Sunday 23 August 2015

Roti Goreng Kacang Merah Kelantan





Roti goreng sahaja untuk sarapan hari ini..mudah dan anak-anakpun suka. Cik Wan sharekan balik resepinya dan Cik Wan sedekahkan resepi ni untuk siapa-siapa yang nak berniaga..ini memang resepi yang digunakan oleh keluarga Mr A untuk berniaga sejak berpuluh tahun dulu. Semoga murah rezeki dan berkat juga hasilnya. Untuk yang nak buat bagi hidangan keluarga, selamat mencuba. Boleh pelbagaikan inti mengikut kesukaan anak-anak. Ada sahabat kita yang gunakan resepi ni dengan inti nutella..katanya sangat sedap sekali. Selamat mencuba..:)



Bahan-bahannya:


1 kg tepung gandum
1 cawan gula*
1 paket yis mauripan* (bancuh yis dengan gula tadi bersama dengan 1 cawan air suam kuku hingga berbuih)
4 sudu margarine- semalam saya guna butter, gebu jugak
1 sudu besar soda bikarbonat dan 1 sudu kecil garam (bancuh dengan 1 cawan air dan sedikit pewarna kuning)
Air secukupnya jika perlu (bancuhan yis dan soda  tadi sudah 2 cawan air)

Inti kacang merah- saya beli yang ready made.

Cara-caranya.

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
  2. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
  3. Uli/tumbuk  sekejap doh tadi untuk keluarkan angin.
  4. Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang dikehendaki. (Jangan besar sangat sebab sebelum digoreng akan dileperkan dahulu, jadi saiznya akan jadi makin besar)
  5. Masukkan inti kacang merah ke dalam doh (macam buat ondeh-ondeh)
  6. Susun dalam dulang/loyang yang telah ditabur sedikit tepung untuk elakkan melekat.
  7. Panaskan minyak.
  8. Sebelum  menggoreng, tekan-tekankan sedikit doh sehingga leper (jangan kuat sangat) dan terus masukkan ke dalam minyak.

Roti akan tenggelam, mengembang dan timbul semula. Balik-balikkan sehingga masak/warna perang. Siap.


4 comments:

  1. Wah cikwan macam sedap je roti tu teringin nak buat, belum pernah try roti goreng ni biasa nya di bakar saja kalau roti kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah sedap kak Noor..roti bakar kampung resepinya lain sikit kak..cikwan ada share resepinya kat sini http://duniacikguwan.blogspot.com/2013/06/roti-pau-bakar.html...resepi asli mak mertua cikwan

      Delete
  2. Salam,mcmana ye nak buat roti goreng ni menggelembung dan tidak padat

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Cik Wan, kalau nk buat frozen, nak kena goreng ke, atau bakar sekejap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...