Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ke 13 PKP. Semoga kita semua dilindungi dan wabak ini diangkat pergi oleh Allah SWT. Jangan putus2 berdoa dan memohon pertolongan daripadaNya. Dialah sebaik2 Pelindung dan Dialah sebaik2 Pemberi Pertolongan. Amiin.
Cik Wan ambil kesempatan semasa PKP ini untuk buat taugeh sendiri. Masih ada sepeket kacang hijau dalam 200gm agaknya. Separuh peket Cik Wan semai untuk dapatkan taugeh. Tak berapa menjadi dan taugeh Cik Wan pendek2. Semalam Cik Wan semai lagi tapi dalam bekas yang lebih besar. Mudah-mudahan , kejadiannya lebih panjang dan lebih gemuk hehehe.
Dapatlah sebanyak seperti dalam gambar di atas. Cik Wan buat kerabu je sebab hanya Cik Wan dgn Mr A yang makan taugeh, anak2 memang tak suka. Jom kita tengok resepi ringkas Kerabu Taugeh ni. Sangat sedap untuk diratah atau dimakan dengan nasi.
Bahan-bahannya:
Semangkuk taugeh- celur sebentar dan toskan airnya.
3 sudu kelapa disangrai*
Sedikit belacan digoreng tanpa minyak- guna kuali yang sama selepas goreng kelapa.*
3 ulas bawang merah dimayang
1 biji cili padi*
Segenggam ikan bilis- rendam dengan air panas sekejap dan toskan*
Garam
Gula
Air asam limau
Cara-caranya:
- Tumbuk semua bahan bertanda *. Masukkan dalam mangkuk taugeh.
- Gaul sebati bersama garam, gula, asam limau dan bawang hiris.
- Siap.
Kalau tak ada taugeh, boleh je ganti dengan sayur lain seperti timun, selom, peria, kacang panjang, daun bayam brazil dan macam2 sayur lagi sama ada nak buat mentah ataupun dicelur dahulu. Sangat sedap dan membuka selera. Pastikan rasanya masam2 manis..sedap untuk diratah. Selamat mencuba.
p/s : Masa menggaul tu Cik Wan suapkan sejemput dalam mulut Alis yang tak suka makan taugeh sebelum ni. Hahaha...lepas tu separuh mangkuk memang habis kat dia je. Siap suruh mamanya semai lagi yang baki separuh peket. Haa..ambik..penangan kerabu mamanya...