Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Monday 23 November 2015
Jeruk Mangga Asam Boi lagi
Esok pagi dah nak bertolak balik ke KB, terpandang buah mangga dalam fridge...kalau tak diproses alamat busuk gitu sajalah nampaknya. Takde siapa yang sudi mengupasnya..sementelah yang masak ranum pun kalau tak suruh takde yang nak mengupas buahnya..inikan lagi yang belum masak ni ..
Dalam usaha menyelamatkan buah mangga ni..Cik Wan jadikan jeruk dengan asam boi..haaaa!!! kalau macam ni cepat je lakunya hehehe.
Cara dan bahannya masih sama seperti di SINI,
7 biji mangga
4 biji cili padi- nak pedas boleh tambah (dipotong)
4 biji limau kasturi dipotong nipis
10 biji asam boi
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
Gaul bersama dan biarkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dimakan. Selamat mencubaaa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lamanya x makan mangga jeruk asam boi.. susah plak sekarang nak dapat mangga muda
ReplyDeleteAssalammualaikum.....semoga emak cg wan sembuh...dipermudahkan Allah...sedap npk jeruk
ReplyDeleteHello admin. I dh try dh recepi u. Mmg sedap. thx ya for sharing ! Anyway, kalau free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.
ReplyDelete>>>Tips Turun Berat Semula Jadi!<<<