Bahan-bahannya;
3 ekor ikan kembung (apa2 ikanpun boleh)- kelar halus dan letak garam kunyit. Goreng jangan garing sangat. Angkat dari kuali.
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil
2 tangkai cili kering @ 1/2 sudu cili kisar
Kicap secukupnya
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air- boleh tambah jika inginkan lebih kuah.
Hiasan
Bawang besar dimayang bulat
Cili hijau besar
1 biji buah tomato dipotong ikut selera
Cara-caranya;
- Blend bawang putih, bawang kecil dan cili kering.
- Tumiskan dalam kuali yang digunakan untuk menggoreng ikan tadi (keluarkan sedikit minyak kalau banyak sangat)
- Tumis hingga wangi dan naik minyak.
- Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Masukkan 1/2 cawan air.
- Rasakan kuahnya cukup masin, masam dan manis.
- Masukkan bawang besar dan ikan yang telah digoreng tadi. Kacau kuahnya perlahan.
- Masukkan cili hijau dan buah tomato.
- Kacau sedikit dan tutup api. Siap.
terima kasih... :D
ReplyDeletesama-sama Siti
Delete