Thursday, 28 December 2017

Vietnamese Spring Rolls


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga semuanya sihat dalam keadaan sibuk di penghujung tahun 2017 ini. Sibuk dengan keperluan anak-anak yang akan kembali ke sekolah pada 2/1/2018 nanti. Semoga semuanya lancar dan dipermudahkan Allah hendaknya. Ramai sahabat yang baru kembali dari Tanah Suci Mekah yang tidak berapa sihat, semoga cepat sembuh dan kembali cergas seperti sediakala. Kepada yang kurang sihat cepat-cepatlah dapatkan rawatan ya. Tolong doakan juga sahabat Cik Wan dari sejak zaman di UUM lagi, kawan sebilik Cik Wan yang disahkan kanser payu dara dan telah menjalani pembedahan beberapa hari lepas agar kembali pulih seperti biasa. Semoga Allah mengurangkan sakitnya, memberikan beliau kekuatan dan kesabaran bagi menghadapi ujianNya ini. Amiiin.

Hari ini Cik Wan kongsikan menu kegemaran Cik Wan dan anak-anak iaitu Vietnamese Spring Rolls. Lama dah teringin nak membuatnya tapi tidak ada kesempatan untuk mencari paper rice untuk kulit rolls ini. Kali ni sempat singgah di Jaya Grocer KLIA2 semasa menjemput Alis yang balik untuk study leave. Apa lagi..terus jalan perancangan yang terbengkalai selama ni hehehe.

Ini paper rice dari Vietnam yang ada tanda halal.


Ini sayur yang Cik Wan guna;

Salad/ iceberg lettuce
Timun
Taugeh
Daun Pudina
Lobak Merah
Daun Ketumbar
Daun Selasih

Untuk lauknya
Udang rebus yang dibelah 2 @
Isi ayam rebus


Boleh refer video di atas ya. Cik Wan suka jncookingchanel ni.


Kalau anda perasan,  Cik Wan punya rolls tidak berapa kemas lagi..nanti dah selalu buat oklah hehehe. Practice makes perfect kan?

Untuk sosnya Cik Wan guna sos sendiri..Thai punya hehhe..pandai2 pulak tukar.

Bahan sos;

Air suam
Gula/gula padi
Garam/sos ikan
Akar ketumbar/batang ketumbar
Cili padi
Bawang putih
Limau nipis

Tumbuk semua bahan dan bancuh dengan air serta air asam limau.
Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar.

Ada juga sos kacang, tapi Cik Wan tak berapa gemar. Boleh gugel untuk resepinya ya.


Kalau beli yang dah siap agak mahal harganya. Bila buat sendiri boleh ikut citarasa sendiri. Boleh tambah dan kurangkan ikut selera sendiri seperti mana Cik Wan tak masukkan suhun dalam rolls ni. Sayur semata-mata dengan lauk. Yummy sungguh.

Selamat mencuba ya..

Wednesday, 13 December 2017

Nasi Goreng Kunyit sama Ikan Goreng


Assalamualaikum dan selamat pagi.  Pagi ni Cik Wan masak nasi goreng sahaja. Permintaan anak-anak untuk nasi goreng kunyit dengan ikan goreng, tak puas sebab mamanya buat semangkuk sahaja Ahad lepas. Arwah Mok dulu suka goreng nasi seperti ini bila ada lebihan ikan goreng semalam. Kadang-kadang dengan kunyit/lebihan minyak menggoreng ikan atau dengan cili kering tumbuk. Nikmatnya memang sukar digambarkan hehehe.

Semalam balik dari bertugas di sekolah, Cik Wan singgah beli ikan selar 6 ekor, gemuk besar macam tuan yang beli hahaha. Cik Wan tumbuk kunyit segar, bawang putih dan halia bersama garam untuk diperap dengan ikan selar tadi. 3 ekor Cik Wan goreng untuk dinner, 3 ekor lagi Cik Wan goreng tadi. Jadi bukanlah ikan ni lebih makan tapi memang sengaja dilebihkan hahaha.

Bahan-bahan untuk nasi goreng ni seperti dalam gambar di bawah.


Kalau nak lebih sedap, boleh tambahkan lagi cili api tu..bagi berasap hehehe. Cik Wan tak boleh nak pedas2 sangat sebab Ziky dan Zahirah tak tahan pedas.

Masaklah macam memasak nasi goreng  biasa ya. 

Tips memasak nasi goreng Cik Wan;
  1. Tidak menggunakan air semasa menumis- maksudnya semua bawang dan cili ditumbuk.
  2. Jika menggunakan bahan mesin- pastikan bahan tumisan kering air sepenuhnya sebelum dimasukkan nasi.
  3. Gula hendaklah diletak sejurus sebelum api ditutup. Bagi menghasilkan nasi goreng yang berkilat cantik.
  4. Jika nasi goreng tidak dimakan terus selepas masak/disimpan dahulu- masukkan sayur semasa menumis dan bukan selepas dimasukkan nasi untuk memastikan air dalam sayur sudah keluar sepenuhnya- mengelakkan nasi goreng basah/cepat basi.



Selamat mencuba ya...

Thursday, 7 December 2017

Pulut Kuning dengan Kerutuk Ayam


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Selamat bercuti kepada yang bercuti dan teruskan bekerja dengan gigih serta ikhlas untuk yang sedang bekerja.We do what we have to do hehehe..

Setiap kali cuti sekolah Cik Wan akan memasak yang ringkas2 untuk Mr A bawa ke pejabatnya. Bukan selalu kita boleh belanja kawan2 suami makan betul tak?. Kali ini Cik Wan masakkan pulut kuning dan kerutuk. Asalnya nak masak rendang tapi macam dah biasa sangat. Jadi Cik Wan tukar kepada kerutuk, simpan dululah daun kunyit yang dibeli. Boleh kot kita buat nasi kerabu untuk sarapan esok pulak.

Resepi untuk pulut kuning ni dah Cik Wan share kan di SINI dan resepi kerutuk di SINI. Nanti boleh tengok kat situ ya.


Selamat mencuba ya..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...