First time makan aiskrim ni di Restoran Little White Cafe Bangi..sedapnya tak terkata..soooo delish!!
Hari ni beli pisang untuk buat pengat . Biasalah..kalau puasa tu selera berbuka mengada-ngada sikit mengalahkan bulan Ramadhan. Masalahnya tenaga tak serupa dengan selera...maka tingggg!!!! bertukarlah pengat pisang menjadi Aiskrim Pisang, tapi ada value-added sikit...keremelkan dulu pisang dan curahkan coklat..yummyyy.
Kita tengok bahan dan caranya yer..
2 biji pisang (jangan ranum sangat)-saya pakai pisang berangan.
3 sudu gula
2-3 sudu air
Aiskrim (saya guna vanilla)
Sos coklat- saya guna Hershey
Cara-cara;
Masukkan gula ke dalam pan/kuali
Bila hampir bertukar warna perang, masukkan air,biarkan cair sendiri.(jadi keremel)
Belah dua pisang dan masukkan dalam keremel. Biar sebentar dan balikkan. Tutup api.
Letak pisang keremel dalam mangkuk/pinggan.
Letakkan aiskrim.
Tuangkan coklat. Makan time tu jugak..hehehehehe....:-)
Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Tuesday 29 January 2013
Sunday 27 January 2013
Bawal Goreng Cili Thai
Ini menu malam tadi, khas untuk anak dara dua orang tu..yang kecik makan ikan goreng dengan kicap je. Mama masih kenyang makan kenduri tengah hari dan abahnya pulak ada orang belanja makan malam. Lauk ni nampak je pedas tapi pedas masam manis gitu..budak-budak sukalah masak cenggini.
Bahan-bahannya;
2 ekor ikan bawal sederhana besar. Disiang dan diperapkan dengan garam dan lada sulah.
2 labu bawang merah yang sederhana besar.
4 biji cili kering- dua bahan ini dimesin halus.
Sedikit hirisan nanas - boleh guna nanas dalam tin, saya ada yang segar saja.
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
3 sudu sos cili Thai
Garam dan gula secukup rasa.
Bahan hiasan;
Bawang besar potong
Cili benggala hijau dan merah potong- takde pun tak apa, boleh ganti ngan cili biasa..kebetulan pulak ada balance lagi lepas goreng brokoli hari tu.
Buah tomato potong-tak ada pun tak apa.
Cara-cara;
1. Goreng ikan. Siap ketepikan.
2. Guna minyak lepas goreng ikan tadi untuk tumis bahan mesin.
3. Masukkan terus sedikit garam dan gula. Tumis hingga garing/naik minyak.
4. Masukkan semua sos tiram, sos cili dan cili Thai beserta hirisan nanas.
5. Tumis hingga naik minyak.
6. Masukkan air untuk sebanyak mana kuah yang anda suka.
6. Kacau hingga mengggelegak.
7. Masukkan sayur potong tadi. Rasakan masin manis dan masamnya.
8. Kalau dah sedap, masukkan ikan bawal. Siap.
Yang ni pulak saya gunakan ikan kembung. Hari ini pulak ada 2 jemputan kenduri kahwin tapi saya tak bawak anak-anak seperti semalam. Budak-budak tu minta saya masakkan ikan sambal macam semalam tapi disebabkan bawal dah habis saya gantikan dengan ikan kembung besar makan bertemankan sotong rebus serai sebagai kuah.
Wahhh, dah lambat..nak pi kenduri ni..bye..bye...

Thursday 24 January 2013
Brokoli Goreng Cina
Ini menu sayur beberapa malam lepas..hanya sempat snap gambar tapi tak sempat nak upload..sibuuukkk manjang!!
Ada dua cara nak masak sayur ni dan hasilnya juga agak berbeza. Cara yang mudah ialah dengan menumis semua bahan tumisan dan masukkan sayur sekali gus. Tapi cara yang paling saya suka ialah seperti di bawah ini kerana hasilnya lebih cantik dan rangup.
Bahan-bahannya;
1 pokok brokoli- dipotong setiap kuntum/dahannya.
1 genggam kacang pea-disiang
1/2 biji cili benggala merah-dipotong ikut suka
1/2 biji cili benggala hijau-dipotong ikut suka
10 ekor udang dibuang kulit
5 ulas bawang putih -dicincang halus/tumbuk
10 biji lada hitam ditumbuk
3 sudu sos tiram
1/2 sudu minyak bijan
1/2 sudu tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air
garam
gula
Cara-caranya;
1. Panaskan air untuk merebus sayur dahulu. Masukkan sedikit minyak dan sedikit garam untuk mengekalkan warna sayur.
2. Bila menggelegak, masukkan kacang pea dulu....selepas satu minit masukkan brokoli. Agak-agak brokoli dah separuh masak, keluarkan sayur dan masukkan dalam air sejuk/air batu. Tinggalkan.
3. Tumiskan bawang putih. Sudah garing masukkan udang. Goreng hingga udang hampir masak.
4. Masukkan sos tiram dan lada hitam. Kacau.
5. Masukkan minyak bijan dan air tepung jagung, garam dan gula jika suka.
6. Kacau hingga kuah masak/berkilat, baru dimasukkan cili benggala potong.
7. Tapiskan sayur rebus tadi, masukkan dalam kuah . Kacau sebati..siiiaaaap.
Sayur ni lebih sedap kalau kuahnya banyak sikit.
Selamat mencuba!!!

Sunday 13 January 2013
ambo sibuk weeeiiii....
Pantun orang busy....macam busy beeeeee
.
.
.
.
.
.
.
.
.
masak acar masuk cuka
kasi pedas potong cili
sekolah baru buka
lebih sibuk dari menteri
.
.
.
.
.
.
.
pergi pasar beli cabai
susah jalan belok-belok
masak cincai-cincai
malu nak masuk blog
.
.
.
.
.
.
.
bangun pagi masak kari
jangan lupa masukkan bendi
kalau nanti dah hilang busy
nanti saya upload resepi lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
jangan marah daaaa....:-)
Subscribe to:
Posts (Atom)