuatnya. Jom tengok resepi dan cara membuatnya.
Udangnya,
1 mangkuk besar udang harimau. Basuh dan toskan kering.
Perap dengan garam dan lada sulah.
Sarang telur/egg floss,
3 biji telur kuning
Secubit garam
Sedikit lada sulah-optional
Minyak untuk menggoreng.
Chopstik atau senduk- saya gunakan senduk kali ni.
Cara-cara;
- Pukul telur kuning bersama garam dan lada sulah dalam mangkuk kecil.
- Panaskan minyak.
- Tangan kiri pegang mangkuk berisi telur, tangan kanan pegang senduk, sedia untuk menggoreng.
- Angkat tinggi sedikit mangkuk yang berisi telur kuning, sambil kacau dulu minyak secara bulatan tanpa henti, baru tuangkan telur secara halus jatuhannya ke dalam minyak hingga habis.
- Kacau dengan arah yang sama tanpa henti.
- Bila masak, minyak akan berbuih dan telur akan garing.
- Jika suka warna agak kekuningan goreng sebentar sahaja tapi saya suka warna agak perang.
- Ambil senduk dan penapis santan/besi.
- Sendukkan semua telur ke dalam penapis santan dan toskan.
- Menggunakan minyak yang sama , goreng pula udang hingga garing.
- Siap, toskan kering.
Bahan-bahan untuk goreng udang mentega:
Udang yang digoreng garing.
Sarang telur/egg floss
2 sudu mentega
2 biji cili padi-potong
1 tangkai daun kari
1/4 cawan susu segar
Secubit dua gula.
Cara-caranya;
- Cairkan mentega.
- Kacau.
- Masukkan daun kari dan cili padi yang dipotong.Kacau lagi.
- Masukkan susu. Kacau hingga berbuih/menggelegak.
- Masukkan udang dan separuh sarang telur/egg floss. Kacau sebati.
- Taburkan sedikit gula.
- Boleh angkat dan masukkan dalam pinggan hidangan. Taburkan dengan lebihan sarang telur/egg floss. Siap.
- Sedap ratah macam tu saja...
Monday 17 November 2014
Nasi Kerabu Biru
Hari ini ada potluck lagi di Anjung Santai dengan menunya Nasi Kerabu...amboii..yang berat2 saje menu kami semenjak dua menjak ni...patutlah semuanya makin gebus gebas hahaha...
Bahagian saya hanya menyediakan sambal kelapa, yang lain2nya disediakan oleh cikgu2 lain pulak. Tapi alang2 buat sambal kelapa, saya sediakan sekali untuk sarapan merangkap lunch seisi rumah. Saya hanya hidangkan dengan budu yang diperah asam limau dan beberapa biji cili padi, ulam-ulaman serta keropok goreng..simple! Namun begitu ulam hari ini agak istimewa kerana selain daripada kubis, kesom, kacang panjang serta bunga kantan...saya masukkan juga pucuk sulung pokok daun serai kayu@daun samak yang saya tanam...alhamdulillah..hidup subur dia tambah2 musim hujan ni.
Untuk nasinya, saya bercadang nak gunakan daun telang yang lebat berbunga di dalam pasu, tapi saya terlupa memetiknya semalam...lepas solat Subuh pagi tadi saya terus ke pasu...alamakkk...sekuntumpun belum berkembang lagi...cari2 bunga semalampun tak wujud..hahahaha kantoi. Akhirnya saya gunakan pewarna biru Star Brand...
Sebenarnya, kalau kita masak nasi kerabu hitam (kat Kelantan kita tak panggil biru tau!), kita tidak perlu sediakan tumis/kuah tumis..memadai dengan sambal kelapa, budu dan air lada sahaja. Tapi sekarang saya tengok, tak kira warna putih, biru atau kuning..semua letak kuah tumis...terpulanglahh. Jom tengok resepi sambal kelapa Cik Wan, my late grandmother's style....
Bahan-bahan untuk sambal kelapa;
1 biji kelapa parut- digoreng tanpa minyak hingga perang, tumbuk halus semasa panas2 untuk mudahkan lumat. (jangan sampai pecah minyak)
5 ekor ikan sardin- dibakar*
5 ulas bawang merah-mayang*
1/2 sudu lada hitam*
3 batang serai- hiris nipis*
5 sudu kecil gula
3 sudu kecil garam
*semua nya ditumbuk lumat.
Cara menyediakannya;
- Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam mangkuk.
- Masukkan gula dan garam.
- Ramas kuat hingga semuanya sebati/mesra.
- Rasakan masin manisnya.
- Jika sudah ok, tekan2 atau mampatkan sambal dalam mangkuk.
- Bila nak dihidangkan, gembur2 sambal tadi dan masukkan ke dalam pinggan hidang. Siap.
Air Lada;
10 biji cili padi
2 1/2 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
Cuka secukupnya
Air masak secukupnya (optional)
Tumbuk lumat semua bahan. Masukkan cuka dan air masak. Siap.
Saturday 15 November 2014
Laksam comey dan sedap...
Pandai2 saja saya bertanyakan Mr A maghrib tadi.."abang nak makan laksam tak untuk breakfast esok"?
Naaakkkk!!!
Memang takde kerja cari kerja hahahaha...
Sebenarnya saya sangat teruja untuk mencuba resepi baru laksam yang diajarkan oleh Kak Cik Azizah, kawan di sekolah. Resepinya sangat menarik dan tak pernah saya jumpa sebelum ini.
Alhamdulillah...memang best!! Memang menjadi dari kukusan kali pertama lagi..cun gilerr hahaha.
Tak caya tengok gambar di bawah ni..
Cantikkan???
Terima kasih kak Zah..semoga Allah memberkati perkongsian dan semoga menjadi pahala yang berpanjangan..aminn.
Jom, kita tengok resepinya.
Bahan-bahannya;
1 peket tepung beras biasa
4 cawan air sejuk
4 cawan air panas mendidih
1 cawan nasi sejuk- campur dengan 1 cawan air sejuk- blend lumat.
Secubit garam.
* bahan di atas adalah resepi asal- tapi saya tambah 1 cawan lagi air suam kerana sukakan laksam yang lembut.
Caranya;
- Masukkan tepung dalam bekas yang agak besar.
- Tambah dengan 4 cawan air sejuk. Kacau sebati.
- Tambahkan 4 cawan air mendidih. Kacau sebati. Masukkan garam.
- Masukkan nasi yang telah diblend tadi. Kacau lagi.
- Sedia untuk dikukus.
- *Jika didapati laksam agak keras, boleh tambah 1 cawan air suam. Kalau sudah lembut, tak perlu tambah.
- Siap.
Untuk kuahnya:
Bahan-bahan;
2 biji kelapa parut- ambil santan kepekatan biasa
5 ekor ikan sardin segar- direbus dengan garam dan asam keping. Diambil isinya.(Nak kuah yang pekat dengan isi ikan, boleh tambah kuantiti ikannya)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih-bakar atas api gas sebentar
1/2 inci halia- bakar seperti bawang putih
1/2 sudu lada hitam- tumbuk halus dulu.
4 keping asam keping
Garam
Perasa yang digemari.
*jika suka manis, boleh letakkan gula. Saya tak letak.
Cara-caranya;
- Sediakan santan ke dalam periuk. Hidupkan api kecil dan kacau sekali-sekala.
- Sambil itu kita blend semua bahan isi ikan, bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.Pastikan lumat betul.
- Masukkan ke dalam santan.
- Masukkan asam keping, garam dan perasa.
- Kacau hingga menggelegak. Siap!.
- *ada orang yang blend tulang ikannya untuk rasa yang lebih manis. Sayapun sama. Tapi hasilnya kuah tidak putih melepak tetapi agak gelap warnanya. Terpulanglah :-)
Ulam-ulam
Kacang panjang
Kubis
Taugeh
Daun kesum
Bunga kantan
Sambal lada
15 biji cili padi
1 sudu kecil garam
Tumbuk hingga lumat.
Balik kepada Mr A...tak sempat2 nak breakfast..dia kenduri 2 mangkuk laksam walaupun dah janji tak nak makan malam ni..aduuhhh!! Hancur diet.
Monday 10 November 2014
Kuey Tiew Kungfu yang sangat sedap...
Makanan kegemaran saya dan Nur Alis. Malam tadi saya buatkan untuk anak saudara yang datang bertandang. Asalnya nak masak lasagna, tapi disebabkan lasagna ada 5 keping je..saya batalkan niat dan tukar dengan kueh tiew kungfu pulak..memang menyelerakan sebab di makan panas2 ala-ala di restoran gitu hehehe. Jom tengok bahan dan cara menyediakannya.
Kueh Tiew kungfu untuk hidangan 6 orang.
Bahan untuk kuahnya;
8 ulas bawang putih- dicincang halus
2 ketul kiub pati ayam- saya guna maggi
1/2 batang karet
1 mangkuk potongan bunga kubis
1 mangkuk cendawan tiram yang siap dicarik2
4 pohon sayur sawi
1 biji lada hijau
1 biji lada merah
*semua sayur dipotong
1 mangkuk udang
1 peket fish ball
1 mangkuk daging ayam
Sedikit garam jika perlu
3 sudu tepung jagung- dibancuh dengan air sejuk
3 mangkuk besar air (dalam 7 cawan air)
Cara menyediakannya;
- Panaskan minyak.
- Tumis bawang putih hingga perang.
- Masukkan isi ayam. Tumis hingga air ayam kering. Masukkan kiub ayam.
- Masukkan udang dan fishball, kacau sebentar.
- Masukkan batang sawi, karet dan bunga kubis. Kacau.
- Masukkan air. Masak hingga menggelegak.
- Masukkan air tepung jagung. Kacau dan rasakan, Jika perlu garam boleh ditambah. Pastikan kuah jadi sedikit pekat.
- Masukkan baki sayur yang lembut tadi. Perlahankan api dan sedia untuk dituang ke atas kuey tiew.
2 bungkus kuey tiew- basuh bersih dan toskan.
6 biji telur- dibasuh
Minyak untuk menggoreng
Cara menyediakannya;
- Panaskan kuali dengan minyak seperti hendak menggoreng telur dadar.
- Masukkan kuey tiew agak2 untuk seorang makan ke dalam mangkuk.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk kuey tiew tadi dan kacau dengan garfu.
- Tuang ke dalam kuali dalam bentuk membulat seperti telur dadar.
- Goreng kedua2 belah hingga garing.
- Angkat dengan sudip dan terus letak ke atas pinggan hidangan.
- Tuang kuah yang sudah disediakan tadi.
- Siap untuk dimakan.
- Ulang langkah 1-7 untuk baki 5 biji telur tadi (untuk 5 orang yang sedang menunggu..hehehe)
Sunday 9 November 2014
Ikan Tamban Goreng
Haaaaaa!!!! ikan goreng pun nak masuk blog ke? Hahahaa...hanya jauhari mengenal manikam..goreng bukan sebarang goreng hahaha..
Namapun masak ringkas-ringkaskan?
Banyak cerita pasal ikan tamban ni..ikan yang saya paling tidak suka sebab banyak tulangnya. Arwah nenek dan mok memang suka ikan ni. Saya memang anti kalau mereka masak ikan singgang menggunakan ikan tamban..saya tidak pandai makan.
Dah tua2 ni baru saya tahu, ikan yang banyak tulang merupakan ikan yang paling sedap kerana isinya lebih manis dan lemak. tengoklah ikan parang, ikan terubuk dan ikan2 air tawar yang sedap dan mahal harganya.
Jadi..sesiapa yang belum cuba ikan tamban goreng..boleh pi cari ikan ni hari ni hahaha.
Tapi nak menggoreng ikan ni ada caranya.
Pertama, dibuang bahagian kiri kanan kepalanya (pipi?)
Kemudian di potong sisi bahagian perutnya- selalunya perut ikan dibelahkan?
Tarik keluar perut ikan dan bersihkan dalamnya.
Bersihkan ikan dan kelar halus badan ikan- macam gambar di atas.
Bersihkan ikan dan lumurkan dengan garam dan kunyit- kasi rata2 tau..macam kita pakai bedak tu..hahaha
Siap untuk digoreng.
Panaskan minyak.
Goreng ikannya.
Bila garing dan hampir diangkat, masukkan hirisan bawang merah (lagi banyak lagi sedap)
Goreng sehingga bawangnya agak garing..siap!!!
ps: Sila makan dengan nasi panas bertemankan budu/sambal belacan dan ulam...alamak!!!! mertua lalu kat belakang memang tak nampak hihihihi... Selamat mencubaaa!!!
Sambal Ikan Bilis dengan Petai
Lama tak makan sambal tumis petai ni...memang kegemaran saya.Best masa makan tapi tak best selepas tu hehehe...
Kalau dulu-dulu, petai ni kami masukkan dengan kulit-kulitnya..maksudnya setiap biji petai hanya dikerat dua..arwah nenek cakap kulit petai banyak khasiatnya. Tapi sekarang saya lebih suka masukkan biji yang telah dikopek kulitnya. terpulanglah masing-masing punya selera ye.
Cara tumis saya simple dan bahannyapun sedikit sahaja..
Bahan-bahan:
10 biji cili kering- dipotong dan rendam dengan air panas.
8 ulas bawang merah
Segenggam ikan bilis- direndam
Sedikit air asam jawa
1 mangkuk kecil ikan bilis- dibersihkan dan ditoskan
Petai secukupnya- saya guna dua papan petai.
Garam
Gula
Caranya;
- Mesin bawang merah dan cili kering hingga lumat.
- Tumis dengan minyak yang agak banyak.
- Tumis hingga air kering dan hanya tinggal minyak- keadaannya berbuih2 dan bahan cili dan bawang nampak kerinting serta warnanya makin gelap.
- Ikan bilis yang direndam tadi diramas2 dan masukkan ke dalam tumisan. Kacau.
- Masukkan air asam jawa, gula dan garam. Kacau lagi. Rasakan masin, masam dan manisnya.
- Masukkan semangkuk ikan bilis yang ditoskan tadi. Masukkan sedikit air dan kacau.
- Masak/ tumis ikan bilis hingga kuahnya pekat.
- Masukkan petai. Kacau sekejap sebelum ditutup api. Siap.
Wednesday 29 October 2014
Nasi Goreng Kampung
Sambil memasak kari kambing tadi, saya masakkan nasi goreng kampung untuk Nur Alis dan abahnya. Tapi Mr A request ikan masin sebagai peneman nasi gorengnya. Simple saja menu malam ni..ditemankan dengan secawan teh o panas berasap hahaha.
Bahan-bahan nasi goreng kampung;
3 mangkuk nasi
6 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
6 biji cili padi
1 ikat kangkung - disiang
1 mangkuk kecil ikan bilis
1 kiub ikan bilis
2 sudu sos tiram
Garam
Gula.
Cara memasaknya;
Bahan-bahan nasi goreng kampung;
3 mangkuk nasi
6 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
6 biji cili padi
1 ikat kangkung - disiang
1 mangkuk kecil ikan bilis
1 kiub ikan bilis
2 sudu sos tiram
Garam
Gula.
Cara memasaknya;
- Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat. Bila sudah lumat baru masukkan cili padi dan tumbuk pecah2 sahaja.
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan keluarkan.
- Jika minyak banyak, keluarkan sedikit baru masukkan semua bahan tumbuk.
- Goreng hingga garing baru masukkan sos tiram dan kiub ikan bilis.
- Kacau sebentar sebelum dimasukkan kangkung. Kacau.
- Masukkan nasi dan kacau rata. Rasakan, jika kurang masin tambah garamnya.
- Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata nasi.
- Bila hampir diangkat, baru taburkan sedikit sahaja gula. Kacau rata.
- Siap.
- Hidangkan dengan telur mata atau telur dadar dan tabur lada sulah. My Mr A makan dengan ikan masin je..hehehe.
Kari Daging Kambing
Daging korban kambing yang diberi oleh anak saudara saya Husna dan suaminya Ibrahim dah terperuk lama dalam freezer. Hanya saya seorang yang makan kambing dan biri2 dalam rumah ni. Apa lagi, saya masakkan kari kambing ni untuk dibawa ke sekolah..nanti boleh makan ramai2 di Anjung Santai aka ruang makan di belakang meja saya..Kak Norkalbi dah bersetuju untuk membawa nasi dan sambal sotong, Zaharah pula nak membawa telur goreng..geng yang lain tak pasti lagi nak bawak apa. In sha Allah tak payah ke kantin kami semua esok hahaha..jimat sikit masa.
Sekarang ni cikgu2 semua sibuk nak siapkan PT3, nak marking paper exam tingkatan 4, nak siapkan semua laporan 2014 dan perancangan untuk 2015, nak siapkan sijil berhenti dan surat akuan , nak siapkan laporan kokurikulum dan buku kokurikulum...Allahurabbi. Minggu depan kami dah mula bertugas menjaga exam SPM hingga 4 Disember..dan sebahagian daripada kami akan menanda SPM pula. Saya sendiri akan membuat kelas pecutan akhir pada 24- 27 November nanti bagi kertas Ekonomi Asas..in sha Allah semoga tiada halangan. Begitulah kita semua..masing2 dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Semoga kerja kita sama ada yang berkarier ataupun suri rumahtangga dikira sebagai ibadah dan sebagai pelaburan dan saham untuk akhirat nanti..betul tak?
Sebenarnya ini kali pertama saya memasak kari kambing. Kena dengan komen kawan2 esok tentang bagaimana rasanya hahahaha. Jom tengok resepinya yang hampir2 sama dengan resepi Gulai Kawah.
Bahan-bahannya:
1 kg daging kambing/biri2- digaul dengan tepung gandum dan perahan asam limau nipis. Diperap sebentar sebelum dicuci bersih.
1 biji kelapa ambil santan secukupnya
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
6-8 biji cili kering
3 sudu rempah kari
2 sudu rempah kerutuk- optional
1 sudu serbuk ketumbar
1 inci halia
2-3 hirisan lengkuas
2-3 helai daun bay-optional
1-2 tangkai daun kari
1 helai daun pandan- optional
Asam jawa secukupnya
Garam
Gula- saya guna gula nise.
1 sudu kerisek- saya tak masukkan sebab takde
Cara memasaknya;
- 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih serta 1/2 inci halia dimayang.
- Bakinya diblend bersama dengan cili kering.
- Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan (no1) hingga layu, baru masukkan rempah kasar iaitu bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
- Tumis hingga bawang jadi perang, masukkan bahan yang telah dimesin tadi.
- Masukkan daun kari dan daun bay. Tumis hingga naik minyak.
- Masukkan rempah kari, rempah kerutuk dan serbuk ketumbar. Kacau lagi.
- Masukkan gula nise dan kacau.
- Masukkan air asam jawa. Kacau lagi.
- Masukkan pula daging kambing dan kacau2 sambil ditutup periuk.
- Masak hingga air daging keluar.
- Masak hingga airnya hampir kering/pekat, baru masukkan santan bersama garam.
- Rasakan masin manis dan masamnya.
- Bila daging dah lembut bolehlah ditutup apinya. Siap.
Tuesday 28 October 2014
Nasi Daging ...
Nasi Daging memang kegemaran saya kerana adanya air asam dan daging rebus, tapi saya tidak pernah memasaknya. Jadi ini adalah kali pertama kali saya memasaknya seumur hidup..alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan hati dan selera saya hahaha...alahai tak berenti2 makan daging sejak hari raya haji hari tu..berat badanpun dah naik berkilo2..
Jom tengok resepi Nasi Daging versi Cik Wan.
Bahan daging rebusnya:
1/2 kg daging lembu yang segar- saya tidak rekomen guna daging import untuk rasa yang lebih segar dan manis.
1 ulas bawang putih diketuk
Air untuk merebus
Sedikit garam
- Potong 2 atau 3 ketul daging. Bersihkan dan rebus daging bersama dengan sedikit garam serta bawang putih.
- Rebus hingga empuk.
- Keluarkan daging dan hiris nipis. 1/2 untuk dimasukkan dalam nasi, 1/2 lagi untuk dicicah dengan air asam nanti.
- Simpan air rebusan untuk memasak nasi.
Bahan untuk nasinya;
3 gelas beras basmathi- dibasuh dan direndam sekurang2nya 30 minit sebelum ditoskan kering.
2 labu bawang besar (saiz sederhana)- dimayang
3 ulas bawang putih- cincang halus
1 inci halia- dimayang halus
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 sudu rempah kurma
1/2 sudu serbuk jintan manis- kalau guna biji jintan manis, tumbuk halus dulu.
1 sudu besar tomato puri- saya hanya guna sos tomato
2 helai daun pandan
3 sudu minyak sapi
2 sudu margerin
Sedikit minyak masak.
4 gelas air rebusan daging
1/2 gelas susu cair.
Sedikit garam
Tumis semua bahan bawang, halia dan rempah kasar hingga wangi dan warna perang.
Masuk sekali daun pandan, terbuka pulak simpulannya hehehe.
Masukkan rempah kurma dan sos tomato..kacau sekejap dan masukkan air rebusan dan susu cair. Kacau.
Masukkan garam.
Masukkan beras yang telah ditoskan kering. Masukkan hirisan daging.
Kacau dan masak seperti biasa.
Bila air nasi kering, kacau sekejap dan tutup periuk. Perlahankan api dan tunggu hingga masak. Siap.
Bahan untuk air asamnya;
4 biji cili besar
4 biji cili padi merah- nak pedas boleh tambah lagi
1 inci belacan
3 sudu kecil garam- saya guna sudu kecil aiskrim
4 sudu makan gula
Asam jawa sebesar penumbuk- bancuh dengan segelas air masak
- blend semua bahan dan masukkan dalam mangkuk besar.
Ramas/kacau dengan:
3 biji buah tomato- dihiris nipis
2 labu bawang besar - dimayang nipis
2 biji asam limau nipis diperah airnya.
Perisa makanan yang digemari- optional.
Lauk dan bahan hidangan lain;
Hirisan daging rebus
Sayur salad
Hirisan buah tomato
Hirisan timun.
Hidangkan nasi berisi daging dengan daging rebus hiris, air asam dan sayur2nya.
Selamat menjamu selera....
Subscribe to:
Posts (Atom)