Ni resepi apam bakar versi saya...versi lain saya tak tahu..hihihi
Bahan-bahannya;
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 -2 keping gula melaka dicairkan (tadi guna air gula melaka lebih kueh lopes jiran bagi semalam je..hehehe..ekonomi)
Sedikit gula-kalau suka
Sedikit garam
1/2 peket yis mauripan
4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 sudu lada hitam ditumbuk
2 inci lengkuas ditumbuk dan dibancuh dengan sedikit air dan ditapis.
6 biji pisang emas masak dilenyek (zaman dulu kita guna pisang kapas..lagi sedap)
Sedikit air untuk membancuh
Cara-caranya;
Bancuh semua bahan diatas dengan air. Adunannya hampir sama pekat dengan bancuhan untuk buat penkek/lempeng. Perap dalam sejam dua. Bakar dan hidangkan dengan kelapa parut. Siap..
p/s; kalau nak sedap masukkan tapai sikit (tak kiralah tapai ubi ke tapai beras ke...tadi saya tak masukkan pun..sedap jugak..mungkin sebab pisang lenyek tu dah memang ada rasa masam manis kot)
Aduhhh...bila dah masak, anak-anak menjerit..mamaaaaaa...kami tak makan niiii....!!! ish..ish bebudak sekarang ni..mana nak appreciate masakan klasik kelate ni...hampeh...kenalah mamanya masakkan sarapan lain untuk depa...sabor je lah...
Semua sengih bila mama masak ni... |
Dah lama sy mencari resepi ni..dulu mak selalu buat...kini bila tanya mak kata dah lupa mcm mana nak buat..tp dulu sy igt mak tak letak pun pisang..sy nak cuba resepi apam ni..sy suka..
ReplyDeleteAlhamdulillah..selamat mencuba yer, saya pun mcm tu, arwah nenek jual apam ni tapi tak pernah tnya pulak resepinya..sekarang tanya dengan orang tua2 kat kampug tapi tahu jelah, depa mesti cakan alahhh senang jer, masuk tu masuk ni..hahahaha..mereka dah ada pengalaman mmg main campak2 je..insyaAllah, semoga jadilah yang Mieza buat tu yer..
ReplyDelete