Assalamualaikum sahabat semua..
Jom layan resepi churros yg tengah viral di facebook sekarang ..Cik Wan buat untuk layan anak-anak sebelum balik ke KB Selasa ni. Mek masih di hospital, kesian pulak adik2 yang dok menjaga mek tanpa giliran. Masa cuti sekolah ni lah Cik Wan dapat menjaga mek tanpa halangan, in sya Allah. Selepas menyiapkan segala kerja-kerja akhir di sekolah dan juga mengemas rumah yang sudah lama tak dikemas..Cik Wan boleh senang hati sedikit meninggalkan anak-anak. Mereka tidak dapat ikut kerana Mr A perlu menghantar Alis ke kolej dahulu minggu depan barulah terus ke KB selepas itu.. Cik Wan rasa tak sanggup nak berlama-lama lagi di KL, rindukan Mek dan juga kesiankan adik-adik.
Mek masih koma di HRPZ di KB. Masih memerlukan mesin bantuan dan terpaksa diuruskan feeding serta suctionnya. Kami dah boleh buat sendiri dengan pemantauan daripada pihak jururawat tapi agak takut2 lagi membuat suction. Mujurlah semua jururawat yang bertugas selalu sedia membantu kami. Maklumlah, kami perlu belajar membuatnya sendiri sebagai persediaan jika mek dibawa balik ke rumah nanti.
Doakan kami agar diberi kekuatan dan kesabaran serta kesihatan yang baik untuk menjaga mek. Serta doakan agar mek diberi kesembuhan, diampunkan dosa-dosanya dan dipermudahkan segala-galanya.
Oklah..jom kita tengok resepi Churros yang saya mabil dari blog Lady Verde. Terima kasih ya Baizurah..
Churros
Sumber: Lady Verde
Bahan-bahannya:
50 gram mentega
1 cawan air
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam
1 cawan tepung
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Piping bag dan nozzle bintang
Cara membuatnya:
- Panaskan air, mentega, garam dan esen vanilla hingga sedikit mendidih.
- Tutup api.
- Masukkan tepung gandum dan kacau sebati hingga adunan tidak melekat pada periuk.
- Tunggu suhu adunan menjadi suam.
- Baru masukkan telur dan kacau lagi..masukkan telur kedua dan terus kacau hingga adunan sebati.(Cik Wan guna mixer..senang kacang...)
- Panaskan minyak menggunakan api perlahan.
- Masukkan adunan dalam piping bag dan paipkan adunan ke dalam minyak panas. Saiz panjang atau pendek terpulang pada citarasa.
- Goreng hingga warna golden brown. Angkat dan toskan.
- Taburkan dengan gula kaster serta sedap juga dicicah dengan sos coklat.
*untuk yang sukakan kayu manis..boleh campurkan dengan gula kaster untuk coating churros.
*
*
*
*
*
*
*
Tapi....
Cik Wan lebih suka layan kueh tiew celup ni...sluurrpppp..panas berasap dan pedas mencengkam...phewww
Memang Cik Wan ni lidah melayu pure hehehe..
saya pun dah try buat kat rumah.. .2x repert buat..mmg sedap cicah dengan coklat
ReplyDeleteCikgu Wan, mohon share resepi Churros. Anak2 saya suka makan tapi tidak pernah buat. Akan saya cuba resepi ini. Terima kasih.
ReplyDelete