Saturday, 26 October 2013

Gomo Kelate Gomo

Alhamdulillah..hampir semput tengok bola especially separuh masa kedua..terlompat2 saya hahahaha. Husband memang dah putus asa tapi saya macam biasa selalu optimis dengan team red warrior ni..alhamdulillah diizinkan Tuhan untuk ke final...



Sunday, 13 October 2013

Tapai Pulut

Tapai yang dibuat pada 3 petang 13/10/2013.
Menu wajib hari raya..tak kiralah raya puasa atau raya haji. Kali ni saya buat sendiri kerana Hari Raya Aidil Adha tahun ini disambut di Kajang sahaja. Tak balik kampung sebab cuti hanya sehari sahaja. Selalunya saya hanya membantu Mek atau MIL sahaja. Ikut kaedah yang biasa dibuat oleh mereka, harap-harap menjadilah hehehe.

Bahan-bahannya;
1 kg beras pulut- dicuci bersih dan direndam.
1 biji ragi
1 sudu gula

daun pisang dan lidi (boleh guna bekas plastik kalau suka atau boleh distapler sahaja daun pisangnya)

Koyak kecil-kecil dan lapkan bersih
Potong tajam lidi yang telah dicuci bersih
Ragi yang nak digunakan dijemur atau diletakkan di atas pengukus sambil mengukus pulut.



Cara-caranya.
  • Kukus pulut hingga naik wap.
  • Angkat dan kacau dengan 1 gelas air sejuk ( saya hanya siramkan pulut di dalam kukusan yang telah diangkat dari dapur sambil dikacau rata)-kukus sekali lagi hingga naik wap/masak.
  • Sejukkan dalam bekas yang lebar. (JANGAN terdedah kepada kipas- akan menyebabkan tapai keras/mentah)
  • Hancurkan ragi.

  • Tabur ragi ke atas pulut sekali lalu ke seluruh permukaan pulut dengan penapis teh.


  • Taburkan gula sekali lalu ke atas seluruh permukaan pulut.
  • Balikkan pulut dan ulang proses yang sama. 

  • Gaul pulut dengan rata- siap untuk dibungkus.






Cara yang biasa saya buat di kampung.

Untuk 1 kg beras pulut, saya dapat +- 40 biji tapai saiz satu sudu besar pulut. Masukkan semua tapai dalam bekas bertutup dan simpan tidak boleh dibuka hinggalah sekurang-kurangnya dua malam. Diharapkan pada pagi Selasa nanti tapai saya dah masak dan manis..amiinnn.


Ayam Panggang Ringkas

Sudah lama mengidam nak masak ayam panggang Rosemary seperti dalam blog Amie's Little Kitchen. Si Alis pun asyik dok tanya bila..bila nak buat. Saya kata tunggulah bila Aifaa balik cuti nanti. Akhirnya malam ni impian hampir terlaksana bila Aifaa balik cuti sempena Aidil Adha Selasa nanti. Semangat betul mamanya nak memasak hehehe.

Tapi...jeng..jeng..impian tetap tinggal impian sebab bila tiba saat nak memasak, semua bahan cukup melainkan ROSEMARYnya..aduuuuiiiiii!!!! Ingatkan dah ada dalam stok rupa-rupanya yilekkk :-(.

 Namun begitu misi tetap diteruskan dengan mengolah resepi asal Kak Amie ni dengan bahan-bahan yang ada di dapur sahaja. Masih menggunakan teknik yang sama, alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan. Maaf ye Kak Amie, pandai-pandai jer saya mengubah resepi ni hehehe.

Bahan-bahannya;

1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun Rosemary (saya ganti dengan 1 sudu besar mix herbs dan 1 sudu besar basil)
1 inci halia (saya ganti dengan 1 sudu besar serbuk halia)
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar (saya guna 1 sudu besar serbuk jintan manis)
2-3 sudu besar gula perang (saya ganti dengan 1/2 keping gula melaka)
2 sudu kecil garam
1 kiub ayam Knorr
2 sudu jus lemon (saya guna 1/2 biji jus lemon)
3 sudu besar minyak zaiton (saya guna minyak jagung)

5 biji kentang
2 biji tomato (saya tak letak)
6 biji baby karet (saya guna sebatang, dipotong kecil)
Sedikit mentega untuk sapu ayam

Cara-cara;

  1. Ayam dibersihkan, diperap cuka, dibilas dan ditoskan. (Cuka untuk membersih dan melembutkan lagi daging ayam).
  2. Bawang putih dimayang dan digoreng hingga kekuningan. Toskan.
  3. Tumbuk semua bahan rempah termasuk bawang putih yang telah digoreng.
  4. Masukkan minyak lebihan menggoreng berserta jus lemon. Jadi seperti gambar di bawah ini.
 
5. Gaul rata  rempah tadi ke atas ayam. Masukkan ayam dalam peti sejuk. Perap beberapa jam (saya perap satu jam sahaja)
6. Bersihkan kentang dan karet. Rebus dengan sedikit garam supaya 3/4 masak. Toskan dan lumur dengan rempah lebihan ayam tadi.
7. Masukkan ayam ke dalam dulang pembakar bersama kentang dan karet. Sapukan mentega ke atas ayam dan kentang.
8. Bakar selama 1-1 jam 30 minit dalam oven 170-180 darjah celcius.
9. Air yang keluar semasa proses pembakaran disiramkan sekali-sekala ke atas ayam .







Saya hidangkan ayam panggang ni dengan coleslaw dan sos black pepper, resepinya boleh ambil kat SINI. Sos ayam yang terhasil dalam bekas pembakar sangat sedap sekali. Zahirah yang tidak sukakan sos black pepper hanya gunakan sos ayam sahaja..mabeles sekali. Hidangan seekor ayam habis dinikmati oleh kami lima beranak kerana abahnya ada temu janji di luar.





p/s: Ayam Panggang Rosemary akan tetap dibuat nanti..hehehe

    Thursday, 10 October 2013

    Red Velvet cake lagi..


    Malam tadi dok melayan selera si Alis yang dah lama mintak mamanya buatkan RVC..masih gunakan resepi yang sama di SINI. Buat malamnya, sejukkan..pukul 5.30am baru sediakan cream cheesenya. Beria-ia si Alis nak bawak ke sekolah tapi tak jadi...malas nak berebut dengan kengkawan katanya..hiiisshhhh!! macam-macam.

    Last-last, mamanya yang bawak dua tiga potong ke sekolah untuk dikongsikan dengan kawan-kawan. Alhamdulillah...sedap kata mereka, hehehehe!!

    Wednesday, 9 October 2013

    Kerabu Sare (2)


    Alamak!!! ni jer gambar yang tinggal dalam hp.....kerabu sare yang saya bawak ke sekolah untuk jamuan pot luck.(edit: saya tukar gambar baru yang lebih jelas) Sebenarnya saya nak bawak menu lain tapi disebabkan Kak Faridah dok teringin nak makan kerabu kolagen versi kelate ni..saya turutkan jugaklah..nasib baik stok sare ni masih ada, kalau tak sare / rumpai laut aka kolagen yang saya beli dari Sabahlah jadi mangsa..

    Untuk resepi, boleh rujuk step by step cara membuatnya di SINI yer.

    Seronok juga bawak kerabu ni ke sekolah, sibuk benar saya dok jemput kengkawan dari Kelate makan..maklumlah perasan kerabu yang kita buat ni sedap..tak seperti yang dijual di pasar-pasar di Kelate tu..hahahah. Rupa-rupanya ada dua tiga orang memang tak makan kerabu ni..hhhmmmm samalah dengan Cik Abe kita di rumah tue..

    Orang kelate tak makan..ore luar pulak yang seronok dan teruja makan..hahahaha lepas ni ramailah yang awet muda..habis satu tupperware besar kerabu tu...liciiinnn!!!!

    Alkisahnya pulak...Kak Faridah MC hari tu ..huhuhu, tak ada rezeki dialah nampaknyaaa.



    Puding Roti Mudah


    Alhamdulillah, dapat juga saya mengepos menu baru selepas hampir dua minggu terhenti hehehe..maafkan saya.

    Puding roti ini mudah saja cara pembuatannya. Macam-macam resepi ada.Dulu-dulu saya suka kukus dulu pudingnya baru dibakar dalam oven..ntah kat mana saya belajarpun tak tahu. Tapi dah lama betul saya tak buat sebab anak-anak tak berapa suka. Sejak dah besar ni baru mereka mula sukakan menu ini..bolehlah mamanya asah balik skill buat puding roti ni..hehe.

    Kali ni saya buat trial and error sahaja..alhamdulillah menjadi jugak. Kita tengok bahan-bahannya yer
     Bahan-bahan utamanya:

    Roti- kalau boleh guna stale bread, kalau tak ada, yang baru pun boleh.
    Mentega/planta
    Kismis
    Badam hiris yang telah dibakar garing

    Sapu roti dengan planta, potong kecil, sedia untuk digunakan.



    Bahan-bahan pudingnya;

    200 ml susu segar
    4 biji telor
    1 cawan gula-boleh kurangkan jika suka kurang manis
    2 sudu teh vanilla

    - blend semua bahan hingga gula hancur, sedia untuk digunakan.


    Cara membuatnya;
    1. Susun roti dalam lapisan.
    2. Setiap lapisan ditabur dengan kismis dan badam.
    3. Buat sampai habis.
    4. Lapisan paling atas ditabur dengan kismis dan badam yang selebihnya. 
    5. Tuang sos yang diblend tadi. Biarkan sebentar sebelum dibakar.


     
    1. Guna kaedah water bath untuk bakar puding.
    2. Bakar lebih kurang 1 jam dengan susu 170-180 celcius.
    3. Dah masak boleh sejukkan dalam peti sejuk.



    Untuk sos kastad;

    2 cawan susu cair
    2 cawan air
    1 sudu kastad
    1/2 cawan gula
    Sedikit garam.
    1 biji kuning telor
    2 sudu esen vanilla.

    1. Campurkan semua bahan dalam blender kecuali vanilla.
    2. Blend hingga sebati.
    3. Tapiskan ke dalam periuk.
    4. Masukkan esen vanilla.
    5. Kacau hingga menggelegak. Siap.
    6. Sejukkan dalam peti sejuk.
    7.  Sedia untuk dihidangkan.

    Wednesday, 2 October 2013

    pause!!!

    Allahuakbar..mohon maaf banyak-banyak kepada semua pengunjung blog Cik Wan ni. Memang sibuk sesangat dan tak cukup masa nak up date resepi-resepi dari dapur kesayangan..bukan tak masak..hari-hari masak tapi tak sempat nak ambik gambar dan nak update.

    Bermula dengan kedatangan Mek dari kampung pada 17 September lepas hinggalah kenduri kesyukuran untuk memohon keselamatan dan kelancaran abang dan kakak ipar yang akan ke Tanah Suci pada 22 September, memang rumah saya sangat sibuk dengan kehadiran tetamu yang tidak putus-putus.

    Lepas tu bersambung pulak dengan menanda kertas percubaan SPM...aduhhh, memang tak boleh nak joli-joli masak dan update resepi.

    In Sha Allah...lepas ni saya akan cuba up date resepi-resepi mudah dan ringkas untuk anda semua cuci mata mahupun mencuba sendiri...bye..bye !!!






    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...