Masakan Thai memang masakan paling digemari oleh Cik Wan sekeluarga selepas masakan Kelantan. Jadi Cik Wan suka explore resepi-resepi baru yang tak pernah dimasak sebelum ini. Sudah selalu makan Laksa Thai atau Laksa Siam (Kanom Jeen Namya) tetapi baru pertama kali ini Cik Wan membuatnya. Kanom Jeen bermaksud Laksa dan Namya bermaksud kuah kari. Jadi namanya lebih kurang Laksa Kari. Rasa nak menangis pula sebab rasanya sangat sedap malahan lebih sedap daripada yang Cik Wan makan sebelum2 ini...hahahah. Bukan masuk bakul angkat sendiri tetapi memang terasa seperti satu pencapaian hebat pula bila berjaya memasaknya setelah hampir dua hari meneroka resepi daripada blog-blog Thai dan juga Youtube.
Ada pelbagai cara memasak Laksa Siam ini tetapi cara yang Cik Wan pilih ini merupakan cara yang paling mudah dibuat. Laksa yang digunakan mestilah laksa segar barulah ada umphh!!!. Kalau gunakan laksa kering yang biasa digunakan untuk laksa asam tu memang faillah.. tak jadi. Tapi kalau gunakan laksa kering yang diperbuat daripada 100% beras mungkin boleh.
Bahan terpenting untuk Laksa Siam adalah akar kunci/temu kunci.
Cik Wan guna 4 batang isi temu kunci ini. Gambar: Ihsan Google |
Bahan-bahannya:
Bahan A
10-15 biji cili kering- potong (boleh tambah atau kurang)
5 biji cili padi kering- potong
2 batang serai-hiris
3 inci lengkuas-hiris
4 batang isi temu kunci
1 inci kunyit
5 ulas bawang merah saiz sederhana
4 ulas bawang putih
Sedikit garam.
6 ekor ikan sardin- Orang Thai gunakan isi ikan keli, ikan talapia atau ikan siakap. Gunakan ikan yang anda suka.
Air secukupnya.
Cara membuatnya;
- Masukkan semua bahan A dalam periuk.
- Masukkan air.Masukkan garam.
- Rebus hingga menggelegak.
- Masukkan ikan. Rebus hingga masak.
- Keluarkan ikan,
- Asingkan isi ikan dengan tulang. Buang tulang ikan.
- Tapiskan bahan rempah. Simpan air rebusan.
Bahan B (kuah)
Bahan rempah yang direbus.
Isi ikan
Air rebusan
Sedikit belacan
Sos ikan/garam
Asam jawa
Gula
Asam limau nipis
Santan daripada 2 biji kelapa.
Cara membuatnya;
- Mesin rempah yang telah direbus bersama belacan dan 1/2 santan hingga lumat.
- Masukkan dalam periuk dan kacau hingga rempah masak/naik warna/pecah minyak.
- Mesin isi ikan hingga lumat dan masukkan dalam kuah santan. Masukkan sekali air rebusan bersama 1/2 lagi daripada santan.
- Masukkan asam jawa, sos ikan/garam dan gula.
- Kacau hingga menggelegak dan sedikit pekat. Rasakan. Tambah apa yang patut.
- Tutup api, perah sedikit asam limau. Siap.
Bahan C.
Daun selasih/kemangi (selasih daunnya agak purple, kemangi warna hijau)
Taugeh
Kacang panjang
Timun
Telur rebus
Bahan D
Laksa secukupnya.
sedapnyer...
ReplyDeleteDah ada resepi lengkap, boleh try masak ya
Deletebaru nak bg tahu wan...pjgnya resepi hehhehe
ReplyDeletehehehehe tu yg membuatkan sedap
DeleteTu nama nya temu kunci atau krachai dlm bahasa thailand. .
ReplyDeleteYa, saya baru tahu hehehe. tengok kat CS namanya Kunci. Terima kasih atas makluman. Orang Thai ke? atau fasih berbahasa Thai?
DeleteThat is not cekur definitely.. tat is akar kunci
ReplyDeleteThat is not cekur definitely.. tat is akar kunci
ReplyDeleteMana nak beli akar kunci tu tak pernah tahu sebelum ne
ReplyDelete