Resepi yang ni memang mudah sesangat. Menggunakan bahan asas untuk olio iaitu hanya minyak zaiton dan bawang putih sebagai asas cuma tambahkan sedikit udang dan sotong. Dihidangkan dengan hirisan daun parsley serta serbuk lada hitam...settle!!.
Caranya juga mudah, cuma sediakan hirisan bawang putih dan lauk seafoodnya dahulu sebelum mula menggoreng.
Bahan-bahannya.
1/2 peket spagheti.
5-6 ekor udang
2 ekor sotong
8-10 ulas bawang putih dimayang nipis
1/4 cawan minyak zaiton
Garam
Daun parsley
Keju parmesan jika ada/suka
Lada hitam-tumbuk
Cara-caranya:
- Rebus pasta dan masukkan garam agak banyak sebab lps ni tak payah masukkan garam lagi.
- Pada masa yang sama panaskan minyak zaiton dengan api yang perlahan,
- Goreng bawang putih perlahan-lahan. Sudah garing angkat bawang putih dan masukkan seafood tadi. Kacau sebentar jangan terlalu lama nanti jadi keras macam plastik.
- Pada masa yang sama, pasta yang sudah masak ditoskan airnya.
- Masukkan pasta panas2 dalam mangkuk besar atau ke dalam periuk rebusan tadi.
- Tuangkan minyak zaiton bersama seafood tadi serta bawang putih goreng tadi. Masukkan juga serbuk parmesan jika ada. kalau takde, tak payah letakpun boleh.
- Kacau atau goyang2kan mangkuk/periuk hingga minyaknya rata pada pasta, Siap!!!.
- Semasa menghidang, hiaskan dengan serbuk lada hitam dan hirisan daun parsley....nyum nyum
Kaedah ini menjadikan olio kita cantik berminyak dan kelihatan licin...cubalahhh
No comments:
Post a Comment