Assalamualaikum..
Lama sungguh Cik Wan cuti berblog..hampir sebulan juga.
Memang tak layak nak panggil blogger ni hahaha.
Macam-macam peristiwa berlaku yang menyebabkan Cik Wan cuti lama.
Belum terlambat rasanya untuk Cik Wan mengucapkan Selamat Hari Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
Cik Wan minta maaf jika ada tersalah bicara tersilap tulis dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca semua kerana sudi dan selalu singgah di blog ini.
Hari ni Cik Wan tak postkan gambar makanan, cuma gambar2 anak-anak murid yang datang beraya Jumaat lepas. Cik Wan masak nasi lemak, spagheti bolognaise dan Cik Wan oder sahaja kek, popiah rangup dan juga buah-buahan. Tak mampu nak masak banyak2 sebab Cik Wan seorang sahaja tenaga kerjanya tambahan sibuk pula dengan kerja sekolah minggu ni. Minggu depan ada pemantau akan datang dan Cik Wan juga sibuk dengan persediaan budak2 nak mengadap peperiksaan percubaan SPM bermula 1 September nanti.
Jom ..layan ganbar sahaja sekeping dua......
Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Showing posts with label Selamat Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Raya. Show all posts
Sunday, 9 August 2015
Sunday, 12 July 2015
Biskut Samperit Bunga yang nyum nyum...
Ini hasil gentelan yang kedua..first time cuba acuan semperit yang ditempah dari Taiping...memang cantik acuannya, tapi tuan yang buat kuih ni tak berapa pandai..tak ada sentuhan seni..aduuuhhh...bolehlah, seperti kata orang tua-tua..tak ada rotan akarpun berguna.
Jom tengok resepinya.
Biskut Samperit.
Sumber : FB dikongsi oleh Siti Hajar Hasyim
Bahan-bahannya;
250 gram mentega
2 biji kuning telur
1 cawan gula aising
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung kastad
21/2 cawan tepung gandum
1 sudu esen vanila
Ceri merah untuk hiasan
Cara-caranya:
- Pukul gula, mentega hingga sebati.
- Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sebati.
- Masukkan semua tepung, kacau dengan sudip kayu hingga sebati- kalau susah, uli je dengan tangan macam Cik Wan buat.
- Dapat adunan yang lembut.
- Tutup dengan plastic wrap/tuala dapur semasa sedang menerap supaya adunan tidak mengeras.
- Hias dengan ceri merah atau hijau atau coklat cip...mana2 yang anda suka.
- Bakar dengan suhu 160 - 180 darjah selama 15-20 minit.
- Untuk pastikan kelopak biskut tidak jatuh selepas dibakar, biarkan biskut yang telah diterap selama 15 minit sebelum dibakar.
Selamat mencuba...
Biskut Suji Kristal Yang Comel
Dalam sibuk2 ni Cik Wan sempat juga menggentel dua jenis biskut semalam. Biskut yang mudah tapi sedap sesuai untuk orang yang tak berapa pandai baking membaking seperti Cik Wan ni. Resepi ni kawan Cik Wan share dalam facebook..memang mabeles sebab sedap dan senang nak membuatnya..ayuhh adik2 yang sekapal dengan Cik Wan boleh cuba biskut ni. Jom, tengok bahan-bahannya;
Sumber: FB eyna
Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
1 cawan minyak sapi
1 1/2 cawan gula kaster (1 cawan masuk dalam adunan dan 1/2 cawan untuk coating)
Cara-caranya:
- Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
- Bahagikan kepada 3 bahagian.
- Uli 2 bahagian dengan warna hijau dan merah.
- Cubit sedikit2 setiap warna (kuning, hijau dan merah) dan gentel bulat seperti ondeh2. (Kecil sahaja tau, sebab nanti jadi kembang besar)
- Susun dalam loyang dan bakar selama 18-20 minit dalam suhu 180 darjah.
- Sejukkan.
- Golek-golekkan biskut dalam gula kaster yg 1/2 cawan tadi.
- Masukkan ke dalam paper cup yang disukai..siap.
- Dapat dalam 115-120 biji biskut. Senangkan?
Selamat mencuba :)
Monday, 6 October 2014
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Untuk dua tahun berturut-turut kami sekeluarga tidak balik ke Kelantan hari raya ni...tahun lepas dan tahun ini segala-galanya kerana cuti yang pendek dan Mr A tak larat untuk bertungkus lumus melayan jem di jalan raya..hahaha
Tak apalah, ramai juga saudara mara dan kengkawan yang sama2 meraikan Aidil Adha di KL tahun ni...kemeriahan tetap ada tapi tidak setanding beraya di kampung bersama bonda dan keluarga..
Raya ini saya menyediakan nasi dagang berlaukkan ikan tongkol dan gulai udang laut, nasi impit kuah kacang dan rendang daging, ketupat palas serta tapai pulut yang akhirnya tidak dapat dimakan langsung kerana masam...masyaAllah, dua kali saya beli ragi di kedai Acheh tu, dan dua kali hasilnya masam. Rupa2nya Mek di kampung dah risau bila saya bagitahu saya buat tapai menggunakan ragi yang dibeli di sini sebab dia takut tak menjadi...hah!! memang betul, pagi2 buka bekas tapai saya dah excited sebab sudah nampak tekstur yang cantik dan lembab berair sikit seperti yang saya suka...tapi bila masuk ke mulut...aaarggghhhhhhhhhhh...masam macam cuka!!!!!
Kenapa ye kawan2..tapai saya jadi macam tu? Adakah cara buat tapai di sini berbeza dengan tapai di kelantan atau adakah kerana raginya..?
Alhamdulillah...menu yang lain semuanya menjadi hahaha, nasib baik..phew!!
Jom layan menu hidangan raya Cik Wan..maaflah tak sempat hidang semua live dari periuk..hahaha (Ni pun lasst minute ingat nak ambik gambar...tetamu dan mula sampai..)
![]() |
| Nasi Dagang |
![]() |
| Gulai Ikan Tongkol Terengganu |
![]() |
| Gulai Udang Laut |
![]() |
| Ketupat Palas...tetap buat walau tak pandai bungkus hehehe |
![]() |
| Rendang Daging |
![]() |
| Kuah Kacang |
![]() |
| Nasi Impit Segera... |
Kepada semua sahabat dan tetamu blog cikguwan...Cik Wan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf Zahir Batin dan terima kasih kerana berkunjung...
Saturday, 26 July 2014
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin kepada semua yang selalu berkunjung ke blog Cik Wan ni. Selamat bergembira bersama keluarga di hari lebaran ini. Cik Wan memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersilap kata dan bicara. Cik Wan ucapkan jutaan terima kasih kerana anda semua sudi berkunjung dan singgah di blog yang serba sederhana ini.
Kepada yang balik kampung Cik Wan doakan agar semuanya selamat dalam perjalanan, berhati-hati memandu dan sebagai isteri di sebelah, nasihatkan agar suami kita memandu dengan berhati-hati, jangan kita pulak yang lebih2 dan menggalakkan suami pandu laju, potong q dan sebagainya hahahahaha...jangan marah...nak raya ni :-)
Dalam kita bergembira, sama-samalah kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara kita di Gaza, di Syria, di Myanmar, di Thailand dan di mana sahaja. Cik Wan baru sahaja menghadiri Ceramah Gaza dan Palestine Khamis lepas...subhanaAllah..betapa dasyatnya siksaan dan kekejaman yang dihadapi oleh saudara kita di Gaza dan beratus-ratus kali dasyat lagi saudara kita di Syria...masyaAllah...Mereka semua adalah saudara kita yang wajib kita sama-sama tolong dan bertanggungjawab. Jadi bersederhanalah dalam menyambut hari lebaran ini. Kenanglah mereka dan hulurlah walau sedikit cuma bantuan kepada mereka. Banyak saluran yang boleh anda gunakan sama ada Aman Palestine, MAPIM dan sebagainya...semoga di akhirat nanti kita tidak disoal oleh Allah tentang apa tindakan dan bantuan yang telah kita hulurkan bagi membantu suadara seislam kita yang disiksa dan dizalimi ini...
Sekali lagi..Cik Wan mohon maaf dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin. Doakan perjalanan Cik Wan sekeluarga sebentar lagi selamat pergi dan selamat kembali serta dipermudahkan Allah dalam menghadapi trafik jem yang teruk ni.
Wassalam.
Wednesday, 21 August 2013
Hari Ulam Sedunia
| Lada solok, RM5 sahaja ni.. |
| Daun serai kayu @ pucuk Samak, ulam utama nasi kerabu atau laksa..ni RM2 sahaja |
| Ulam yang agak rare, pucuk Jenerih..rasanya lemak2, sedap sangat RM2 juga untuk 2 ikat. |
| Pucuk beko yang pahit tapi banyak khasiatnya, saya suka buat ulam mentah tapi boleh juga dicelur dan dibuat kerabu, RM1 seikat |
| Pucuk Ketereh@Gajus..RM0.50 seikat..sedap sesangat ni.. . . . |
dan,
.
.
yang paling saya suka
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
| Rempah kerutuk, Kuzi, Dalca, Kari, Gula Nise, Cili serbuk dan Gula kabung untuk somtam.. stok baru . . . . . |
dan termasuklah 3kg beras nasi dagang dan 3 kg beras pulut!!!
.
.
.
.
.
done shopping and feeling happy :-)
Sunday, 18 August 2013
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin. Masih belum terlambat rasanya untuk memohon kemaafan daripada semua kawan-kawan yang sudi singgah di blog ini. Terima kasih daun keladi. Semoga resepi mudah yang yang dikongsikan akan bermanafaat kepada yang memerlukan. Maaf kerana baru sempat update . Maklumlah bila balik kampung memang tak boleh nak online langsung, setakat untuk berFB tu lepaslah hihi.
Tahun ni giliran kami beraya di rumah Mek saya di Kedai Menanti. Bunyi macam jauh je dengan rumah keluarga suami..hehehe tak jauh sebenarnya sebab kampung suami di Tumpat. Walaupun senegeri giliran tetap dibuat maklumlah hari raya pertama tu sangat istimewa betul tak? Raya kedua kami dah bertolak ke Tumpat. Sebenarnya untuk persediaan raya ni, setiap tahun diibaratkan saya beraya di dua buah rumah ..penatnya memang tak boleh nak cakap lah hehehehe. Untung tahun ni adik perempuan saya beraya di rumah Mek, jadi hidangan raya pertama disponsor dan dimasak olehnya. Adik perempuan saya Ayu serta Alis dan Aifaa jadi assistant chef kat dapur. Saya hanya menolong apa yang patut dan masak laksa Penang yang direquest oleh Mek dan Alis saja.
Balik raya kedua rumah suami pula saya menyediakan nasi hujan panas permintaan mak mertua..nasib baik juga saya dibantu oleh adik ipar dan biras. Ingatkan nak buat untuk keluarga je, rupa-rupanya hampir 6kg beras basmathi juga nasinya. Tidak termasuk lauk-pauknya yang cukup setnya seperti ayam masak merah, kurma daging, tongkol kicap, acar dan sambal belacan. Pukul 2 pagi jugaklah baru siapnya huhuhu. Alhamdulillah, seawal 7.30am dah ada tetamu yang datang untuk bersarapan ..rupa-rupanya dah ada yang datang hari raya pertama semata-mata nak makan nasi hujan panas seperti tahun-tahun sebelumnya. Seronok sungguh melihat tetamu berselera makan.
Hampir 10 hari di kampung saya masak dan makan tak henti-henti. Bila balik KL saya collapsed, agaknya badan dah terlalu penat..sakit kepala, tengkuk dan satu badan hingga muntah..aduhhh. Alhamdulillah, walau penat hati gembira dan bahagia.
Kalau ada kesempatan lepas ini saya update beberapa resepi yang tak sempat diupload. In Sha Allah..
Sekali lagi, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Subscribe to:
Posts (Atom)













