Selalu buat ikan percik kaler merah tapi kali ini saya buat versi zaman2 dulu, warna putih tanpa letak cili kering. Resepi yang pernah saya tunjukkan boleh lihat di SINI.
Jom tengok bahannya serta gambar step by step cara membuatnya.
Bahan-bahannya;
6 ekor ikan sardin/selayang-garam kunyitkan
1 biji kelapa parut ambil santan pekat (saya guna 1 1/2 biji kelapa untuk kuah lebih)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5-8 biji buah keras
1 batang serai-ketuk saja
1 keping asam
Gula
Garam
Cara-caranya;
Siang ikan. Padat dengan telor ikan sardin hari ni |
Letak garam kunyit |
Blend semua bawang, halia dan buah keras masuk dalam santan bersama dengan serai dan asam keping. |
Masukkan garam dan gula, kacau hingga pekat dan pecah minyak sedikit.
|
Sambil ikan dibakar, tuangkan sedikit kuah sambil dibalik-balikkan. Kuah selebihnya dituang semasa menghidang nanti. |
Wow, mesti cuba ni.
ReplyDelete