Sunday 18 August 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin. Masih belum terlambat rasanya untuk memohon kemaafan daripada semua kawan-kawan  yang sudi singgah di blog ini. Terima kasih daun keladi. Semoga resepi mudah yang yang dikongsikan akan bermanafaat kepada yang memerlukan. Maaf kerana baru sempat update . Maklumlah bila balik kampung  memang tak boleh nak online langsung, setakat untuk berFB tu lepaslah hihi.

Tahun ni giliran kami beraya di rumah Mek saya di Kedai Menanti. Bunyi macam jauh je dengan rumah keluarga suami..hehehe tak jauh sebenarnya sebab kampung suami di Tumpat. Walaupun senegeri giliran tetap dibuat maklumlah hari raya pertama tu sangat istimewa betul tak? Raya kedua kami dah bertolak ke Tumpat. Sebenarnya untuk persediaan raya ni,  setiap tahun diibaratkan saya beraya di dua buah rumah ..penatnya memang tak boleh nak cakap lah hehehehe. Untung tahun ni adik perempuan saya beraya di rumah Mek, jadi hidangan raya pertama disponsor dan dimasak olehnya. Adik perempuan saya Ayu serta Alis dan Aifaa jadi assistant chef kat dapur. Saya hanya menolong apa yang patut dan masak laksa Penang yang direquest oleh Mek dan Alis saja.

Balik raya kedua rumah suami pula saya menyediakan nasi hujan panas permintaan mak mertua..nasib baik juga saya dibantu oleh adik ipar dan biras. Ingatkan nak buat untuk keluarga je, rupa-rupanya hampir 6kg beras basmathi juga nasinya. Tidak termasuk lauk-pauknya yang cukup setnya seperti ayam masak merah, kurma daging, tongkol kicap, acar dan sambal belacan. Pukul 2 pagi jugaklah baru siapnya huhuhu. Alhamdulillah, seawal 7.30am dah ada tetamu yang datang untuk bersarapan ..rupa-rupanya dah ada yang datang hari raya pertama semata-mata nak makan nasi hujan panas seperti tahun-tahun sebelumnya. Seronok sungguh melihat tetamu berselera makan.

Hampir 10 hari di kampung saya masak dan makan tak henti-henti.  Bila balik KL saya collapsed, agaknya badan dah terlalu penat..sakit kepala, tengkuk dan satu badan hingga muntah..aduhhh. Alhamdulillah, walau penat hati gembira dan bahagia.

Kalau ada kesempatan lepas ini saya update beberapa resepi yang tak sempat diupload. In Sha Allah..
Sekali lagi, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...