Thursday 1 January 2015

Banjir di penghujung tahun 2014....Selamat Datang 2015


Salam Tahun Baru 2015.
Cik Wan sampai di depan rumah dari Kelantan tepat2 pukul 12.00 tengah malam 1 Januari 2015. Setelah terperangkap lebih kurang 10 hari di Kampung Pulau Gorek..kampung halaman Mr A. SubhanaAllah..AllahuAkbar!!!!! Maha Suci Allah yang mengurus dan mentadbir sekelian alam...betapa kita manusia hanya makhluk ciptaanNya yang sangat lemah..selemah semut2 halus yang hanyut di air tenang..langsung tiada daya dan upaya melawan kekuasaanNya.

Cik Wan balik kampung kali kedua di bulan Disember pada hari Ahad 21 haribulan dengan harapan mahu menghabiskan cuti2 akhir tahun bersama mok dan mek..mek tak berapa sihat lepas kenduri di rumah Mok Yah sebelum itu. Mr A pulak memang beria-ia mahu bermain air banjir di kampungnya. Banjir kali pertama baru sehari dua surut, biasanya banjir susulan akan berlaku. Kami memang tidak menyangka banjir yang datang menjadi banjir yang paling besar pernah kami alami, yang menyebabkan kemusnahan hartabenda dan kehilangan nyawa bukan sahaja di Kampung Pulau Gorek...malahan di kawasan-kawasan yang langsung tidak pernah menerima kesan banjir yang luar biasa seperti di Kuala Krai, Dabung, Manik Urai, Kota Bharu, Pasir Hor, Rantau Panjang dan banyak tempat lagi.

Pada 22 Disember, sempat lagi Cik Wan dan Mr A berjalan-jalan ke Kota Bharu untuk meninjau air Sungai Kelantan di Tambatan DiRaja..sempat bergambar-gambar lagi. Kami ronda2 makan angin sehinggalah pada pukul 3 petang, Nur Alis hantar 3 mesej.."mama, balik cepat..air tengah naik!!!!!" Kelam kabut kami bertolak dari KB ke Pulau Gorek...bila dah masuk kawasan kampung, kami dapati kereta2 sudah mula dibawa untuk parking di batas tali air...kawasan paling tinggi di kampung itu. Masa tu kami memang seronok kerana memang banjir ini ditunggu...bolehlah kami main air...SubhanaAllah.

Nasib baik Mr A cepat bertindak dengan meletakkan kereta terus di Pengkalan Kok Majid, iaitu pintu masuk ke kampung Pulau Gorek yang selalunya selamat dan tidak pernah di naiki air kecuali di bahagian tengah berhampiran Jeti Kok Majid yang sememangnya tempat yang paling rendah dan paling deras airnya. Air dari Sungai Kelantan akan meredah masuk ke kawasan kampung menerusi Kok Majid dan masuk ke kawasan sawah padi yang lebih rendah...laluan atau rempuhan airnya tersangat deras hingga pernah berlaku kematian akibat hanyut.

Mr A berjalan masuk ke Pulau Gorek...penduduk sudah mula memindahkan kenderaan masing2 ke atas batas.

Daripada batas tadi kami kena melalui jambatan ( Gambar pertama) di mana air sungai mula naik.  Gambar di atas ialah jalan masuk selepas jambatan tadi menuju ke rumah MIL. Masa ni air mula naik dengan cepat hingga paras lutut.
Air paras lutut saya di halaman rumah. Perahu kolek dikeluarkan dan anak-anak seronok bermain air banjir tanpa mengetahui bahwa akan menyusul episod banjir yang menakutkan dua hari kemudiannya. Mr A seronok melayan anak2 bermain air..Cik Wan? mampu tengok je la sebab airnya masih kotor dan sangat sejuk... tahukah kawan2, air banjir ni sejuk macam air batu?

Pada 23 Disember...air naik hingga kedai MIL tenggelam, tapi itu perkara biasa setiap kali banjir datang. Semua barang dipunggah ke aras 3 kedai dan juga ke bahagian dapur yang lebih tinggi. Peti sejuk dan peti aiskrim diangkat ke atas meja kedai. Kebiasaannya begitulah....kedai akan dibuka macam biasa dan MIL akan berniaga di dalam kedai yang dinaiki air separas lutut...itu yang selalunya...
Mr A sempat mengajak  bersiar2 menaiki perahu keliling kawasan kampung...Cik Wan yang tak pandai berenang ikut dalam takut...Kami berdua siap menyeberang sungai yang sudah paras dada di tebingnya...Allahuakbar..takut tak payah nak cerita..siap baca doa bagai...berkayuh menyeberang hingga ke Pengkalan Kok Majid. Kami perlu meninjau kereta yang ditinggalkan sambil menjenguk dua orang adik Mr A yang berniaga di situ.
Air di Pengkalan Kok Majid memang deras hingga pihak bomba menyediakan tali untuk memudahkan penduduk menyeberang. Pendek kata kalau budak2 memang hanyut terus la. Cik Wan ada mengambil video tapi tak dapat pulak nak diuploadkan...lain kali Cik Wan cuba lagi. Kereta kami telah dialih oleh adik ipar ke tempat yang lebih selamat kerana tempat biasa mula dinaiki air. Selepas membeli sedikit sebanyak barang keperluan, kami bertolak balik mengayuh perahu (Mr A yang kayuh...Cik Wan tak pandai). Balik ke rumah semula dengan melalui kebun2 kelapa yang mula tenggelam dan sekali lagi menyeberang sungai yang arusnya memang mengerikan...bila fikir2 sekali lagi..masyaAllah..kalaulah berlaku apa2...

Malamnya air mula naik dengan cepat....Cik Wan akan sambung lagi di coretan yang berikutnya...


4 comments:

  1. subhanallah... kg pulau gorek ni kat mana ye? pernah dengar nama kg ni tp ingat2 lupa. saya org Kota Bharu...
    salam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Ameris...Kg ni dekat2 dengan Palekbang..paling dekat dgn Kg Laut

      Delete
  2. Ni kampung mak ngah saya. Teruk ke banjir tahun ni kat kampung tu? Mak ngah tak nak pindah hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa nama makngah adik tu? kalau bagitahu nama mungkin kenal..alhamdulillah..walaupun banjir teruk, semua penduduk selamat..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...