Friday 3 May 2019

Nasi Dagang Sedap


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Petang-petang di kala hujan lebat ni Cik Wan hidangkan gambar nasi dagang sedap. Harap takde yang terliur payah pulak nak buat malam-malam ni. Kalau ada pasar malam dekat, boleh jenguk2 kot ada dijual hehehe.

Sekarang ni Cik Wan lebih suka menggunakan beras basmathi dicampur dengan beras pulut..takdelah muak sangat masa makan nanti. Jom tengok resepi nasinya dulu.

Bahan nasi dagang:

3 cawan beras basmathi
1 cawan beras pulut
7 ulas bawang merah
2 inci halia
1 sudu halba
1 sudu teh garam
Sedikit gula jika suka
2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair/air biasa.

Cara memasak nasi dagang:


  1. Rendam beras dahulu sejam dua.
  2. Sambil itu masakkan santan pekat bersama hirisan bawang merah, halia, garam dan halba. Biarkan menggelak sekali sahaja. Tutup api. 
  3. Toskan beras dan kukus hingga naik wap.
  4. Keluarkan ke dalam mangkuk besar dan gaul dengan 1 1/2 cawan santan cair atau air biasa.
  5. Kukus semula hingga naik wap lagi/masak.
  6. Keluarkan dan gaulkan dengan santan yang dimasak tadi. Kacau hingga sebati. Siap.

Nota: Resepi tradisional menggunakan santan mentah dan hirisan segar bawang dan halia. Cik Wan suka masak dulu santan supaya nasi ini lebih tahan lama/lambat basi.


Resepi gulai ikan dan gulai udang ada dalam blog ni juga..nanti cari ya. Selamat mencubaaa.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...