Monday, 6 May 2019

Olio Pasta dengan Bayam Brazil


Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat berpuasa di hari pertama Ramadhan hari ini. Maaf zahir dan batin. Semoga anda semua sihat dan dipermudahkan semua urusan di bulan mulia ini, Jaga diri, jaga pemakanan dan masaklah makanan sihat sepanjang Ramadhan ini. In sya Allah.

Hari ni Cik Wan kongsikan resepi yang sesuai untuk berbuka dan bersahur, bagi yang gemar makanan baratlah..tekak kampung macam Cik Wan ni bila tiba Ramadhan asyik nak masakan Kelantan je. Anak-anak Cik Wan memang suka pasta terutama sekali bolognaise. Berbuka ke bersahur ke no problem hehehe.

Ada kawan bagi bayam Brazil yang ditanam sendiri..nampak daun bayam comey segar terus teringatkan olio pasta seafood..apa lagi..tung tang tung tang kat dapur..siap!! Mudah ringkas dapur pun tak berkecah.

Jom tengok bahan-bahannya.

3/4 peket pasta- apa-apa brand pun boleh.
Rebus pasta dengan garam dan sedikit minyak. Garam dalam1-2 sudu ya. Biar masin menyerap dalam pasta. Toskan (jangan basuh) dan simpan segelas air rebusan pasta untuk menggoreng nanti.

1 mangkuk kecil udang
5 ulas bawang putih-cincang
4-5 sudu besar minyak zaiton
1 kiub ayam
1 sudu kecil serbuk bual pala/nutmeg
1 mangkuk bayam
sedikit hirisan capsicum merah dan hijau-optional
1 sudu chili flakes/ 1 sudu lada hitam ditumbuk kasar
Sedikit air rebusan pasta


Cara membuatnya;


  1. Tumiskan bawang putih dengan minyak zaiton hingga layu.
  2. Masukkan udang, kacau hingga masak.
  3. Masukkan kuib ayam, serbuk buah pala dan sedikit air rebusan. Kacau. Kalau suka berkuah, lebihkan air rebusan..ikut pilihan masing-masing ya.
  4. Masukkan sayuran. Kacau. Tutup api.
  5. Masukkan pasta dan gaul sebati bersama dengan chilli flakes/lada hitam tumbuk. Jangan gaul kuat sangat nanti pasta tak cantik berkilat. Siap.
Senangkan?. Matikan api baru masukkan pasta, baru pasta tidak lecur dan cantik berkilat. Selamat mencuba. Selamat memasak untuk juadah berbuka nanti.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...