Sunday, 22 July 2012

Baked Macaroni


 
Kadang-kadang rasa boring nak makan nasikan? Jadi bolehlah cuba masak makaroni bakar ni. Senang saja tapi sedap. Cara membuatnya juga mudah dan kalau tidak cukup semua bahan yang disenaraikan, kita masih boleh memasaknya...yang penting ada makaroninya kan..hehehe
 
Bahan-bahannya;

Macaroni (500gm) rebus el dente
2 tin sos prego Carbonara Mushroom
Seafood- udang, kupang atau sotong...kuantiti ikut suka)
Daun  parsley
Daun atau serbuk oregano (wajib ada ni..)
Shitake mushroom, button mushroom pun blh..
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji telur
1 cawan susu segar
Cheese (mozarella, dan apa2 cheese yang ada kat dapur tu..)
Cara:
Goreng macam biasa semua bahan macaroni dengan seafood tu..
Tumiskan bawang, masukkan seafood, letakkan semua daun dan mushroom, masukkan sos. Masukkan makaroni. Perisakan  masin manisnya.Siap.


Susu dibancuh dengan telor, masukkan white pepper. Siap

Griskan mangkuk dengan butter
Lapiskan adunan makaroni berselang seli ngan bancuhan telor.
Atas sekali /topping, taburkan cheese.
 
 
                                                   Macam ni sebelum bakar..
 
Kemudian bakar selama lebih kurang 20 minit atau sehingga cheese di atasnya sedikit kekuningan...siapla..walaaaa!!!
 
Selamat mencuba....:-)

Kari Ikan Mamak Style

Kari kesukaan cik abe..
Hari kedua Ramadhan...aii...takkan dah tak ada ide masak untuk berbuka nanti? Apa kata hari ni kita masak kari ikan mamak style..hihihi..jadi mamak la pulak hari ni..

Bahan-bahannya;
Kepala ikan merah/tenggiri
Sekeping potongan ikan(mana yang kita pilih tadilah)
Udang jika suka (saya suka campur udang sebab anak ketiga tu lebih suka makan udang)

Rempah;
Sepeket serbuk kari ikan
sesudu halba campur
5 ulas bawang kecil-tumbuk
3 ulas bawang putih-tumbuk
seinci halia-tumbuk
Sesudu serbuk cili/cili boh...nak mesin cili keringpun boleh..
Secawan santan...kadang-kadang saya tak masukkan santan langsung..
Selabu bawang besar dimayang (boleh juga guna bawang besar sahaja tanpa bawang kecil...lebih mudah)
Daun kari
Dua pohon daun ketumbar
Buah mangga (kalau ada)
Asam jawa.

Sayur-sayur;
5 biji bendi
1 biji terung bulat

Garam
Gula (Boleh dikecualikan...saya tidak letak jika gunakan santan)

Cara-cara memasak;
Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan hirisan bawang besar dan goreng sampai sedikit kekuningan.
Masukkan halba campur. Kacau sebentar. Masukkan daun kari dan bahan tumbuk (bawang kecil, bawang putih, halia dan cili)
Tumis hingga naik minyak dan wangi.
Masukkan rempah kari. Bila naik minyak masukkan air asam jawa dan kacau sebentar.
Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebentar dan masukkan hirisan mangga, akar dan batang ketumbar. 
Bila menggelegak, masukkan ikan serta perasakan. Bila hampir masak, masukkan sayur-sayuran diikuti dengan daun ketumbar.
Rasa kari ini mesti masin dan masam....sama seperti kari ikan di kedai mamak...hehehe..

Selamat mencuba. 
          tadaaaa!!!!!

Saturday, 21 July 2012

Lompat Tikam

masakringkasringkasje
Huhuhu...kecur mulut saya tengah-tengah hari ni...lompat tikam resepi turun temurun keluarga saya.
Ini di antara menu wajib keluarga pada bulan puasa dan juga telah menjadi kuih utama (kira macam signature dish lah..hihi) Mek saya yang berjualan kuih sejak beliau anak dara lagi.

Macam-macam versi ada sekarang, tapi saya memang konservatif dalam bab-bab ni...sebijik saya ikut cara  Mek buat sejak dulu lagi....kalau ubah tu..rasa macam bukan lompat tikam lagi dah...dah jadi fusion dish la pulak...hehehe, ada-ada saja..saya buat ni selalunya pakai agak-agak je sebab dan biasa..jadi bila nak buat sukatan agak rumit..tapi tak apa...cuba dulu dan agak-agaklah sukatannya kemudian ye...selamat mencuba!!

Bahan-bahannya:
Bahagian Hijau: Kena buat awal, sehari awalpun tak apa...simpan dalam fridge..lagi senang nak potong atau kaup nanti, kalau rajin boleh masukkan dalam acuan...

2 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
1 cawan air daun pandan (boleh campur sikit dengan pewarna hijau apple)
4 cawan air.

Sebatikan, tapis dan kacau atas api. Kacau sehingga berkilat seperti lilin dan ada gelembung lup...lup..lup...Adunan ni mesti masak betul.Kalau tidak ia akan berair dan mudah basi. Masukkan ke dalam acuan/bekas dan sejukkan.

Bahan Kuah Putih

1 biji kelapa diambil santan pekatnya.
sedikit garam.
2 sudu  tepung jagung/tepung beraspun boleh untuk memekatkan.

Sebatikan santan dengan garam. Masak atas api dan bila dah menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sebentar hingga kuah jadi pekat dan masak. Jangan sampai pecah minya pulak ye.

Bahan Pulut Merah

2 cawan beras pulut dibersihkan
3 sudu minyak masak (jika suka boleh letak santan...saya tak suka..lemak sangat)letak minyak lebih cantik.
sedikit garam
sedikit pewarna merah/pink.

Campurkan semua bahan dan masak pulut macam biasa. Macam biasa?..hehehe...maknanya paras air dilebihkan hanya 2 cm daripada paras pulut, tutup periuk dan gunakan api kecil sahaja (Guna rice cooker lagi bagus)

Bahan Gula Melaka

Beberapa keping/ketul gula melaka
2 helai daun pandan
air secukupnya

Masakkan semua bahan bersama-sama. Kena pekat sikit ye...sejukkan dan tapis. Siap!!>

Cara menghidangnya....rujuk gambar ye..hahaha..picture speaks a thousand words...

Selamat mencuba..dan selamat berbuka...bye!!



ReD VeLveT Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bulan puasa ni diharapkan blog ni makin maju berkembang..jari-jari tidak layu dan malas nak mengetuk keyboard..dan resepi-resepi masakan yang telah sedia terkumpul dapat diuploadkan...huhhh...semangat ni.
Maka dengan semangat yang membara ini saya mulakan satu Ramadhan ini dengan kek Red Velvet yang saya buat dua hari sebelum ketibaan Ramadhan..
Resepi ni saya ambil dari blog intanberlian87.blogspot, with some modification....terima kasih banyak-banyaklah kerana tidak lokek memberi resepi, sekali cuba dah jadi....jazakallah..
Tak adalah modified manapun, cuma seperti yang dicadangkan oleh beliau buttermilk tu saya gantikan dengan susu segar dicampur cuka, jus lemon tu saya gantikan dengan sunquick..hahaha...kita yang buat diakan?...kadang-kadang bila jari-jemari dah teringin nak masak, pandai pula kita menggodeknya kan?..nak tunggu cukup semua bahan, alamak tak masaklah kita...hahaha..
So, inilah hasilnya...kata anak-anak dan kawan-kawan...sedapppp!!! terima kasihlah atas pujian tu...saya sendiri tak boleh nak makan banyak-banyak sekarang ni...tengah diet ni..kang tak berbaloi pula plan diet tu...hehehehe...selamat cuci mata ye!!!

kek yang telah dipotong dua...lembutttt!!!



sapukan dengan frosting creamcheese..


tadaaaa...mabeles!!!

Jom...jangan tengok aje...cepat-cepat buat ye....memang sedapppp!!!

Salam Ramadhan



Selamat menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan untuk semua...
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kebaikan, keberkatan, rahmat dan keampunan dari Allah SWT.

p/s:.hati rasa sayu..syahdu..rasa nak terbang je balik kampung...seronoknya menyambut ramadhan bersama ibu tercinta...rindu juga suasana dan aura berpuasa di kampung...jauhhhh sangat bezanya dengan suasana di bandar ni. Waaaaa!!!!! nak balikkkkk!!!

Saturday, 23 June 2012

Bicara Akademik

Hari Bicara Akademik...kita tukar jadi hari berblog la pulak...jenuh dok menunggu ibubapa datang ambil report card..kaunter buka pukul 8.00am..sehingga pukul 8.20am, ada dua orang parent datang...hingga sekarang pukul 11.40...dah tak muncul-muncul lagi...wargghhh...nasib baik boleh online...hilang sikit boring

Agaknya parent dah rasa tidak ada keperluan untuk datang sebab markah anak-anak dah boleh diakses melalui online...tambah-tambah kalau markah anak-anak mereka macam gambar kartun kat atas tu...buek menghabiskan masa dan minyak kereta adalah...

Apa lagi...tak lakulah nampaknya cikgu meniaga hari ni....jomlah kita berblog...berFB, sambil-sambil tanda buku ke, buat apa-apa yang patutlah...jangan tidur sudahlahhh...hehehe....

Tadi sempat juga menyalin resepi Kek Gula Hangus ataupun Kek Sarang Lebah , hajatnya nak buat petang nanti...kalau jadi dan menjadi keknya..nanti kita upload gambar beserta resepinya sekali...sekarang ni kita blogwalking dulu...bye...


Monday, 18 June 2012

Pulut Mangga


 

Hari ini saya nak kongsikan resepi dessert yang saya suka dan tak boleh tolak kalau masuk ke mana-mana restoran Siam...resepi ni juga diajarkan oleh arwah nenek saya yang memang keturunan Siam.

Pertama kali makan dessert ni masa saya berumur 12 tahun selepas arwah nenek balik dari Yala berjumpa dengan saudara-maranya di sana. Arwah bawak balik sekali mangga siam dan beras pulut hitam yang ditanam di kampungnya. Hari tu jugak arwah masakkan pulut hitam mangga ni untuk hidangan saya dan abang. Memang pelik rasanya masa itu sebab tak pernah jumpa hidangan pulut mangga melainkan pulut durian sahaja.

Untuk mengubat rindu kepada arwah, saya kongsikan resepi ini kepada rakan-rakan semua. Selamat mencuba dan bolehlah di ubah suai mengikut kreativiti masing-masing. Untuk arwah nenek (Mok) al fatihah :-(



Bahan-bahannya:
2 cawan beras pulut-rendam dulu.
Segenggam beras pulut hitam (direndam lebih lama)
1 ½ biji kelapa (ambil 3 cawan santan)- boleh kurangkan kpd 1 biji kelapa untuk kurangkan lemak.
Buah mangga siam
Garam
Gula
Daun pandan

*arwah gunakan beras pulut hitam sepenuhnya tanpa dicampurkan dengan beras pulut biasa. Saya pernah buat tapi tak jadi lembut. Mungkin kena rendam lebih lama kot atau mungkin arwah gunakan beras baru (baru tuai). InsyaAllah, ada rezeki saya cuba lagi.

Cara memasaknya:
  1. Kukus pulut putih dan hitam bersama-sama. 
  2. Bila naik wap kali pertama, keluarkan dan kacau dengan 1 cawan santan + gula + garam.
  3. Kukus semula, bila masak, keluarkan dan kacau lagi  hingga sebati.
  4. Masakkan 2 cawan santan bersama-sama dengan daun pandan dan garam untuk sosnya....kalau kurang pekat boleh tambahkan tepung jagung.
  5. Potongkan buah mangga ikut suka anda.

Hidangkan pulut + mangga + santan = walla......selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...