Assalamualaikum dan salam Ramadhan ke - empat hari ini. Semoga kita semua sihat hendaknya..in sya Allah.
Hari ini Cik Wan kongsikan antara menu sihat yang Cik Wan sedang amalkan sekarang. Ikan Bakar dengan Air Asam Sihat. Untuk pengetahun semua, Cik Wan sekarang lebih slim (tak nak guna perkataan kurus heheh) dan badan rasa lebih sihat. Alhamdulillah. Rasa lebih ringan dan lebih mudah memilih pakaian tidak risau ketat dan nampak bentuk badan. Berat Cik Wan turun lebih 10kg dalam masa 3 bulan amalkan pemakanan sihat. Terima kasih kepada coaches Cik Wan yang sentiasa membantu tanpa jemu. Boleh follow
ig coachismailayu kalau ada yang berminat ye hehehe. Chewahhh..promote sikit. Tak caya tengok gambar kat bawah ni hehehe.
Dua gambar kat bawah ni ialah selepas turun lebih 10 kg. Seronok dapat pakai baju2 lama hehee. Baju kurung oren tu dah 8 tahun tak pakai, sempat pakai sekali dua saja..dok terperap dalam almari sebab tak muat. Simpan kot2 anak2 dara nak pakai..macam mimpi je bila boleh pakai balik, nothing is imposibble kan?.
Apa lagi? Nak kurus sihat masa raya nanti kan? jom kita amalkan pemakanan sihat sepanjang Ramadhan ni.
Jangan lupa resepi ikan bakar ni hahaha..
Ikan bakar:
Ikan tongkol kecik- basuh bersih, rendam dengan air asam jawa atau asam limau nipis. Kemudian bakar tawar sahaja. (boleh pilih ikan lain- kalau dah try ikan tongkol ni, memang taknak yang lain dah)
Air Asam Sihat:
2 biji cili api- suka pedas boleh tambah lagi
1 tangkai daun ketumbar
1 ulas bwang putih
1/2 biji tomato @ 5 biji tomato untuk rasa yang lebih manis
1/2 biji limau nipis
Sedikit garam.
Tumbuk/blend semua bahan. Siap!.
Hidangkan dengan ulam-ulaman dan segenggam nasi parboile atau beras perang atau beras perang Thai yang Cik Wan guna dalam gambar ni. Selamat mencuba.
Salam sayang dari Cik Wan @ Cikgu Wan.
**** resepi sihat tiada gula ya. Manis natural dari tomato @ kalau suka bawang merah.