Sunday, 13 October 2013

Tapai Pulut

Tapai yang dibuat pada 3 petang 13/10/2013.
Menu wajib hari raya..tak kiralah raya puasa atau raya haji. Kali ni saya buat sendiri kerana Hari Raya Aidil Adha tahun ini disambut di Kajang sahaja. Tak balik kampung sebab cuti hanya sehari sahaja. Selalunya saya hanya membantu Mek atau MIL sahaja. Ikut kaedah yang biasa dibuat oleh mereka, harap-harap menjadilah hehehe.

Bahan-bahannya;
1 kg beras pulut- dicuci bersih dan direndam.
1 biji ragi
1 sudu gula

daun pisang dan lidi (boleh guna bekas plastik kalau suka atau boleh distapler sahaja daun pisangnya)

Koyak kecil-kecil dan lapkan bersih
Potong tajam lidi yang telah dicuci bersih
Ragi yang nak digunakan dijemur atau diletakkan di atas pengukus sambil mengukus pulut.



Cara-caranya.
  • Kukus pulut hingga naik wap.
  • Angkat dan kacau dengan 1 gelas air sejuk ( saya hanya siramkan pulut di dalam kukusan yang telah diangkat dari dapur sambil dikacau rata)-kukus sekali lagi hingga naik wap/masak.
  • Sejukkan dalam bekas yang lebar. (JANGAN terdedah kepada kipas- akan menyebabkan tapai keras/mentah)
  • Hancurkan ragi.

  • Tabur ragi ke atas pulut sekali lalu ke seluruh permukaan pulut dengan penapis teh.


  • Taburkan gula sekali lalu ke atas seluruh permukaan pulut.
  • Balikkan pulut dan ulang proses yang sama. 

  • Gaul pulut dengan rata- siap untuk dibungkus.






Cara yang biasa saya buat di kampung.

Untuk 1 kg beras pulut, saya dapat +- 40 biji tapai saiz satu sudu besar pulut. Masukkan semua tapai dalam bekas bertutup dan simpan tidak boleh dibuka hinggalah sekurang-kurangnya dua malam. Diharapkan pada pagi Selasa nanti tapai saya dah masak dan manis..amiinnn.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...