Saturday 21 May 2016

Pulut Mangga


Hari ni pagi-pagi lagi Cik Wan dan Mr A keluar ke pasar. Selepas menghantar deep fryer dan kotak polistrene untuk Aifaa di sekolahnya , kami berdua bersama Zikry bersarapan di restoran Mek Wan di TTDI Grooves. Boleh tahan juga rasa laksamnya. Mr A dan Zikry makan roti canai dan kami bungkuskan nasi berlauk ikan aya untuk Alis dan Zahirah. BTW Aifaa ada projek jualan ayam goreng sempena Karnival Mingga Kerjaya di sekolahnya. Nasib baik mama ada deep fryer, senanglah sedikit kerja-kerja menggoreng.

Balik daripada bersarapan kami terus singgah di kedai Mulia Sejati. Cik Wan ternampak buah mangga siam yang besar...hampir 1kg sebiji. Aduhai..dalam diet2 ni terus teringin nak makan pulut mangga..sah!!! diet terbang melayang hari ni hahahaha...



Nampak tak saiznya? Hampir penuh pinggan makan untuk separuh buah mangga. Sebiji buah mangga cukup kami berlima makan bersama pulut dan dimakan begitu sahaja oleh Zahirah dan Zikry yang tak sukakan pulut.

Dalam blog ni ad beberapa resepi yang Cik Wan telah kongsikan. Hari ni Cik Wan gunakan resepi ala thai  yang lebih sedap dan mudah. Cari di SINI ya.

Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu..Assalamualaikum.

5 comments:

  1. Sedapnya... tak sabar tunggu mangga masak kat belakang umah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha untungla Amie..ada pokok mangga sendiri. Yang ni Cik Wan beli RM11 sekilo..terliur punya pasal beli jugak

      Delete
  2. wah ...terliurnya...selalu mkn kat amarin mid valley....mmg sedap kat situ...buat sendiri x pernah hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sama la kita Suzie..Cik Wan pun sukakan Pulut Mangga kat Amarin tu..the best!

      Delete
  3. Boleh tak sambungkan blog tuanke blok saya. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...