Friday 20 November 2020

Ikan Percik Kelantan

 


Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah, semoga sahabat dan tetamu cikwankitchen sihat dan bahagia sentiasa. Jom kita tengok resepi dan cara buat ikan percik. 

Bahan-bahannya;


6 ekor ikan kembung/mata besar-  lumurkan dan perap dengan kunyit, halia, bawang putih dan garam yang ditumbuk lumat dan bakar ikan hingga masak.


1 biji kelapa parut ambil santan pekat (saya guna 1 1/2 biji kelapa untuk kuah lebih)
5- 7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3-4 biji cili kering
2  keping asam keping
Gula
Garam


  1. Blend semua bahan kecuali asam keping.
  2. Masukkan dalam santan.
  3. Masukkan asam, garam dan gula.
  4. Kacau hingga pekat dan pecah minyak.
  5. Bila ikan sedang dibakar, sapukan sedikit kuah percik- macam kita bakar satay.
  6. Bila siap bakar, letak ikan atas pinggan hidang dan tuangkan baki kuah percik.
  7. Siap!!.

Saturday 14 November 2020

Tom Yam Bersantan / Tom Kha Kung

 


Assalamualaikum dan selamat pagi. Jom kita tengok resepi Tom Kha Kung (Rebus Lengkuas Udang). Ala-ala tomyam tetapi menggunakan santan segar.


Bahan-bahan yang digunakan seperti dalam gambar di atas. 

3 mangkuk santan 
7-8 potong hirisan lengkuas
2 batang serai diketuk dan potong pendek
1 ulas bawang merah
3-4 helai daun limau purut
1 biji tomato-potong 4
4-5 biji cili padi diketuk
Semangkuk udang
Semangkuk cendawan
Garam
Sos ikan
Gula
Air asam limau nipis
Daun ketumbar sebagai hiasan.


Cara menyediakannya:
  1. Panaskan santan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali udang, cendawan dan air asam limau.
  3. Kacau hingga mendidih.
  4. Masukkan udang dan cendawan. Kacau hingga udang masak.
  5. Tutup api, masukkan air asam limau nipis. Siap.
  6. Hidangkan dengan taburan hirisan daun ketumbar.




Wednesday 4 November 2020

Daging Singgang Kelantan

 


Resepi kedua petang ni. Daging Singgang Kelantan yang sangat sedap. Jom lihat resepi di bawah ya. Untuk video cara memasak, boleh follow ig cikwan_kitchen ya. 


Bahan-bahan;

1 mangkuk hirisan daging- Cik Wan guna daging tempatan bahagian peha dan keting.
1 labu bawang putih- ketuk

2 ulas bawang kecil-hiris
2 inci lengkuas- hiris nipis
1 inci halia-hiris nipis
1 sudu besar rempah ketumbar-tumbuk halus

4-5 keping asam (kalau besar 3-4 keping dah cukup)
1 biji cili kering- tumbuk

Garam
Gula
Ajinomoto- optional


Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Masukkan air (banyak)
  3. Rebus hingga daging empuk- tambah air jika daging belum empuk.
  4. Siap. Mesti ada masin, manis dan masam)

Mee Goreng Talam

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama tak bersiaran. Semoga sihat selalu ya. Jom kita lihat resepi ulangan Mee Goreng Talam yang enak ni.

Bahan-bahan Mee Goreng Talam.

2 peket mee kuning
Udang
Fish cake/Fish ball
1 ikat kangkung disiang- saya gantikan dengan sawi dan kubis
1 biji cili merah besar dihiris

3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah.
1/2 sudu serbuk cili
Sos cili
Kicap manis
Garam
Gula jika perlu


Cara-caranya;

  1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah hingga lumat.(kalau blend, pastikan tumis hingga airnya kering)
  2. Tumis bawang hingga wangi dan masukkan serbuk cili. Kacau sebentar.
  3. Sambil tu, basuh bersih-bersih  mee dan toskan kering.
  4. Masukkan udang dan fishcake ke dalam tumisan. Kacau hingga udang masak.
  5. Masukkan sos cili.
  6. Masukkan sayur, sedikit garam dan kicap. Masukkan sedikit sahaja air. Kacau hingga sayur layu.
  7. Masukkan terus mee dan kacau rata. Rasakan meenya. Jika kurang masin boleh tambah kicap atau garam dan jika kurang manis tambahkan gula.
  8. Kacau  sehingga bahan bergaul rata dan mee cukup masak. Mee yang dah siap agak kering. 
  9. Hidangkan mee dengan air lada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...