Menu paling mudah dan sihat. Bertambah-tambah Zahirah dan Zikry makan. Abahnya yang baru balik dari outstationpun bertambah sampai 3 kali..hahahaha sekali sekala masak singgang ni berbaloi2.
Bahan-bahannya;
1 ekor ikan tongkol dipotong, direndam sebentar dengan sedikit cuka dan dibasuh bersih serta ditoskan kering.
10 ulas bawang putih- diketuk bersama kulitnya. Buang kulit bawangnya.
2 inci lengkuas- dihiris nipis.
3 keping asam
Garam
Gula melaka
Sedikit belacan- dalam 1/4 sudu kecil sahaja.
1 labu bawang besar potong empat
Hiasan;
Bendir
Cili besar/Cili padi
Cara-caranya;
- Masukkan air ke dalam periuk- masukkan bawang putih, lengkuas, asam keping, garam, gula melaka, belacan dan bawang besar. Masak hingga menggelegak.
- Sudah menggelegak kuahnya, masukkan ikan. Perlahankan api.
- Rasakan agar ada rasa masin, manis dan masam. Masak dengan api perlahan lama sedikit.
- Kalau hendak terus dihidangkan, boleh masukkan terus bendir dan lada/cili.
- Tapi jika lambat lagi..sebelum dihidangkan panaskan semula singgangnya dan masukkan bendir dan lada/cili padi. Siap!
No comments:
Post a Comment