Friday 31 August 2012

Kek Batik


Satu lagi resepi mudah, pindahkan dari FB sendiri tadi...senang sikit kengkawan nak tengok kan?

Bahan-bahannya:

1 cawan susu pekat
2 cawan milo
1 cawan butter
1 cawan nestum
1 sudu esen vanilla
1 sudu koko
3 biji telor
saya masukkan sedikit serbuk nescaffe untuk kelainan...hihi
1 bungkus biskut marie (patah 4)

Cara-cara memasak;

Satukan semua bahan kecuali nestum dan biskut marie.
Kacau atas api...bila dah sebati masukkan nestum. Agak-agak nestum dah masak, masukkan biskut marie...kacau hingga rata. Masukkan@ tuang dalam bekas.

Sebelum tu, alaskan bekas dengan plastik (cling plastic pun boleh).Masukkan adunan biskut hingga habis. Gunakan plastik lain, alas bahagian atas adunan. Gunakan kain untuk tekan-tekan adunan hingga padat dan rata. Sejukkan. Alas plastik ni akan menyenangkan masa nak menekan padat dan masa nak potong nanti....selamat mencuba yer..

Ikan Singgang

Alamak!!! ike singgang?...hahahaha...dah tak ada resepi lain ke nak post...hahaha...semua orang tahu masak resepi ni?..betul tak?

Tak apalah....ike singgang ni bagus untuk sesiapa yang tengah berdiet, tengah dalam pantang untuk turunkan kolestrol ataupun pantang sakit yang lain...cuma kalau pantang sebab luka tu..tak bolehlah guna ikan aye @ tongkol...gunalah ikan yang tidak berbisa atau beri mudarat. Saya pulak kalau tengah pantang diet memang tak boleh masak lauk ni...bukan apa, sedar tak sedar dah bertambah-tambah nasi pulak..apatah lagi kalau ada ulam-ulam..walamakkk..hancusss dietku..

Ikan yang selalu saya gunakan untuk singgang ialah ikan tongkol, ikan kembung, ikan tenggiri dan ikan merah..dan kadang-kadang ikan selar kuning...kalau kembung pula yang kecil-kecil cinoni tu...wahhh sedap betul kalau singgang. Resepi ni berbeza cara masak dan bahannya mengikut kebiasaan masing-masing tapi bahan asas ialah bawang putih, lengkuas dan asam keping. Kalau mek saya yang masak dia akan masukkan sedikit halia dan kunyit, tapi masa mula-mula kawin dulu saya buatkan ikan singgang versi ni hubby kurang sedikit sedangkan ikan singgang ni kegemaran dia.

Balik kampung mentua, suruh dia ajarkan cara masak yang dia biasa buat..hehehehe..dengan suka hati dia tunjukkan dan lepas tu..beresss...dah lulus...hahaha, even mekpun dah sukakan cara saya menyinggang ikan ni...tambahan lagi kalau kepala ikan tenggiri...waduuhhh..terangkat!! Banyak pula sembang..jomlah..ini resepinya..

Bahan-bahannya;

Seekor ikan tongkol (potong nipis, basuh dan rendamkan dalam air asam jawa/cuka sebentar, toskan)
10 ulas bawang putih- ketuk untuk pecahkan sahaja, nak hiris pun boleh
5 ulas bawang merah dihiris- kadang-kadang saya tak letakpun.
2 inci lengkuas, dihiris nipis.
3 biji cili besar/cili api/cili keringpun boleh
3 biji bendi- kalau suka
5-6 potongan nipis timun- kalau suka
3-4 keping asam keping/gelugor

untuk perasanya:
Sedikit garam (siapa yang suka boleh tambahkan dengan sedikit budu..jangan cakap..eeeeeee!!! belum cuba belum tahu ye..heheh)
Sedikit gula- paling best gunakan gula nise @ gula kabung @ gula melaka
Secubit ajinomoto-bagi sesiapa yang gunalah

Cara-caranya:

Masukkan ikan dalam periuk
Masukkan air untuk kuah secukupnya (Biasanya saya lebihkan air sebab nanti kuah akan kering sedikit bila direbus lama)
Masukkan semua bahan termasuk bahan perasa sekaligus kecuali bendi (kalau guna bendi, kena masukkan bila masa hampir diangkat)

Letakkan di atas api yang perlahan dan biarkan singgang masak dengan rasanya sudah mesra (masin, manis, masam) agak-agak dalam 20 minit adalah...jangan sampai kuah kering sudahlah ...hehehe
Siap!!

Singgang ni boleh dihidang bersama ulam-ulaman dan budu, ikan masin goreng dan nasi panas-panas.
Selamat mencuba bagi yang belum biasa dan yang dah biasa dan terrer tu..jom kita layan ikan singgang hari ni..byeee!!

Sunday 26 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Gambar ambik kat sini, cantik pulak tengok suasana kampung cik abe warna hitam putih..macam dolu-dolu gitu..

Salam Aidilfitri semua, maaf zahir dan batin...baru berkesempatan mengupdate blog ni...hampir seminggu tak menjeguk, nasib baik tak bersawang..maklumlah sibuk beraya ditambah internet pulak slow mengalahkan siput...mana ada can nak berblog..

Tahun ni giliran beraya di kampung cik abe..nun di Tumpat sana...masih kekal dengan suasana desa sama ada suasana persekitarannya mahupun hubungan sesama ahli masyarakatnya..adat tolong menolong dan ziarah menziarahi masih tebal diamalkan di sini. Cuti hampir seminggu digilirkan seoptimumnya di antara rumah saya dan rumah cik abe..hehehe...ni untung kawin orang senegeri...hihihi...tak sampai 30 minit perjalanan di antara kedua-dua rumah..

Penat sungguh rasanya raya ni..memasak untuk kedua-dua rumah memang menguji kekuatan fizikal dan mental (huhuhu...masakpun pakai mental...you all apa tahu?..hahah) masak nasi minyak..5 kilo rumah MIL hari raya pertama dan 5 kilo rumah Mek hari raya kedua..10 kg beras semuanya...berlaukkan ayam kurma, kari daging, acar jelatah dan pelengkap tongkol kicap kegemaran semua...nasib baik rumah MIL masak bersama-sama dengan makcik dan rumah mek dibantu oleh anak-anak dara dan mak dara...ringan sikit kerja...thanks all....tapi yang pasti saya dan suami naik muak tengok nasi hujan panas tu..kami cari nasi putih dengan ulam dan budu jer..hahaha

Alhamdulillah, hari raya tahun ni berlalu penuh kegembiraan...sedikit sebanyak skandal??? tu tak menjejaskan perasaan dan kebahagiaan kami semua...insyaAllah..semoga semua yang terlibat mendapat rahmat dan hidayah serta keampunan dari Allah SWT...amin.

Oklah..lepas ni saya akan kongsikan lagi resepi-resepi kegemaran terutama warisan keluarga saya yang jarang-jarang dilihat sekarang ni dan ramai yang tidak tahu membuatnya...insyaAllah..Selamat Hari Raya sekali lagi dan maafkan saya jika ada tersilap tulis dan terkasar bahasa...byeee...

 

Sunday 12 August 2012

Butir Nangka @ Pengat Biji Nangka

Banyak kenangan betul menu dessert ni...terkenangkan arwah Mok (nenek) yang mengajarkan dan memperkenalkan masakan ni puluhan tahun yang lalu..Al-Fatihah untuknya..

Saya cukup tak suka bila arwah masak Butir Nangka ni..maklumlah zaman dulu punya stail, butirnya besar..memang sebesar biji nangka betul...apa lagi hampir mati saya dek terlekat kuih ni..huh, tobat tak makan lagi dah...tapi saya sukakan kuahnya...lemak manis...sedappp. Teringat masa tu, dah niat dalam hati..kalau aku masak sendiri, aku akan buat kecil-kecil cinoni je...hahahaha..memang dah inovatif masa tu...

Tapi kali pertama masak sendiri kuih ni pun penuh nostalgia..hahahaha...seperiuk buang kat perdu pisang...hampehhhh..
Saya cuba memasaknya sendiri masa berumur 14 tahun..nampak ada sepeket tepung beras, apalagi senyap-senyap buat sendiri...dah siap..alamak..kenapa keras je ni?...kakak saya datang mengetest..aiikkk kenapa keras...???...Cek punya cek...alamakkkk...tepung beras lah...bukan tepung beras pulut..huhuhu..apalagi, seperiuk la buang..sape nak makan?

Butir Nangka kat atas ni adalah hasil bantuan anak kedua saya Nur 'Aifaa..harap-harap dia dapat mewarisi bakat memasak nenek moyangnya...minatttt sangat memasak budak ni...

Okaylah...kita tengok bahan-bahannya;

1/2 peket tepung beras pulut.
1 sudu kecil air kapur
Air daun pandan, pewarna merah dan kuning
1 helai daun pandan
1 sudu kecil halba
1 biji kelapa ambil santan
1 sudu kecil tepung jagung
1 cawan gula (ikut sesuai ye..masukkan sikit-sikit)
Sedikit garam.

Untuk butirnya;
Masukkan tepung dalam mangkuk. Masukkan air kapur dulu...uli. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga lembut (boleh rujuk gambar onde-onde) untuk lihat tepung yang siap diuli..sama je)
Dah lembut dan boleh digentel, bahagikan kepada tiga bahagian. Masukkan pewarna hijau, merah dan kuning untuk setiap bahagian.Siap untuk digentel/butirkan. Rehatkan adunan untuk membuat kuahnya.

Buat kuah dahulu.

Kacau santan atas dapur dan masukkan daun pandan, garam, gula dan halba. Bila dah menggelegak, masukkan air tepung jagung untuk memekatkan. Kecilkan api dan tunggu untuk dimasukkan butir nangkanya.

Memasak butirnya;
Panaskan air rebusan (sama macam merebus onde-onde). Gentelkan biji nangka..bulat-bulatkan dan gentel memanjang sikit untuk dapatkan bentuk bujur (oblong). Masukkan dalam air rebusan..dah terapung, angkat, toskan dan masukkan terus ke dalam kuah tadi. Buat sampai habis...siap...!!

NOTA;

-Ada orang kata boleh gentel dan masukkan terus ke dalam kuah..butirnya akan masak juga. TAPI saya tak pernah cuba cara tu..terpulanglah..mana satu cara yang nak diikut...saya rasa kalau butirnya kecil, memang boleh kot...hehehe..cubalah ye..
- Ada orang tidak sukakan bau halba dan tak dimasukkan..boleh ajaaa..kita yang nak makan kan?
- ada orang gantikan halba dengan halia...pun boleh...hehehe
# yang penting kita mesti mahu rajin untuk ke dapur...baru boleh try..selamat memasak ye..

Siakap Tiga Rasa

Maaflah gambar tak cantik..hehehe, biasalah ambil gambar lama ni..dah ada dalam FB, upload sajalah...bolehkannn?
Sebenarnya sayapun dah konpius mana satu tiga rasa dan mana satu sweetsour..apa bezanya?..mintak sesiapa yang tahu tolong terangkan kepada kita semuakan..yang saya tahu kedua-duanya ada rasa masam, masin dan manis...hahahah
Resepi hari ini saya dah ubah suai ikut kesesuaian tekak sendiri dan juga anak-anak..hahahah, tak kisahlah, yang penting sedap..kalau tak, segan juga nak share kat sinikan...hehehe, kalau sesiapa nak mencuba, silakan ye..

Bahan-bahannya;
1 ekor siakap dibelah tak putus. Bersihkan dan perapkan dengan garam dan lada sulah. Masa nak menggoreng, taburkan sedikit tepung jagung untuk garing.

Sosnya;
5 ulas bawang merah-mesin
3 ulas bawang putih-mesin
1 inci halia-mesin
5 biji cili kering-mesin@ 2 sudu serbuk cili
3 sudu @ lebih sos cili/sos cili Thai
2 sudu sos tiram
1/2 tin nenas kiub/keping (termasuk jusnya sebagai ganti sos tomato)
Garam dan gula (Jika perlu-sebab sos yang digunakan sudah masin dan manis serta ikan juga sudah masin)
Cili merah dan daun ketumbar sebagai hiasan.

Cara-caranya;
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan yang dimesin hingga terbit  minyak. Masukkan sos cili, sos tiram. Garam dan gula. Kacau.
Masukkan jus nenas dalam tin tadi dan perisakan. Biar ada masin, manis dan masam. Jika kurang masam, masukkan air asam jawa sedikit. Masukkan nenas kiub yang dipotong kecil. Siap.

Tuangkan sos ke atas ikan yang telah digoreng dan hiaskan dengan cili potong dan daun ketumbar..done!!!

Selamat memasak..

Daging dan Hati Masak Lada Hitam @Blackpepper Beef

Salam...
Senang je masak lauk ni..boleh disiapkan awal bahan-bahannya dan goreng masa sahur nanti...makan panas-panas...uiihhh, bertambah-tambah nasi anak-anak makan.

Bahan-bahannya ialah;
1/2 kg daging, nak campur dengan hatipun best, nak buat satu-satupun best..paling bagus gunakan batang pinang/tenderloin..sekejap je masak..
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam
2 sudu sos tiram
2 sudu air asam jawa
Sedikit minyak masak untuk menggoreng.
Sedikit kicap manis- terpulang berapa sudu..kalau suka hitam, masukkan lebih
Kacang panjang, cili merah dan hijau, bawang besar dipotong .

Cara memasaknya;
Tumbuk/mesinkan bawang dan lada hitam. Masukkannya ke dalam daging yang telah dipotong nipis dan dibersihkan.
Gaulkan sebati bersama sos tiram dan kicap. Perap. Kalau buat untuk sahur, perap dalam peti sejuk. Kalau untuk makan la ni...perap sekejap je dan tak payah masuk peti sejuk.
Masukkan daging yang diperap tadi dalam kuali dan masukkan secawan air.
Kacau perlahan-lahan hingga air hampir kering atau daging empuk.
Masukkan minyak masak dan kacau goreng daging sebentar.
Masukkan air asam jawa dan garam jika masih perlu.
Bila hampir nak diangkat, masukkan bahan sayurnya. Kacau sebentar...done!!!
Ringkas dan mudah kan?
Selamat mencuba..





Sunday 5 August 2012

Nasi Minyak ala Nasi Hujan Panas

Semua orang pandai masak nasi minyakkan? Saya cuma ingin kongsikan nasi minyak versi saya, mana tahu ada adik-adik kita yang tidak tahu memasak nasi ni..raya ni bolehlah cuba masak untuk keluarga..
Saya kata ala nasi hujan panas kerana warna warni nasinya...setahu sayalah, nasi hujan panas ni gunakan air rebusan daging dan daun ketumbar..wallahualam..

Jom tengok bahan dan cara masaknya.

Bahan;
2 pot beras Basmathi-dibasuh dan toskan kering.
3 pot yang sama air (ada orang gunakan sukatan yang sama dengan beras, tapi saya dapati nasinya terlalu berderai dan keras..saya lebih suka sukatannya lebih...terpulanglah, trial and error)
2 sudu minyak sapi
3 sudu minyak masak
1/2 cawan susu sejat/susu segarpun boleh...jangan susu pekat sudahlah
2 helai daun pandan
1 labu bawang besar dimayang halus/dadu
3 ulas bawang putih dimayang nipis/dadu
1 inci halia dimayang halus
3 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan
1/2 cawan kismis kuning/hitam-rendam dalam air panas
1/2 cawan biji gajus -digoreng terlebih dahulu
pewarna hijau, merah dan kuning
garam

Cara memasaknya;
Saya gunakan rice cooker..senang aka malas..hahaha

Panaskan ricecooker, masukkan minyak sapi dan minyak masak.
Bila dah cair, masukkan bahan bawang dan halia. Kacau hingga jernih dan masukkan rempah kasar. tumis sekejap.
Masukkan daun pandan.
Masukkan air,garam dan  tanak hingga menggelegak.
Masukkan susu. Masak sekejap.
Masukkan beras, kacau dan tutup periuk.

Bila hampir kering, kacau dan masukkan kismis serta biji gajus.
Titikkan beberapa spot untuk setiap warna merah hijau dan kuning. Biarkan nasi masak.

Bila nasi masak, gemburkan nasi dengan garfu...dah siap...senangkan?..

Masak untuk raya ni kan best...padankan dengan kurma ayam, kuzi, dalca, acar rampai, sambal belacan....huhhhh...mentua lalu kat belakang sure tak nampak..hihihi..ok..byee..

Saturday 4 August 2012

Calamari Butter


Ramai yang suka makan butter prawn, jangan tak tahu butter calamaripun sedap juga dan bahan, cara penyediaannyapun sama...jom tengok,

Bahan-bahannya;
Seekor sotong besar, potong dan toskan. Perap dengan garam, kunyit dan serbuk kari sedikit.

2 biji kuning telor. Kacau dan masukkan sedikit garam dan lada sulah.
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
1 tangkai daun kari
5 biji cili api dipotong.
Garam dan gula.

Cara-cara membuatnya;
Mula-mula sediakan telornya.
Panaskan minyak (lebih sikit). Masukkan telor yang sudah dikacau tadi perlahan-lahan. Pada masa yang sama sebelah tangan lagi mengacaunya secara bulatan menggunakan copstik. Masukkan hingga habis dan kacau tanpa henti hingga warnanya jadi sedikit kuning keperangan. Angkat, tapiskan dan simpan dalam bekas tertutup. Siap.

Dalam minyak yang sama (kalau banyak, keluarkan sedikit) goreng sotong tadi. Lebih kurang 2-3 minit sahaja. Jika lama, sotong akan jadi liat. Angkat dan toskan.

Panaskan mentega dalam kuali bersih dan masukkan sedikit minyak untuk elakkan mentega hangus. Dah cair masukkan daun kari dan cili padi. Kacau sebentar.
Masukkan susu segar, kacau hingga berbuih-buih. Masukkan sotong dan kacau rata.
Masukkan gula sedikit dan masukkan telor goreng tadi...kacau cepat-cepat dan tutup api. Siap.

Tak susahkan?...bila dah biasa, semua benda kita boleh goreng cara ini...apa lagi?...jom masak..
Yummyyy!!! Selamat mencuba..

Ondeh-ondeh (onde-onde)

Ini kuih lama kelate..dari kecik sampai besar dan veteran makan kuih ni..kuih kekah ca' ore kelate kato...hahahaha..

Bahan-bahannya ialah;

Sepeket tepung pulut 250 gm (saya buat separuh peket je..dah cukup untuk saya sekeluarga)
2 keping gula nise, potong dadu ..elok guna gula kabung untuk lebih sedap. Saya guna yang biasa.
1 sudu kecil air kapur
2 mangkuk air daun pandan- boleh campur dengan pewarna hijau epal kalau suka. Saya tak campur.
1/2 biji kelapa parut muda digaul garam(1 sudu kecil garam) dan sedikit gula. Paling sedap dan cantik kelapa parut sendiri cara memanjang- saya punya beli kat kedai Aceh je...tak puas hati..tak puas hati.

Sediakan air rebusan.

Cara-cara membuatnya:
Masukkan air daun pandan dan air kapur tadi sedikit-sedikit ke dalam tepung sambil diuli hingga adunan menjadi seperti ini.

Nise dipotong kecil..tak boleh besar sangat, nanti susah nak dibungkus dengan tepung dan lambat cair bila direbus nanti...tak sedap jika nise dalam ondeh-ondeh tak cair.
Sekarang, bolehlah dibungkus nise tadi dalam adunan tepung yang telah diuli. Cubit sedikit tepung, leperkan dan masukkan nise. Bungkus nise tadi dengan kemas (kalau tak, buahnya kan pecah dan nise akan terkeluar, tak cantik). Pastikan air rebusan sudah menggelegak. Siap satu, masukkan terus dalam air rebusan.

Rebus hingga masak. Ondeh-ondeh akan terapung dan menari-nari dalam air supaya nise cair. Tapi jangan lama sangat. Biarkan sebentar baru diangkat dengan penapis kecil/senduk berlubang sambil ditoskan. Terus masukkan dalam kelapa yang telah disediakan.
Kelapa digaul sedikit garam dan ditekan-tekan sedikit. Masukkan ondeh-ondeh yang siap direbus dan golek-golekkan supaya kelapa terlekat pada ondeh-ondeh. Masukkan dalam piring. Siap!!
Kelapanya tak cantik...tapi oklah...puas hati buat sendirikan?
NOTA;
Ini resepi asal turun-temurun keluarga saya.Hanya gunakan tepung beras pulut semata.
Ada resepi yang campurkan tepung beras pulut dengan tepung beras biasa, ada yang campurkan dengan tepung gandum dan ada juga yang campurkan dengan tepung ubi...terpulanglah...kita yang buat diakan?..Ada yang bulat besar dan gemuk dan ada yang kecil molek...ikutlah saiz yang sesuai dengan selera kita sendiri...tiada masalah...selamat memasak..

Kerabu Jantung Pisang Kelate

Assalamualaikum..
Apa khabar hari ini? Semoga sihat sejahtera hendaknya. Menu apa agaknya nak dimasak hari ini? Atau mungkin hari ini nak menjeguk-jenguk pasar ramadhan yang berdekatan?...hahaha..apapun selamat memasak atau selamat membeli-belah.
Hari ini saya ingin kongsikan resepi kerabu kegemaran saya yang telah saya ubah suai sedikit mengikut apa yang ada dalam peti ais...tapi rasanya boleh tahan sedap jugak cuma kurang pekat dan kurang berlemak macam kerabu Kelantan yang biasa.

Bahan-bahan yang saya gunakan ialah;

Sebiji jantung pisang- dipotong nipis melintang dan rendam dalam air garam sebentar. Perahkan sedikit untuk membuang getahnya dan direbus. Masukkan sedikit lagi garam dan rebus hingga empuk. Ketepikan.

Semangkuk kerisek- kelapa parut digoreng perang dan ditumbuk lumat (tak payah sampai keluar minyak)
5 ulas bawang merah
1 sudu kecil lada hitam
1 mangkuk perut lembu yang direbus dan dipotong nipis
Cili padi dipotong (berapa biji, ikut suka)
Sebiji limau nipis yang sederhana besar (kalau besar sangat ambil separuh sahaja)
Garam dan gula.
Semangkuk santan pekat.
* bahan asal yang saya tidak masukkan di sini ialah isi ikan rebus/bakar- sebab saya rasa cukup dengan perut sahaja. Nak masukkan kedua-duanya boleh atau salah satu bahan sahajapun boleh.
* santan yang saya gunakan semangkuk kecil sahaja, kalau suka berkuah, boleh dilebihkan santannya ye.

Penat sangat, tak tertumbuk rasanya kerisek tu...kasar semacam je...nak sedap tumbuk lumat ye!

Jantung yang siap direbus
Ehhhh!!! mana pulak gambar perut ....sabo je lah...Si Zahirah dah delete dah...aduhhh...macam ni lah kalau banyak sangat tangan..
Tak apalah...bila dah siap, rupa macam nilah kerabu tak berapa lemak saya...hahaha, bagus untuk kesihatan ni...hahaha, ayat memujuk diri sendirilah ni...

Campurkan semua bahan yang disiapkan tadi di dalam mangkuk besar. Perasakan. Siap. Kalau lama lagi nak makan, boleh disimpan dalam peti ais. Saya biasanya sediakan atau campurkan kesemua bahan bila dah hampir masa untuk makan...barulah fresh rasanya.
Tak cantik sangat..kalau mek atau mak mertua tengok ni...hhmmm...tak pas lagi ni...hihi
NOTA:
Bahan asas kerabu kelantan ialah kerisek, isi ikan,bawang merah,lada hitam dan  santan termasuk gula, garam dan asam.
Jadi terpulanglah kepada kita kalau nak mengubahsuainya mengikut selera sendiri.
Ada orang suka tukar atau tambah bahan lauknya seperti perut atau kerang rebus.
Malah ada juga yang suka masukkan daun kesum, bunga kantan dan serai yang dihiris halus.
Macam saya kata, lain orang lain versinya. Lain tempat lainlah bahannya...ikut apa yang ada atau mudah diperolehi di kawasan mereka.

Oklah...selamat mencuba. Kalau tak ada jantung pisang boleh gunakan pucuk paku (rebus) atau timun (mentah), atau kacang panjang (mentah), atau taugeh....mana-mana yang sesuailah...hihihi...ciao!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...