Macam-macam cara memasak nasi ayam ni. Saya sendiripun kadang-kadang menggunakan cara yang berbeza-beza ketika memasak nasi ayam ni, tapi cara yang saya tunjukkan ini adalah yang paling saya dan anak-anak suka.
Bahan-bahan utama;
1 ekor ayam dipotong empat-bersihkan dan toskan.(organ serta kaki ayam juga dibersihkan bersama-sama)
Air secukupnya untuk memasak nasi dan juga sup.
4 ulas bawang putih-ketuk
1/2 inci halia-ketuk
Garam secukupnya.
Cara-caranya;
- Rebus ayam dengan organ dalam serta kakinya bersama-sama dengan bawang putih dan halia.
- Rebus hingga ayam empuk.
- Toskan 4 keping ayam tadi.
- Gunakan air rebusan untuk memasak nasi seperti di bawah ini.
Untuk Nasi;
3 pot beras dibersihkan dan ditoskan.
1 genggam beras pulut dicampur dalam beras biasa tadi- tidak perlu masukkan jika gunakan beras wangi.
3 1/2 @ 4 pot air rebusan ayam- bergantung kepada beras yang digunakan di rumah.
1 labu bawang besar-mayang nipis
2 ulas bawang putih-mayang nipis
1/2 inci halia-hiris halus
3 kuntum cengkih
1/2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 helai daun pandan dikoyak dan disimpulkan
3 sudu mentega/margarin
Sedikit minya masak-untuk elakkan mentega hangus.
1 sudu minyak bijan-optional (lebih sedap kalau letak)
Cara memasak nasi;
- Masukkan minyak dan mentega ke dalam periuk.
- Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia, kacau hingga layu.
- Masukkan rempah cengkih, kayu manis, lawang dan pelaga, tumis lagi.
- Masukkan daun pandan bersama-sama beras yang telah ditoskan, kacau hingga sebati-goreng sekejap.
- Masukkan air rebusan ayam tadi, minyak bijan dan sedikit pewarna jika suka.
- Masak hingga nasi masak.
- * Garam boleh dimasukkan jika suka nasi yg agak masin.
Untuk Ayam;
4 keping ayam yang telah direbus tadi.
Sedikit sos tiram
Kicap masin
Sedikit madu jika suka-saya tak letak
Sedikit serbuk lada hitam jika suka-saya tak letak
Cara-caranya;
- Lumurkan ayam dengan sos tiram dan kicap. Biarkan sebentar.
- Goreng hingga garing. Siap (Sekejap sahaja menggorengnya kerana ayam telah masak dan cepat hangus kerana disalut kicap dan sos tiram)
- Potong kecik dan hidangkan.
Untuk sambal cili;
10 biji cili padi merah
3 biji cili merah besar
1 biji buah tomato
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu garam
3 sudu gula
Cuka secukupnya.
Cara-caranya;
- Mesin semua bahan kecuali cuka hingga lumat dengan sedikit air.(nak mesin bersama pun boleh).
- Masukkan dalam periuk, masukkan cuka.
- Masak hingga menggelegak, sambil itu rasakan masam, masin dan manisnya. Siap.
Air rebusan ayam secukupnya
Kicap masin secukupnya
Caranya;
- Masukkan kicap ke dalam air rebusan ayam. Kacau. Siap.
Bahan-bahannya;
Baki air rebusan ayam beserta organ dan kaki ayam tadi.
Rempah sup secukupnya
Sedikit lada hitam.
Daun sup.
Bawang goreng
Cili padi
Asam limau nipis.
Cara-caranya:
- Panaskan semula air rebusan ayam tadi.
- Masukkan rempah sup dan lada hitam.
- Masak hingga menggelegak. Rasakan masinnya, jika perlu tambah garam. Siap!.
- Hidangkan dengan hirisan daun sup, bawang goreng dan cili padi serta diperahkan sedikit asam limau..done, so easy hehe.
Untuk hiasan:
Daun salad
Timun
Tomato
- Basuh bersih dan toskan.
- Potong ikut suka.
- Hidangkan bersama dengan ayam dan nasi..siap!!!
No comments:
Post a Comment