Friday 17 June 2016

Kerabu Udang sama Suhun



Menu ringkas tapi sungguh menyelerakan..Cik Wan ratah-ratah jer...jom tengok resepi ulangan ni ye..



Bahan-bahannya;

Udang- dibuang kulit dan urat belakang. Rebus 1 minit  dan terus keluarkan, masukkan dalam air batu.(boleh tukar dengan sotong atau campur kedua-duanya)
Suhun- direbus dan ditoskan airnya.

Sayur-sayuran:

Celery
Tomato
Timun
Bawang besar
Cili padi
Daun ketumbar
1 batang serai dihiris nipis

Perisa;
 
3 sudu  air limau nipis
3 sudu  Sos Nampla (sos ikan )
2 sudu  gula
* tambah jika kuantiti udang dan sayurnya banyak. Cik Wan buat dalam 2 mangkuk kecil sahaja.

Cara:

  1. Satukan sayuran, suhun dan udang di dalam bekas. 
  2. Masukkan sos ikan, gula dan perah asam limau nipis. 
  3. Rasakan agar masin, masam dan manis. 
  4. *Jika suka boleh juga masukkan serai hiris dan kacang tanah yang disangrai.



2 comments:

  1. Nampak cantik! Terus kecuuurrr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bulan posa ni lidah asyik nak mkn yang masam manis saje Amie..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...