Wednesday, 14 April 2021

Siakap Masam Manis atau Pla Raad Prik


 

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Selamat berpuasa semua pengunjung dan sahabat Cik Wan Kitchen. Pagi ini Cik Wan kongsikan resepi kegemaran family Cik Wan iaitu Siakap Raadprik atau Siakap Masam Manis. Jom lihat bahan dan caranya.



Bahan-bahannya ;


Bahan lain:

3 sudu sos ikan
3 sudu cuka
2 sudu gula- Cik Wan gunakan gula somtam.
1/4 cawan air.
*tambah/kurang ikut sesuai

Seekor ikan siakap- paling sedap filletkan, dadu kasar, perapkan dengan garam dan lada sulah.
Bila nak goreng, gaulkan dengan sedikit tepung jagung/tepung gandum.
Kalau tidak, goreng ikan macam biasa selepas diperapkan dengan garam dan lada sulah.

Cara membuatnya;
  1. Tumbuk/blend kasar semua bahan dalam gambar.
  2. Panaskan minyak. 
  3. Tumis bahan tumbuk hingga garing.
  4. Masukkan cuka, gula dan sos ikan. Kacau sebentar.
  5. Masukkan sedikit air. Masak hingga sos pekat.
  6. Tuang atas ikan yang telah digoreng. Siap!!.

Untuk video cara membuatnya, boleh ke FB saya Siakap Rad Prik . Selamat mencuba.

2 comments:

  1. Selamat berpuasa Cik Wan. Moga dipermudahkan urusan amal ibadah sepanjang bulan mulia ini.
    Setiap resepi yang dikongsi memang mengancam selera!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga untuk Amie. Amiinn Ya Mujib. Singgah di dapur Amie tadi, Mojito tu mengancam sungguh

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...