Monday 5 May 2014

Pulut Mangga (2)

Pulut Mangga yang paling mudah dan ringkas. Kalau dulu nak buat pulut mangga ni lenguh tangan dok perah santan pekat dan mengukus bagai. Kali ni saya bagi cara yang paling singkat tetapi hasilnya masih seperti resepi tradisional. Jom tengok caranya.

Bahan-bahannya;
2 gelas beras pulut- cuci bersih dan rendam 2-3 jam.
2 kotak santan segera Kara (200ml setiap satu)
1 cawan gula-boleh kurangkan jika tak mahu manis sangat - saya tak rekomen, resepi ni memang manis hehehe, sabor je lah
1 sudu kecil garam halus
1/4 cawan air + 1/2 sudu kecil garam untuk kuah.

Cara membuatnya;
  1. Kukus pulut hingga masak. (Selepas naik wap, kacaukan pulut dan renjis sedikit air, kukus lagi)
  2. Kukus hingga pulut nampak jernih/berkilat dan lembut.
  3. Jika dah masak, masukkan ke dalam bekas untuk diarung/kacau.
  4. Cepat-cepat tuangkan sekotak santan segera Kara (200ml), 1 sudu kecil garam dan 1 cawan gula keatas pulut.
  5. Kacau/arung hingga pulut pekat bergetah. Siap.
  6. Untuk kuahnya, masukkan santan segera Kara (200ml) ke dalam periuk. Masukkan 1/2 sudu kecil garam dan 1/4 cawan air. Kacau hingga menggelegak kecil, amksudnya sekejap sahaja. Siap.
  7. Hidangkan bersama-sama dengan mangga pilihan hati.
* 200ml santan untuk pulut menjadikan pulut agak lembik tapi sangat sedap sebab lembut dan lemak. Jika tak suka boleh masukkan sedikit2 mengikut konsistensi yang disukai.
* Kalau rajin boleh goreng 1/2 cawan beras pulut tanpa minyak hingga kuning, tumbuk halus dan tabur atas hidangan. Kalau rajin la...saya tak berapa rajin hehehe.

Ini Pulut Mangga di restoran Amarin Mid Valley..ada pulut goreng...yummy!!

5 comments:

  1. Salam Cik Wan,

    Sedap ni makan time hujan lak tu ish... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Honey....mmg sedap hehehe. Tapi kalori mmg masyaAllah tinggi..:-)

      Delete
  2. kak wan, the crunchy things on top of that sweet pulut is not fried pulut.. it is actually the green bean seed which had been soaked in water and being peeled the skin before its been deep fried for a few second..just sharing bec i used to do these things since few month working at thai restaurant..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ye ke...patutlah kwan rasa mcm keras sikit ..terima kasih byk2 kongsi rahsia resepi ni. alhamdulillah..kwan suka sangat!! bunyi mcm susah je nak buat kan?

      Delete
  3. salam..elok sgt la time nie musim buah pelam harum manis.makan dgn pulut santan..pergh.marvelous!!

    JommSihatDanCantik.blogspot

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...