Sunday, 29 June 2014

Ramadhan Kareem..



Alhamdulillah..diizinkanNya untuk kita berada di sini pada bulan yang mulia ini.
Selamat berpuasa Cik Wan ucapkan kepada semua kawan-kawan beragama Islam.
Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik daripada Ramadhan sebelum ini, dan bukan yang terakhir untuk kita semua.

Cik Wan mohon maaf sekiranya ada salah dan silap kepada anda semua. Terima kasih kerana sudi singgah di blog yang serba kekurangan ini.

Tahun ini Cik Wan puasa berdua sahaja kerana Alis dan Aifaa berpuasa di kolej dan asrama. Sudah semestinya menu berbuka dan bersahur kami akan jadi sangat ringkas dan sederhana. Mungkin ini yang terbaik bagi kami berdua semoga kesihatan kami berdua bertambah baik dan dapat mengurangkan berat badan yang sangat berlebihan sekarang ini. In sha Allah.

Di samping itu, Cik Wan doakan agar kita semua dapat meningkatkan ibadah kita di bulan penuh berkat ini, mendapat rahmat dan keampunan serta rezeki yang berlimpah ruah...aminnn

Selamat berpuasa :-)

4 comments:

  1. Salam Cik Wan,

    Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga kita di berikan kesihatan yang baik sepanjang bulan ini supaya dapat mengerjakan lebih amalam ibadah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...