Saturday 7 September 2013

Makaroni Bakar Lasagna Style



Hari Sabtu ni macam biasa kena jenguk Aifaa di asrama. Hari Jumaat dia dah call siap request spagheti lagi suruh bawak pada pukul 4.00 petang. Aduhh, memang precise betul anak dara sorang ni, siap dengan timing dia bagi kita. Selalunya saya tak berapa nak layan sangat kalau nampak macam dia mengada-ngada tapi hari ni kebetulan bahan untuk buat spagheti semuanya ada, bolehlah saya bertolak ansur hehehe. Tapi spagheti nyer  tak ada saya gantikan dengan makaroni jenis elbow.

Teringat lasagna yang dibawa rakan ke sekolah pagi tadi sempena hari Bicara Akademik PMR, saya buat makaroni bakar ni ala buat lasagna siap dengan sos bechamel lagi...yummy!! Bahan-bahan utama adalah seperti gambar di atas tu minus butter, bawang putih, serbuk cili, oregano dan nutmeg..heheheh lupa nak susun la..

Ada 4 langkah mudah  untuk membuatnya;
Langkah 1

Sos bolognaise
1 labu bawang besar-dadu
2 ulas bawang putih -dadu
3 keping dada ayam-cincang
2 tin sos prego mushroom
Minyak zaiton untuk menumis
1 sudu serbuk cili untuk selera melayu
Sedikit serbuk oregano
Garam
Gula kalau suka -saya tak letak
Dalam gambar saya letak cendawan, tapi akhirnya saya tak bubuh hehehe, Aifaa dan Zahirah tak suka sangat sayur

  1. Tumiskan bawang hingga layu bersama serbuk cili.
  2. Masukkan isi ayam, kacau hingga kering airnya.
  3. Masukkan sos prego bersama sedikit air untuk bersihkan tin serta sedikit garam.
  4. Masukkan serbuk oregano.
  5. Kacau hingga masak.
Langkah 2

Makaroni 250g
Sedikit garam

  1. Rebus makaroni dengan sedikit garam seperti yang diarahkan dalam peket.
  2. Toskan.

Langkah 3

Sos Bechamel/Sos putih

50gm mentega
3 sudu tepung gandum
4 cawan susu segar
Garam
Serbuk nutmeg/pala

  1. Panaskan mentega dan masukkan tepung.
  2. Kacau hingga sebati agak2 hingga tepung masak.
  3. Masukkan susu. Whisk hingga sebati.
  4. Masukkan sedikit garam dan serbuk nutmeg.
  5. Whisk hingga menggelegak.
  6. Siap.


Langkah 4
Sediakan mangkuk untuk melapis makaroni.
Parutan keju cheddar dan mozarella- saya cuma ada cheddar yang dah lama dalam peti ais..heheh
  1. Lapisan bawah dimasukkan sos bolognaise.
  2. Lapisan kedua masukkan makaroni.
  3. Lapisan ketiga sos bolognaise
  4. Lapisan ke empat masukkan sos bechamel.
  5. Ulang hingga habis.
  6. Bahagian atas di akhiri dengan lapisan sos bolognaise, bechamel dan parutan keju.
  7. bakar 10-15 minit dalam suhu 170 darjah C.
  8. Siap.
Puas hati tengok anak-anak berselera makan terutama Aifaa. Saya bawak dua bekas, satu bekas habis dimakan sambil kami berbual-bual..satu lagi nak makan kejap lagi katanya..alhamdulillah, tak sia-sia mamanya masak walaupun saya dan suami sama-sama dok mengerling, sama-sama paham, lepas ni kita pakat-pakat cari nasi huhuhuhuhu...

1 comment:

  1. Sedapnya makaroni bakar. Anak2 saya memang suka. Esok nak buat utk potluck tempat kerja suami. TQ resepi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...