Assalamualaikum.
Ini salah satu lagi menu sihat Cik Wan ya. Orang tak diet pun suka makan ni. Boleh buat banyak-banyak terus. Bukan kita sahaja dapat manafaat makan makanan sihat tapi seluruh ahli keluarga yang kita sayang.
Bahan-bahannya:
1 ekor siakap- dibersihkan dipotong
Buah betik muda secukupnya-Cik Wan tak ada betik muda, letak je yang hampir masak
Kangkung-jika suka
Untuk bahan rempahnya:
1 inci kunyit hidup
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah kecil
3-4 biji cili padi- boleh tambah/kurang
1/2 sudu kecil belacan-boleh tambah/kurang
Garam secukupnya
1-2 biji limau nipis ambik jusnya- lihat saiznya
Air secukupnya untuk kuah
![]()  | 
| Untuk portion ni, Cik Wan dah tak ambil nasi ya..kenyang, alhamdulillah. Ini dah cukup seimbang. | 
Cara menyediakannya:
- Blend semua bahan rempah kecuali air limau nipis dan garam.
 - Masukkan ke dalam periuk bersama air untuk kuah.
 - Hidupkan api dan kacau- masukkan hirisan betik.
 - Masukkan garam, biar menggelegak.
 - Masukkan ikan- kacau perlahan jangan sampai ikan pecah
 - Bila hampir masak masukkan kangkung.
 - Tutup api, masukkan air limau nipis.
 - Siap.
 
Selamat mencuba..salam sayang daripada Cik Wan@ Cikgu Wan


No comments:
Post a Comment