Wednesday 7 November 2012

Lasagna Cik Wan Kelate

Assalamualaikum.
Lama sungguh tak dapat nak update resepi walaupun selalu ambil gambar masakan sendiri. Sibuk bebenar hingga nak tulis resepipun tak sempat sementelah lagi sekarang ni sibuk menyiapkan fail-fail untuk serahan hujung tahun, marking final exam dan invigilate lagi...muuuaahhaaaaa, rasa guilty pulak kalau sibuk dok menaip resepi hahaha.

Tapi atas rasa tanggung jawab dan rasa bersalah yang kian meruncing hingga tak lalu makan..lebih-lebih la pulak hehehe, saya kirimkan resepi ringkas ini untuk tatapan semua pengunjung...

Lasagna Mudah dan Ringkas ala Cik Wan


Bahan-bahannya
A
2 tin Prego Mushroom (tin hijau)
2 labu bawang besar dadu
1 ulas bawang putih dadu
1 sudu serbuk cili
2 helai bayleaves
2 biji buah tomato didadu
1 sudu serbuk oregano
2 keping dada ayam cincang/dadu
Sedikit daun chinese parsley/italian parsley

B
2 biji telor
1 cawan susu segar
Sedikit garam dan lada sulah

1 kotak lasagna
Keju cheddar dan mozarella (kuantiti ikut suka..saya suka banyaakkkk)

Cara membuatnya

Bahan kuah A

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu bersama-sama dengan serbuk cili. Dah layu dan cili dah garing masukkan bayleave dan  isi ayam. Kacau hingga ayam kering airnya. Masukkan buah tomato dan kacau lagi hingga buah tomato hancur. Masukkan sos prego dan oregano serta daun parsley. Perasakan, jika suka boleh tambah gula dan garam. Siap.

Bahan B
Pukul telor dan susu segar menggunakan garfu. Masukkan lada sulah dan sedikit garam. (jika suka boleh masukkan keju sedikit). Siap.
*ada orang suka buat sos putih mat saleh tu..saya nak ringkas je..heheh

Lasagna direbus dahulu eldente : hati-hati masa merebus kerana kepingan lasagna akan melekat antara satu sama lain dan susah nak dibuka untuk dilapiskan nanti.
*ada orang tak rebuspun kepingan lasagna tu. Saya dah cuba dan tak suka kerana kepingan tu akan liat sikit.

Melapis
Siapkan mangkuk/ bekas untuk membakar. Griskan dengana minyak zaiton/butter.
Lapisan bawah sekali letakkan sos A kemudian susun kepingan lasagna.
Letakkan lagi sos A diikuti dengan sedikit sos B.
lakukan sehingga lapisan siap.
Lapisan atas sekali; sudahi dengan sos A diikuti sos B dan taburkan parutan keju serta hirisan daun parsley.

Bakar di atas api dengan kepanasan 180-200c hingga warna kejunya keperangan. Siap.


Walla....dah siap lasagna ore kelate...hehehehe. Selamat mencuba. Moga serasi dan sesuai dengan selera anda semua.

*resepi ni hampir sama dengan resepi Baked Macaroni sebelum ni :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...