Cantik sungguh pemandangan di kampung musim ni...sawah padi tengah menghijau subur dengan semaian baru..sungguh nostalgic teringat kecil2 dulu berlari2 di atas batas2 padi seperti ni. Subhanalllah..begitu pantas masa berlalu yang tinggal hanya kenangan abadi di sanubari..alamak!!! syahdu pulak malam-malam ni hehehe.
Balik kampung sejurus sebelum mek sakit baru2 ni saya sempat ronda2 Kota Bharu dengan Alis dan Ayu..sebenarnya nama saja anak kelate tapi banyak tempat yang belum dilawati sekadar lalu saja. Dalam kesempatan yang ada saya ajak Ayu bawak kami ke Restoran Nasi Ulam Cikgu di KB..wahhh penuh sesak dengan pelanggan walaupun masa tu dah pukul 2.30 petang. Memang sedap masakan di sini meskipun hidangannya ringkas sahaja.
Padang Bas mercu tanda paling popular yang sentiasa sibuk dengan pelancong dan orang tempatan.. |
Terkenal sungguh ni.. |
Ikan keli goreng, ayam goreng, ikan patin masak asam, ulam2 dan budu serta 1 jug air bandung RM22 sahaja..muraaahhhh!!
Tak terliur ke? |
Bergambar di depan Muzium Kraftangan di mana terletaknya restoran ni.. |
Sambil cuci mata di Istana Jahar dekat dengan Muzium Kraftangan |
Beli sedikit rempah gulai kawah, kerutuk dan dalca serta gula nise...jom tak sabar nak minum2 di kedai kopi di situ..acara dating dengan si dia la pulak hehehe
Sempat pulak Cik Abe bawak jalan2 di jeti Kampung Laut yang berdekatan dengan kampungnya...
Hujung sana adalah muara Sungai Kelantan..wahh angin agak kuat di sini.
Di depan sana pula adalah bandar Kota Bharu...dekat sangat dari Kampung Laut ni, siap ada bot tambang kalau nak ke sana, tapi saya tak pernah cuba hehehe..takuuuutt!!!
No comments:
Post a Comment