Monday 2 May 2016

Kerabu Maggie Thai





Assalamu'alaikum sahabat semua. Semoga dalam rahmat  dan keampunan Allah sentiasa. Malam ni Cik Wan masak Kerabu Maggie Thai. Allahuakbar..sedap sungguh. Bukan nak puji diri sendiri hehehe..

Cik Wan guna mee segera Thai yang banyak dijual di Kelantan. Mee ni halal, in sya Allah. Katanya kalau guna mee segera jenama lain tak berapa nak jadi..wallahu'alam, tak pernah cuba lagi. Inipun baru kali pertama cubaan hahaha.

Bahan yang Cik Wan guna malam ni simple sangat, semalam baru balik dari KB belum sempat nak beli lauk lagi, guna apa yang ada dalam peti ais sahaja. So, kalau nak tambah seafood banyak2..silakan ya.

Bahan-bahannya;

3 bungkus Maggie Thai/Siam (dalam gambar)
1 biji buah tomato-hiris
1/2 labu bawang besar- Cik Wan guna bawang besar Holland
Sejengkal batang celery
Segenggam daun ketumbar
1 biji cili merah besar
1 sudu sos ikan-jika suka
1 sudu air asam limau-jika suka
2 peket rempah maggie siam - (yang ada dalam peket maggie tu, 1 lagi tak dipakai).

*kenapa Cik Wan kata jika suka untuk sos ikan dan air asam limau?..kerana sos maggie siam ni dah masin, masam dan pedas.

Bahan Lauknya:
Sotong
Udang
Fish cake
Crab stick
Fish ball
Cik Wan hanya ada udang dan fish cake jer..udang pula dibuang kulit dan dibelah dua baru sedap dimakan.





Cara-caranya:

  1. Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera.
  2. Masukkan 1 peket rempah mee segera. Tunggu hingga menggelegak.
  3. Masukkan seafood. Udang dahulu baru fish cake. Sebentar sahaja. Bila dah mengerekot, terus angkat. Kalau sotong, jangan rebus bersama dengan udang, rebus sejenis-sejenis...jangan main lebur jer tau..kadar masak dia berbeza.
  4. Keluarkan seafood. 
  5. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera. 
  6. Dah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. Air rebusan JANGAN DIBUANG!





Langkah seterusnya..

  • Masukkan semua bahan sayur dan seafood dalam mangkuk mee.
  • Masukkan 3 senduk air rebusan, sos ikan dan asam limau nipis serta 1 peket rempah mee siam tadi.
  • Gaul rata. Siap!!!

Adoiiii!!!! memang sedap tak terkata. Selamat mencubaa.......

33 comments:

  1. Assalamualaikum Cik Wan... nampaknya dah ligat di dapur... meh meriah-meriahkan lagi dunia masakan tanahair. Maggie pun sodap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..hehehehe seronok bila Amie singgah di sini. Terima kasih Amie...jooommm!!!

      Delete
  2. ada jual kat kb che wan? nti blk boleh cari.pernah mkn sekali maggi ni kawan blk dr hatyai bg mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kot Suzie..sebab kat kelate mmg femes maggie kerabu ni skrg. Cik Wan beli ni kat Tumpat.

      Delete
    2. ada jual.kt rantau pjg rm22 sekotak.dln tu ada 30peket

      Delete
    3. Klu kat shah alam mana nk dpt megi nie

      Delete
    4. Tak pasti pulak tapi di Pasar Borong Selangor ada jual

      Delete
  3. ada jual.kt rantau pjg rm22 sekotak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Loni berapo harga maggi ni sekotak ya?

      Delete
  4. Kat pasaraya ktn agak2 ade tak maggie ni?

    ReplyDelete
  5. Mmg best. Dh try dh buat. Sedap.

    ReplyDelete
  6. Kalau kat shah alam mana nk dpt megi nie

    ReplyDelete
  7. Kalau kat shah alam mana nk dpt megi nie

    ReplyDelete
  8. Selalu bli dh siap je kerabu maggi ni...alhamdulillah dh dpt resepi ni nti blh la cuba...klu pakai maggi tomyam biasa blh x cgu?

    ReplyDelete
  9. Kalau nak Maggi tu saya ada jual....COD area Serdang, Putrajaya, Bangi

    ReplyDelete
  10. Sedap sengoti.. nk suruh bini ambo buat.. kebetulea balik kg aitu bli mee goni satu ssupit besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. molepk2...bulih buat banyok, bubuh lauk macam2..puas hati hehehe

      Delete
  11. Susah la na cari megi tu kalau kat melaka

    ReplyDelete
  12. Ya Allah sedapnya. Saya bosan baca notes tiba2 rasa nak tengok resepi megi siam. Jumpa je blog cikwan meleleh air liur 😢😢

    ReplyDelete
  13. bawang tu masukkan skali dgn sayur ke?

    ReplyDelete
  14. boleh try. tgk gambar pon rase cm meleleh2 dh air liur nie. hahaha.tq cik wan share resepi😘

    ReplyDelete
  15. boleh try. tgk gambar pon rase cm meleleh2 dh air liur nie. hahaha.tq cik wan share resepi😘

    ReplyDelete
  16. Sedap ni. Favourite saya. Tiap kali balik kampung mesti pekena ni.

    ReplyDelete
  17. Nak try la cik wan..baru bli kat pasar payang hari selasa baru ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...