You
are all the unforgettable memories of the past, the precious moments of
the present and the promise of a wonderful future. Happy Birthday to a
beloves daughter! I see you as you are and not who people may want you
to be. I see you as a shining star among a commoners sea. I see you as a
beautiful princess in a wonderful fairy tale. But, mostly I see you as
the daughter that I love dearly and know so very well!
Happy Birthday! #copypaste#
Happy Birthday! #copypaste#
Alhamdulillah..dah 14 tahun umur Aifaa pada 28 Febuari 2014..kebetulan dia balik bercuti bermula Rabu hingga Ahad..sempatlah buat kenduri kecil2an bersama dengan keluarga Ayah Longnya yang duduk di Putrajaya. Yang lain2 susah nak dijemput datang kerana semuanya bekerja Jumaat semalam. Semoga keluarga dan kawan dapat mendoakan kesejahteraan dan kecermerlangan untuk Aifaa ya..
Disebabkan hari bekerja dan sayapun balik dari sekolah dah pukul empat ..maka saya masak yang simple2 sahaja. Kek dah ditempah awal2 lagi daripada seorang kawan. Dah tahu dah memang tak sempat nak buat sendiri...nasib baik betul sebab sehari dua sebelum birthday tu saya memang sibuk dok mengadap Perancangan Strategik dan Headcount SPM tambah2 lagi kena sediakan gimik untuk Pelancaran Bulan Kemanusiaam pada Selasa depan...yohoooo...tak cukup kaki tangan ni hahaaha.
Inilah antara juadah yang saya sediakan semalam..bertemakan masakan Thailand....tapi satu gambar tak sempat nak snap iaitu Puding Cocktail. Sebenarnya semua resepi dah ada dalam blog ye...
Blueberry Cheese Cake...sungguh sedap sekali. Thank you Cikgu Nezri and wife.. |
Tomyam Seafood |
Siakap Steam With Ginger n Garlic |
Daging Masak Merah |
Somtam Betik Mengkal.. |
Happy Birthday Aifa! Semuga berjaya dunia dan akhirat,pandai masak masak mama
ReplyDeleteTerima kasih Mak Pinat..bagi pihak Aifaa,
DeleteYang penting kena lebih rajin daripada mama sebab mama ni masak ikut mood semedang hehehe
Hepi besday aifaa... Kebetulan sama tarikh ank sy juga besday yg ke 14,cuma dia boy... Tp x dpt sambut sb ank kt asrama. Sedih.... :-(
ReplyDeleteTerima kasih Roslia bagi pihak Aifaa..happy 14th birthday untuk anak lelaki Roslia. Semoga mereka berdua dilindungi Allah dan sentiasa cemerlang dunia dan akhirat. Memang rezeki kami sebenarnya dapat sambut birthday Aifaa di rumah kerana pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 dicutikan kerana asrama mereka digunakan untuk peserta2 kejohanan kriket. Sabar ye...nanti boleh sambut sama2 bila dia balik.
Delete