Friday 11 October 2024

Kerabu Gajus/Terre

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang Cik Wan tengah kumpulkan gambar-gambar masakan lama yang terkumpul di FB dan IG atau dalam phone. 

Tengah godek2 gambar, terjumpa gambar Kerabu Gajus ni. Asbab pokok gajus depan rumah berbuah, Cik Wan kutip dan buat kerabu kegemaran Allahyarham nenek Cik Wan, Che Jah bin Che Yusof. Jom kita tengok bahan-bahannya.



Bahan-bahannya ialah;

5-6 biji buah gajus- dihiris nipis dan perahkan sedikit buang air pahitnya.
1/2 buah nenas- dicincang panjang-panjang
4 ulas bawang merah
6-8 ulas lada hitam
Gula
Garam
Limau nipis
Cili api, daun ketumbar dan bawang merah hiris untuk hiasan.



Cara membuatnya;
  1. Sediakan hirisan gajus dan nenas dahulu. Masukkan ke dalam mangkuk besar.
  2. Tumbuk bawang merah dengan lada hitam hingga lumat.
  3. Masukkan kedalam hirisan buah tadi.
  4. Masukkan juga gula, garam, bawamg merah hiris dan cili padi.
  5. Gaul mesra. Rasakan masam, masin dan manisnya biar sekata.
  6. Siap.



Thursday 10 October 2024

Spagheti Tomyam Berkrim atau Creamy Tomyum Pasta

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Jom sekali sekala kita ubah selera. Kita masak spagheti perisa tomyum pulak. Sedap sebab pedas2, masam dan lemak berkrim rasanya.


Bahan-bahan:

1 peket spagheti- rebus ikut arahan di kotak
3 sudu paste tomyum
2 sudu Thai chilli Paste- optional
1 kotak susu segar

3 ulas bawang putih
1/2  labu bawang besar Holland
Cendawan.( Shitake/Butang/lain-lain)
Cili api ikut kepedasan yang dikehendaki
Daun limau purut
Garam
Gula
Air limau nipis jika suka masam.

Sumber protin yang disukai (Udang/Sotong/Ayam)

Cara membuatnya :

  1. Panaskan butter/minyak masak.
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang holland. Tumis hingga layu sahaja.
  3. Masukkan paste tomyum dan paste cili. Kacau sebati.
  4. Masukkan udang/ayam/sotong. Tumis hingga separuh masak. Masukkan juga cendawan.
  5. Masukkan susu. Kacau.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Masukkan daun limau purut dan air limau nipis.
  8. Masukkan pasta.
  9. Kacau sebati dan cepat2 tutup api.
  10. Siaaaap. 
Selamat mencubaaaa...

Monday 30 September 2024

Moringga Masak Bening/ Sayur Air Moringga

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lalu bilik guru nampak ada satu plastik besar daun Ramunggai/Moringga/ Mungga. Ada cikgu yang sedekah tapi nampak takde orang ambik.

Mendengar Cik Wan suka makan daun Mungga ni, cleaner terus ambik dan letakkan di pejabat  Cik Wan.

Suka sangat makan telor dadar daun Mungga atau sayur air atau sayur lemak dengan ubi stelo.

Semalam dapat, hari ni baru sempat masak. 



Tak jadi telor dadar, sebaliknya Cik Wan masak air/bening campur cendawan dengan keledek purple. Kena pula dengan ayam goreng berempah panas2.. uuhhh nasib baik boleh kawal diri 🤪🤣🤣

Pagi tadi cikgu yang bawa daun tu siap bagi batang pokok Mungga untuk Cik Wan semai sebab Cik Wan dah lama mencari untuk ditanam di rumah.

Maka nikmat manakah lagi yang engkau dustakan?

Jom tengok resepi mudah tapi sihat ini.


Bahan-bahannya :

Pucuk Mungga secukupnya- basuh bersih dan bilas.

4 ulas bawang merah kecil

1 sudu lada hitam

2 peket cendawan tiram.

1 biji keledek.

Garam
Gula
Air secukupnya.


Cara menyediakannya;
  1. Tumbuk lumat bawang merah dan lada hitam.
  2. Masukkan dalam periuk, masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan keledek yang telah dipotong.
  4. Masak hingga keledek 3/4 masak.
  5. Masukkan daun Munggai dan cendawan.
  6. Masukkan garam dan gula.
  7. Kacau hingga semua bahan masak dan sudah sesedap rasa.
  8. Dah siap, best kalau ada budu atau sambal belacan dan ayam goreng atau ikan goreng..bertambah2lah nasi nanti.
Selamat mencubaaa..


Friday 27 September 2024

Tempe Goreng Mudah

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Jumaat penghulu segala hari.

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Walaupun Cik Wan orang Kelantan dan tidak dibesarkan dengan makanan ini, Cik Wan sangat sukakan tempe. Malah kalau sekadar nak makan kudap2, Cik Wan goreng je tempe dan cicah dengan sos cili. Tak sedar2 sepiring dah habis.

Hari ni Cik Wan kongsikan resepi sambal tempe mudah2 dan senang nak buat. Tapi sedapnya memang boleh menyebabkan kita bertambah2 nasi.

Bahan-bahannya: 

Dua keping tempe- potong nipis/kecil dan goreng hingga garing.

10 ulas bawang merah kecil/ 2 labu bawang merah besar*
2 ulas bawang putih*
1 mangkuk kecil cili giling/cili boh*

Semua bahan yang bertanda * dimesin lumat

Garam
Gula
Air asam jawa

Cara menyediakannya;
  1. Gunakan minyak lebihan goreng tempe tadi.
  2. Tumiskan semua bahan mesin.
  3. Sekali sekala masukkan air dan teruskan menumis (Cik Wan guna satu tumbler air paip)
  4. Tumis hingga naik minyak dan warna tumisan bertukar jadi gelap kemerahan.
  5. Masukkan air asam jawa. Tumis lagi.
  6. Masukkan garam dan gula.
  7. Bila sudah sedap dan cukup rasa masin, masam dan manis, tutupkan api.
  8. Sejukkan sebentar.
  9. Masukkan tempe dan kacau sebati.
  10. Siap.

Senang kan? jangan stress2...memasak tu mudah je. 
Selamat mencubaaa...




Ayam Kari Thai



 Assalamualaikum semua. Selepas 3 tahun, 5 bulan dan 5 hari berlalu....

Semoga semuanya sihat dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Hari ini saya kongsikan resepi kegemaran kami anak-beranak. Baru dua kali masak resepi ni tapi memang anak-anak sangat suka. 

Kari Ayam Thai. Tak tahulah authentic atau tidak. Maafkan saya kalau resepi tidak seasli resepi asal. 

Jom kita lihat bahan-bahannya.


Bahan utama

Seekor ayam dipotong kecil- boleh diganti dengan ikan.

Bahan bumbu : (Rujuk gambar)

Bawang Merah
Bawang Putih
Lengkuas
Serai
Cili Api
Cili Merah Besar
Belacan

Semua bahan di atas dimesin/tumbuk lumat.

Bahan-bahan perasa:

Belacan
Asam keping- 2 keping
Santan - saya guna 1/2 kg santan segar
Daun limau purut
Sos ikan
Garam
Gula

  1. Tumis semua bahan mesin dengan daun limau purut.
  2. Setelah pecah minyak, masukkan ayam. Masak hingga air ayam keluar.
  3. Masukkan santan dan asam keping.
  4. Masukkan garam, gula dan sos ikan.
  5. Kacau sekali sekala hingga ayam masak .
  6. Rasakan sama ada sudah cukup masin, masam dan manis. 
  7. Siap.
Selamat mencuba ya. 

Saturday 6 May 2023

Al Fatihah. Dua tahun pemergian..

 


Assalamualaikum.


Sekadar catatan memori.


Saya ambil masa yang sangat lama, memikirkan adakah perlu saya catatkan semua kisah perjalanan dan pegalaman serta perjuangan saya bersama anak-anak menjaga arwah ketika arwah sakit.

Disebabkan tempoh arwah sakit daripada Januari 2021 hingga 06 Mei 2021 adalah tempoh PKP, maka hanya saya dengan anak-anak sepenuhnya menjaga dan menyantuni arwah.

Kisah suka duka dan pahit jerih dan pada awalnya banyak juga kisah lucu yang tercipta sesama kami. 

Adakah perlu saya catatkan satu persatu di sini? Atau, hanya disimpan sebagai kenangan dalam memori kami masing-masing?

Sebenarnya tanpa catatan ini, kami tetap akan mengingati setiap detik yang dialami dan tidak pernah akan kami lupa sepanjang hayat kami. 

Kerisauan saya di mana adakah penulisan saya nanti akan menimbulkan fitnah dan perasaan riak di dalam hati secara tidak sengaja atau tidak terniat. Maka adakah keikhlasan saya dan anak-anak menjaga arwah akan terhapus begitu sahaja? Saya paling takut saya akan rugi di akhirat nanti. Nauzubillah!!


Maka, setelah sekian lama menyepi, hari ini saya membuat keputusan untuk tidak menyambung semula catatan "2021 yang menyakitkan".

Biarlah ia menjadi kenangan ekslusif saya dengan anak-anak, yang  dari semasa ke semasa akan kami imbau kembali. 

Kenangan dan pengalaman pedih kadang-kadang menjadi ingatan untuk kami kembali kuat, terus berusaha untuk bergerak ke hadapan. Jalani kehidupan dengan sebaiknya dan tetap bahagia dengan cara kami.


Kami berlima kuat. 

In sya Allah akan terus kuat. 





Friday 21 January 2022

2021 yang menyakitkan (Pt. 7)

16/02/202 (Selasa)


Saya menunggu Mr A daripada pukul 8.30 pagi hingga ke petang. Duduk di lobi hospital, masuk ke kafe, masuk ke surau dan balik semula ke lobi. Begitulah pusing-pusing. 

Tidak keruan perasaan ini. Tidak putus2 berdoa kepada Allah agar semuanya baik-baik sahaja. 

Hampir Asar, saya masuk ke surau untuk solat Asar. Sambil melunjur kaki sambil berWA dengan anak-anak. Tiba-tiba call masuk. Nombor yang tidak dikenali!! Dush..jantung saya hampir meletup. Saya angkat call sebab dah syak mesti dari klinik.


" Puan, sila naik ke atas. Doktor nak jumpa"


Saya panik, saya mula yakin bahawa diagnos daripada Kak Siti sebelum ini memang tepat. Allahhh, saya berlari naik ke tingkat satu.

Bila sampai, Mr A masih belum keluar dari wad. Ruang menunggu tinggal seorang dua pelawat sahaja. Bilik2 doktor yang lain dah tutup. 

Doktor Kumar nampak saya dan mengangkat tangan, wajahnya serius. 

"Kita tunggu your husband dulu ya"

Saya makin panik. Badan saya sekejap panas sekejap sejuk. 

Tiba-tiba saya nampak Mr A keluar, lemah sekali nampaknya. Saya pegang dan pimpin tangannya. 

"Sabar ya Za"

Allah, dia suruh kita sabar sedangkan yang sakitnya dia..begitulah Mr A.

Kami disuruh masuk.

Bagaimana Doktor? Tanya saya. 

" I'm sorry En Azhar...kenapa lambat datang. You are too late!!"


Allah, Allah, Allah

"Teruk dah ya Doktor? Tanya Mr A perlahan. 

"Ya, you ada kanser usus, sudah merebak ke hati you!!' Kalaulah you datang awal...


Doktor Kumar menunjukkan laporan CT Scan, menerangkan satu persatu ..

Saya menangis dan hampir meraung. Saya terjatuh dari kerusi. Mr A pegang bahu saya. 

"Sabar Za, sabar.." 

Sungguh!!! Saya ketakutan. Saya rasa macam sedang bermimpi. Saya rasa semua ini adalah mustahil, tak mungkin berlaku pada Mr A dan saya...tak mungkin!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...