Wednesday 13 February 2013

Nasi Lemak Hijau Pandan

Assalamualaikum..lama tak upload resepi. Bukan tak masak cuma masa tak mengizinkan. Pagi ni suami ajak makan di Restoran Narakth di Sekamat tu tapi malas pulak nak bersiap-siap ke sana. Alang-alang ada banyak ikan bilis yang diberi kawan yang pergi ke Sabah baru-baru ni maka saya masakkan nasi lemak hijau. First time masak nasi lemak hijau ni, selalu tengok kat FB dan blog je...haa, hari ni kita cuba pulak tengok macam mana rasa. Alhamdulillah..anak-anak dan suami suka...lain kali bolehlah tukar-tukar nasi lemak putih dan hijau.

Bahan untuk nasi;
5-6 helai daun pandan (mesin jadikan air pandan-tapis)
3 pot beras basmathi (beras biasapun boleh)
1 biji kelapa (saya blend kelapa dengan air daun pandan tadi- jadikan 4 1/2 pot air)
1 sudu garam
3 helai daun pandan dikoyak dan simpul

Cara-cara;
Basuh bersih beras dan toskan.
Masukkan dalam rice cooker bersama-sama dengan semua bahan tadi.
Tanak macam biasa. Bila hampir kering kacaukan agar santannya sebati dengan nasi. Bila dah kering@ rice cooker tukar dari cook ke warm, gemburkan nasi dan tutup suis. Biarkan nasi masak menggunakan wapnya sendiri. (ini juga mengelakkan nasi berkerak)
Tunggu sekejap hingga nasi masak.

Sambal bilis.
Bahan-bahannya;
1 mangkuk kecil ikan bilis basuh bersih.
1 mangkuk kecil cili kering dipotong dan rendam air panas(jika suka boleh tambah cilinya)
3 labu bawang besar
1 sudu kecil asam jawa
1 genggam ikan bilis
Garam
Gula
sedikit kicap manis.

Cara-caranya;
Mesin cili kering, 2 labu bawang dan segenggam ikan bilis tadi. 1 labu bawang lagi dihiris sahaja. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan semua bahan dan tumiskan hingga naik minyak. Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Bila dah agak nampak hanya tinggal minyak yang menggoreng bahan tumis (air dah kering) masukkan ikan bilis dan sedikit air. Tumis hingga ikan bilis masak dan agak-agak banyak mana kuah yang kita suka. Masukkan kicap. Siap.

Ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng.
Basuh dan toskan semangkuk kecil kacang tanah-goreng hingga garing
Untuk ikan bilis yang garing macam kat kedai tu, kita kena goreng ikan bilis tu tanpa di basuh, ini petua yang diberi oleh mak mertua saya...memang garing dan tahan lama. (kalau tak suka bolehlah dibasuh dan ditoskan kering sebelum digoreng)

Timun dan telur rebus macam biasa....done!!!
Selamat memasak yer..
Bismillah... 

8 comments:

  1. Ok lah tu. tak payah keluar makan kat kedai. Tak de dessert ke? Kok ado tapai pulut, elok gak. Tau ke buat tapai tu? Beritau le.

    ReplyDelete
  2. hehehe tu la jimat sepuluh dua betul tak? bestnya tapai pulut...insyaAllah kalau buat nanti saya upload kat sini...ragi yang mak mertua bagi ada lagi simpan ntah bila nak buat.

    ReplyDelete
  3. terimakaseh sbb kongsi.resepi sekaligus kongsi ilmu,moga murah rezeki & d lapangkan rezeki....amin

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas resepinya.. 😊😊😊

    ReplyDelete
  5. Saya nak buat nas8 lemak hijau kukus tapi tak pandai boleh ajarkan 😁

    ReplyDelete
  6. Senang je nk buat nasi lemak pandan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...