Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Saturday, 30 May 2020
Nasi Dagang Kelantan penuh nostalgia
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua sahabat yang beragama Islam. Semoga ceria dan bahagia bersama keluarga.
Petang ni Cik Wan hanya nak share gambar nasi dagang versi kelate. Dulu2 nasi dagang dibungkus dalam kelongsong seperti dalam gambar tu. Kebanyakan lauknya adalah udang sawah yang kecik2 tu digulai atau selalu disebut masak kering beserta dengan sambal kelapa. Dulu2 kita tak gulai ikan tongkol pun, sama ada gulai udang atau gulai ayam je. Rasanya ikan tongkol ni pengaruh dari Terengganu kot. Sekarang ni, Nasi Dagang tanpa ikan Tongkol, tak sah jadinya.
Satu lagi, penggunaan telor rebus dalam Nasi Dagang. Cik Wan masih ingat lagi, kalau masak Nasi Dagang dan gulai ayam atau gulai udang dah habis, tapi kuahnya masih ada, arwah mok akan suruh rebus telor sebagai ganti. Sekarang ni, telor rebus pun dah jadi side dish yang wajib dalam hidangan Nasi Dagang.
Kalau Nasi dagang dibungkus dalam daun pisang, wangi nasi tu bertambah2 lagi. Buka je bungkusan, wahhhh...naik aroma nasi dan daun pisangnya. Daun pisang ni Cik Wan layur dulu ya, susah juga rupanya nak bungkus kelongsong ni hehehe.
Cik Wan dah rebus ikan tongkol ni 3 hari lepas. Memang masam eloklah ikannya tapi bagi Cik Wan ikannya termasin la sikit hehehe. Tapi Mr A dan anak2 kata ok je. Makan dengan nasi tak masinlah ikannya. Cik Wan sediakan juga sambal kelapa dan telor rebus tapi tak masuk dalam gambar. Pendek kata cukup syaratlah.
Kalau nak dapatkan resepi Nasi Dagang, belek2 lah nanti ye. Dah banyak kali Cik Wan share. Sambil2 belek, boleh tengok resepi2 lain kan? heheh
Ok, selamat mencuba dan happy cooking semua :)
Thursday, 21 May 2020
Udang Galah Bakar ala Thai
Asalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan yang ke -28. Hari ke sembilan PKPB Fasa 5. Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT. Sihat sejahtera dan ceria bersama keluarga tercinta.
Hari ini Cik Wan nak share resepi ringkas Udang Galah Bakar ala Thai kesukaan keluarga Cik Wan. Pastikan udang yang digunakan fresh ya bagi menjamin kesedapan resepi ni heheh.
Bahan-bahannya:
1 kg udang secukupnya
3 ulas bawang putih
Sedikit garam
Sedikit madu- boleh ganti dengan gula
1/2 biji lemon
2 pokok daun ketumbar
4-5 sudu minyak zaiton- boleh ganti dengan minyak lain
Cara-cara:
- Bersihkan udang, belah dua tapi jangan putus.
- Tumbuk semua bawang putih dan daun ketumbar.
- Gaulkan dengan garam, madu, air lemon dan minyak zaiton.
- Gaulkan dengan udang hingga sebati.
- Masukkan dalam bekas dan perap dalam peti ais sekurang2nya 2 jam.
- Bakar udang dan hidangkan dengan sos Thai. Cik Wan gunakan magic pan. Sekejap je.
Sos pencicah (Sambal Thai)
2-5 biji cili padi- boleh tambah/kurang
4 ulas bawang putih
2 tangkai ketumbar-hiris
2 sudu besar sos ikan- boleh guna garam
2 biji limau nipis- ambil airnya
2 sudu gula Thai- boleh guna gula pasir
- Tumbuk cili dengan bawang putih.
- Masukkan dalam mangkuk.
- Campurkan dengan semua bahan lain.
- Siap.
Friday, 15 May 2020
Udang Tepung versi restoran Thai
Asalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan yang ke -22. Hari ketiga PKPB Fasa 5. Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT. Sihat sejahtera dan ceria bersama keluarga tercinta.
Sudah beberapa hari Cik Wan tidak update apa2 masakan. Agak sibuk dengan aktiviti menyiapkan tempahan bunga orkid daripada kawan2 rapat. Hari raya dah makin hampir, semua orang sibuk dengan kuih raya dan juga hiasan rumah. Alhamdulillah..walaupun dalam PKPB, semangat menyambut Hari Raya Aidil Fitri tetap meriah walaupun ada di antara kita yang dalam kesedihan kerana tidak dapat pulang berhari raya bersama ibu dan ayah. Bersabarlah... semoga kita berpeluang untuk menyambut hari raya Aidil Adha bersama mereka nanti.
Hari ini Cik Wan nak kongsikan resepi terbaik Udang Tepung ala restoran Thai. Udangnya gemuk bersalut tepung tapi rasanya sangat sedap dan sesuai dicicah dengan sos cili Thai. Jom Kita tengok resepi dan cara membuatnya.
Bahan-bahannya;
Udang - dibuang kepala, kulit dan belah belakangnya. Ekor jangan buang. Basuh bersih, toskan hingga kering dan perap dengan lada sulah serta sedikit garam.
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu minyak masak
1 biji putih telor
1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)/Air sejuk mesin penapis air.
garam
lada sulah
Cara-caranya;
- Bancuhkan semua bahan seperti bancuhan tempura/goreng pisang. Jika mahu udang tepung kita gemuk/banyak tepung, kurangkan sedikit air.
- Pegang ekor udang, celupkan udang ke dalam batter tadi.
- Masukkan dalam minyak panas yang banyak.
- Goreng hingga kekuningan. Angkat. Siap.
Saturday, 9 May 2020
Air Asam Daging Rebus
Asalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan yang ke -16. Hari ke-11 PKP Fasa 4. Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT. Sihat sejahtera dan ceria bersama keluarga tercinta.
Makin lama bersahur, makin tidak berapa selera pulak sekarang. Anak2 pun makan simple2 sahaja tapi nanti mereka akan rasa lapar sedikit di siang hari. Mr A pulak tak boleh lari daripada nasi. Pening juga memikirkan nak masak apa untuk sahur.
Lepas terawih semalam, Cik Wan rebus daging, plan nak buat masak kicap ataupun air asam sahaja untuk sahur. Bangun dinihari tu, Cik Wan buat keputusan untuk buat air asam saja. Wahhh...disebabkan rasa masam masin manis dan daging yang lembut, bertambah2 pulak mereka makan. Sempat Cik Wan ambik gambar sebelum mula bersahur tadi hehehe...demi follower Cik Wan Kitchen kan...jom tengok resepi mudah tapi menyelerakan ini.
Bahan-bahannya:
Daging secukupnya- rebus empuk.
3 ulas bawang merah kecil-mayang nipis
5 biji cili padi- boleh tambah/kurang ikut kepedasan disukai
Sedikit belacan
2 biji asam limau nipis- ambil airnya
Garam
Ajinomoto- atau apa2 perasa yang disukai
Air rebusan daging secukupnya
Cara menyediakannya.
- Masukkan bawang hiris, cili, belacan dan air asam limau dalam mangkuk. Gaulkan sebati.
- Masukkan air rebusan daging. Kacau dan rasa sesedapnya. Masam mesti lebih ya.
- Masukkan daging yang telah dihiris nipis.
- Siap.
Selamat mencuba and happy cooking :)
Wednesday, 6 May 2020
Puding Roti Karamel yang sedap.
Asalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan yang ke -13. Hari ke lapan PKP Fasa 4. Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT. Sihat sejahtera dan ceria bersama keluarga tercinta.
Pagi ni Cik Wan nak share satu resepi yang mudah dan sedap. Puding Roti Karamel. Bulan puasa ni roti sandwich yang dibeli lambat habis. Dalam rumah Cik Wan ni hanya Zikry yang bersahur dengan roti bakar. Tapi kalau tiap2 hari dia muak juga. Itu yang roti sandwich lambat habis. Sebelum expired kita godek2 buat juadah berbuka puasa. Cik Wan tahu, kuih ni tak berapa laku di rumah, tapi boleh dihadiahkan pada jiran2 untuk juadah berbuka puasa. Jom kita lihat resepinya.
Bahan bahan Puding:
8 keping roti sandwich – carik carik
2 cawan air suam
2 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
5 biji telur - kalau gred C, boleh tambah jadi 6/7 biji
2 sk esen vanilla
3 sudu oren sunquik-optional
- Carik2kan roti-masuk dalam mangkuk besar.
- Masukkan semua bahan lain kecuali telur.
- Gaul sebati dan biarkan sekejap.
- Boleh buat karamel dahulu.
Bahan Karamel:
1/2 atau 3/4 cawan gula pasir bergantung kepada tahap kemanisan yang disukai. Cik Wan buat 3/4 cawan.
- Masukkan dalam pan. Cairkan gula.
- Tunggu sampai gula cair dan warna perang. Boleh dikacau2 guna sudip.
- Tuang dalam bekas utk mengukus puding.
- Pastikan lapisan keras sebelum dituang bahan puding.
Langkah menyediakan puding:
- Gunakan blender untuk mengisar semua bahan yang direndam tadi bersama dengan telur. Bahan ini agak banyak, buat 3 batch atau 3 kali blend.
- Pastikan semua bahan diblend LUMAT. Kalau tidak, puding tak cantik dan tidak nampak halus.
- Tuang bahan puding ke dalam bekas mengandungi karamel tadi.
- JANGAN tuang direct atas karamel, tuang atas sudip supaya lapisan karamel tidak pecah.
- Kukus puding dalam 30-35 minit. Pastikan puding masak elok ya. Kalau acuan yang digunakan kecil dan lapisan puding tinggi, pastikan kukus lebih lama.
- Angkat dan sejukkan.
- Pastikan puding dah sejuk/beku baru masukkan dalam peti ais jika sukakan puding yang sejuk.
- Siap.
Selamat mencuba and happy cooking :)
Tuesday, 5 May 2020
Pulut Ayam Hat Yai
Asalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan yang ke -12. Hari ke tujuh PKP Fasa 4. Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT.
Pagi ni Cik Wan nak share resepi terkenal dari Thailand terutamanya di Hat Yai, Pulut Ayam iaitu ayam goreng rangup di makan dengan pulut dan juga bawang goreng. Dah lama Cik Wan teringin nak buat dan dah lama dok menelaah resepinya. Baru semalam menjadi dan alhamdulillah..rasanya memang umpphh. Untuk siapa yang berminat dan rindukan menu ini..jom kita lihat resepinya.
Bahan-bahannya:
1/2 kg ayam- paling baik gunakan peha ayam ataupun bahagian sayap.
5 ulas bawang putih
2 batang akar ketumbar
1/2 sudu biji lada hitam- boleh gunakan serbuk
1/2 sudu biji lada putih-boleh gunakan serbuk
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar kicap masin
1/2 cawan tepung beras
Sedikit air untuk perap.
Cara membuatnya:
- Tumbuk semua bahan bawang, ketumbar, lada hitam dan lada putih hingga lumat.
- Masukkan ke dalam ayam.
- Masukkan garam, gula, kicap dan air.
- Perap dalam peti ais lebih kurang 3 jam.(semalaman lebih baik)
- Untuk menggoreng, masukkan tepung beras dalam perapan ayam dan gaul sebati.
- Sedia untuk digoreng.
- Siap.
Bahan lain:
Pulut
Bawang goreng.
- Masukkan pulut dalam pinggan hidangan.
- Letak ayam.
- Taburkan bawang goreng.
- Siap.
Selamat mencuba and happy cooking:)
#stayathome #staysafe
Sunday, 3 May 2020
Bubur Tepung Ubi Kayu atau Krong Krang Nam Ka Ti
Asalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan yang ke -10. Hari ke lima PKP Fasa 4. Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT.
Hari ni Cik Wan nak share satu menu dari Thailand yang sangat sedap dan menyegarkan. Krong Krang Nam Ka Ti yang menggunakan tepung ubi kayu. Pertama kali melihat kuih ini ialah masa sekolah rendah dulu apabila seorang jiran yang datang dari Selatan Thai membuatnya untuk juadah moreh di balaisoh/ surau di kampung. Cik Wan lihat beliau menyediakannya tapi tidak sempat merasa juadah itu. Selalu teringin nak buat, selagi tak buat selagi tu keinginan tu timbul. Bayangkan, dah berpuluh-puluh tahun kenangan melihat kuih ni. Dengan kemudahan media sosial yang ada sekarang ni kita dapat belajar pelbagai resepi sama ada dalam negeri mahupun luar negeri. Namun begitu, belajar online/youtube tidak akan sama dengan belajar secara berguru.
Begitu jugalah bila Cik Wan nak buat kuih ni semalam. Dua adunan terpaksa dibuang kerana tidak menjadi. Begitu sensitif sekali pembuatannya. Cik Wan ingat senang je membuatnya disebabkan bahannya yang simple. Jika ada yang berminat membuatnya, sila baca langkah2 yang Cik Wan terangkan dengan teliti ya.
1. Air yang digunakan untuk menguli MESTI air panas yang mendidih.
2. Mesti diuli dengan cepat untuk mengelakkan air menjadi sejuk.
3. Adunan mesti elastik/kenyal kerana telah separuh masak dan BUKAN seperti adunan untuk membuat onde2.
4. Jika menggunakan warna-cthnya bunga telang/pewarna- mesti direbus/dimasak bersama air yang hendak digunakan untuk menguli.
5. Gunakan acuan menerap untuk kuih siput.
Jom kita tengok bahan dan cara membuatnya:
Bahan untuk satu warna Krong Krang . Jika buat dua warna, buat lagi satu adunan.
1 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan air panas mendidih
#kuantiti di atas ditambah sehingga adunan jadi kenyal dan boleh ditekan pada acuan.
- Masukkan tepung dalam mangkuk menguli.
- Masukkan air panas mendidih, kacau sebati. Adunan akan melekat2. Tambahkan air atau tepung ubi hingga mendapat adunan yang kenyal.
- Potong kecil adunan untuk ditekan menggunakan acuan kuih siput.
- Bila habis diterap, rebus dalam air panas.
- Toskan bila sudah terapung dan masuk dalam air sejuk.
- Sedia untuk digunakan.
Bahan Kuah: (Untuk 2 adunan Krong Krang)
5 cawan santan
3/4 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar bijan yang telah digoreng tanpa minyak (optional)
1 cawan isi kelapa muda (optional)
- Masukkan santan bersama gula dan garam.
- Kacau hingga sekali mendidih sahaja. Sehingga gula telah larut.
- Masukkan isi kelapa.
- Masukkan Krong Krang.
- Tabur bijan. Siap.
Untuk lebih jelas lagi cara membuatnya, Cik Wan sharekan sekali video penyediaan kuih ini ya. Cik Wan selalu rujuk chanel ini untuk masakan Thai.
Selamat mencuba ya. #stayathome #staysafe
Saturday, 2 May 2020
Aiskrim Vanilla Pisang Karamel
Asalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan yang ke sembilan. Hari ke empat PKP Fasa 4. Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT.
Pagi ini Cik Wan nak share menu pencuci mulut yang sangat mudah dan sedap. Panjang namanya tapi masa makan kejap je habis. Ais krim ni agak muak sedikit mungkin kerana rasanya yang lemak manis begitu. Kuantiti seperti dalam gambar tu kami makan berempat. Nanti boleh agak2 porsi untuk keluarga ya. Jom tengok bahan dan cara membuatnya. Langkah membuat dessert ni kena cepat ya sebab karamel tu cepat keras.
Bahan-bahannya:
Pisang secukupnya (boleh guna pisang berangan/emas/montel/nangka)
Aiskrim vanilla secukupnya
Kacang yang telah dibakar/goreng - badam/gajus/walnut
3 sudu gula pasir- untuk dikaramelkan
3-4 sudu air
Cara membuatnya:
- Sediakan pisang.
- Masukkan gula dalam pan-tunggu hingga jadi karamel. Masukkan air (hati-hati kerana air gula akan merecik)
- Bila dah cair semunya, masukkan pisang-golek2kan buah pisang sekejap hingga pisang dah tersalut dengan karamel.
- Cepat2 tuang ke dalam bekas hidangan.
- Letakkan aiskrim dan taburkan kacang2 pilihan.
- Siap..yummy.
Selamat mencuba and happy cooking :)
Subscribe to:
Posts (Atom)